Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

12 December 2009

Husna Sani VS Timbalan Pengerusi PCT


(Masih berkisar tentang diri sendiri, hu~)

Kehidupan saya tidak bosan seperti yang beberapa orang sangkakan. Bukan hendak berlagak, cuma sekadar muhasabah. Kita terlalu menilai orang melalui pakaian, kata-kata dan juga tulisan. Walaupun saya dilihat ketinggalan dari sudut fesyen, tidak pernah ber'clubbing', tidak mengenali mana-mana artis korea mahupun jepun, tiada akaun facebook, tidak pandai bergaul dengan semua orang namun saya masih mengikuti perkembangan rakyat Palestin yang semakin melarat, masih tahu sedikit-sedikit bagaimana menggunakan beberapa softwares utama seperti Excess dan AP, masih tahu secebis cara memukul gambar dengan baik, masih tahu membaiki masalah teknikal alat-alat ringkas, dan masih tahu meng'update' blog. Dan sessi 2008/2009 ini menyaksikan saya ber'mutasi' menjadi manusia yang hampir bukan diri saya sendiri; sebagai Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta.

Bosankah hidup saya? Ketinggalankah saya?

Soalannya sepatutnya begini. On what basis did you based your life? On my opinion or you opinion? Where did we put Allah and Rasul's opinions? And where our scholars' opinions?

Menjadi Timbalan Pengerusi buat kali pertama memang mengejutkan saya. Tambahan lagi calon yang bergandingan dengan saya adalah rakan saya yang lebih hebat, Nawal Nabilah. Saya hampir tidak waras. Contoh di depan mata saya sudah cukup membuktikan tugas ini sangat berat walaupun tidak membosankan (adik saya menjawat jawatan ini sebelum saya..). Tambah-tambah lagi saya bukanlah manusia yang suka bersosial. Jika memerlukan perbandingan, saya mirip Mr. L dalam 'Death Note'. Lebih cenderung menghabiskan masa di depan pc dan terus-terusan makan. Cuma saya kurang menggemari makanan manis (takut diabetes juga..) dan saya tidaklah terlalu bijak seperti Mr. L. Maka tugas ini hampir membuatkan saya meletakkan jawatan namun hingga 3 Disember lepas, saya masih lagi menyandangnya secara penuh dalam satu sessi atas 2 sebab; ingin cuba keluar dari zon selesa dan tidak mahu berurusan dengan beberapa pihak yang akan bertanya banyak hal tentang perletakan jawatan ini.

Dan tahap tekanan saya benar-benar teruji. Lebih hebat dari ketika saya di Darul Quran. Di DQ, tekanannya berat, tapi saya buat tidak peduli, tetapi kali ini, segala tekanan memerlukan kepedulian saya!!

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis artikel ini, hanya menanti saatnya sahaja. Dan inilah masanya saya memuhasabah diri saya, buat renungan semua, bahawa saya sememangnya masih terlalu lemah untuk memikul tanggungjawab besar ini. Semoga perbandingan ini ada manfaat untuk semua, tidak kira siapa sahaja, Timbalan Pengerusi ataupun AJK lain, ada jawatan atau ahli biasa.

HUSNA SANI
TIMBALAN PENGERUSI
tak berapa ikhlas (suka berlagak,kuat mengeluh)
ikhlas, hanya untuk Allah
kelam kabut
tenang dan rileks
small personality
big personality
tak ke hadapan untuk bercakap
ke hadapan untuk bercakap
tiada siapa peduli (yeah!!)
menjadi perhatian ramai orang
tak berapa kemas, serabut
kemas, elegan dan profesional
me-myself-and-I world
PCT world
knows some-things
knows many-things
everywhere is my place, yeah!!
has special high-class place
banyak merapu
serius
main-main, tak matang
fikir banyak, ambil kira semua benda
pemalas
perajin
buat apa yang disukai diri sendiri
buat untuk kepentingan semua
kurang cemerlang dalam exam
cemerlang dalam exam
suka buruk sangka, kurang mesra
sentiasa tersenyum, peramah

(sebenarnya sedang mencuba coding untuk table/jadual, setelah beberapa percubaan, berjaya! Alhamdulillah~)


siapa sangka?

Dan sepanjang tempoh itu, saya banyak berurusan dengan pelajar lelaki yang membuatkan saya kurang selesa. Kurang selesa kerana tidak biasa, takut kurang adab dan salah cara serta kadang-kadang mengundang salah sangka dan tak mustahil berbagai versi fitnah akan muncul. Benar, di sinilah munculnya keperluan profesional dan keutamaan dalam pengurusan. Mengasingkan keperluan kerja dan keperluan peribadi. Maka, taqwalah bekalan terbaik dalam hal ini.

Dan pengakhiran tempoh itu, saya menyedari bahawa saya lebih selesa berada dalam keadaan invisible dan hanya bekerja di belakang tabir. Lebih tepat lagi, sebenarnya tempoh masa itu banyak menunjukkan saya beberapa hakikat diri serta memperkenalkan saya prinsip-prinsip kepimpinan. Kata ummi, pemimpin umpama nakhoda kapal, dialah yang menentukan ke mana mahu membawa penumpangnya. Dr. Azizan pula pernah menyatakan, da'ie adalah pemandu bas, dia akan membawa semua orang ke tempat yang dia suka. Maka, pemimpinlah penentu halatuju sesebuah organisasi. Samada menuju redha Allah atau hanya sekadar nikmat dunia yang sementara sahaja..

Oleh itu, kepimpinan perlu ada kesedaran dan kefahaman Islam. Tanpanya, tiada keamanan, tiada kebahagiaan, tiada keadilan malah tiada ganjaran akhirat. Walaupun hanya pemimpin kepada diri sendiri.

Akhiran, setinggi-tinggi syukur kepada Tuhanku kerana memperkenalkan sebuah kehidupan baru kepadaku. Benar, menjadi pemimpin itu hebat, tetapi tanggungjawabnya berat. Perlu kebijaksanaan dan keprihatinan.

..Wallahu'alam..

P/S: seronok membaca artikel tentang pemimpin dari Cg Azmi di sini.

08 December 2009

Life As It Is

Akhirnya, post yang pendek dan ringkas inshaAllah. Banyak yang ingin diceritakan, tapi banyak dalam draft, menanti untuk di'publish'. Membuang sawang-sawang dan habuk dulu agaknya, barulah mengilat, menyusun-atur bahan dan menghias (perlu ke?). Lagipun sedang terkial-kial menggunakan Blogger in Draft, banyak benda baru termasuk 'jump' (orang penat-penat carik, baru dia nak introduce..adess).

Baru hari ini dapat menulis, selepas tamat exam akhir opthal round! (wah!). Tahun klinikal agak mencabar juga, dan menarik. Serta menguji kesabaran. Prof opthal kata ramai doktor wanita cenderung pada bidang penuh ketelitian ini (termasuk Fazilah), tetapi saya kata, "Rasa macam dah x larat nak jumpa manusia.." Allah, sabarkan diri ini. Kata nak jadi neuropsychiatrist? Lama lagi la kan? Hu~

Sekejap betul rasanya, 2 bulan dalam opthal sepatutnya sudah tahu diagnose masalah mata. Sepatutnya. Tahun ini, tahun 4 rasa lebih sibuk pula. Ditambah dengan pengajian tambahan (boleh dikategorikan sebagai tuisyen ke?) pendidikan Islam dari tenaga pengajar Azhar dan kelas hafazan setiap minggu. Saya kan masih pelajar? Apa lagi yang saya boleh sibukkan diri ini?

Makan di universiti seperti biasa. Cuci mata di awwal bahr dan medan sa'ah seperti biasa. Mengadap laptop seperti biasa. Tiada apa yang menarik. Cuma pelajar-pelajar Malaysia semakin ramai. Jalan-jalan ke mana-mana pasti terserempak. Kena kurangkan perkataan yang mengarut-ngarut. Kena matang sikit sebenarnya. Kawal emosi dan banyakkan berfikir..


Selamat tinggal tahun 2009!


Sekadar berkongsi beberapa berita gembira (bagi saya jela) yang saya alami beberapa bulan ini. Pertama-tamanya, Windows Vista Home Basic saya telah berjaya di'activate' tanpa perlu beli yang original. Alfu syukran untuk C-bah yang berjaya stimulate saya untuk menyelesaikan masalah besar ini. Toche!

Keduanya, saya tidak lagi memegang jawatan Timbalan Pengerusi yang dasyat itu. Oleh itu, saya tidak perlu bercakap di hadapan ramai orang lagi, tidak perlu dikenali orang ramai lagi, tidak perlu berurusan dengan lelaki dan orang besar-besar dan tidak diperhati sangat oleh orang ramai. Lega betul rasanya. Hidup kembali normal. Alhamdulillah!

Itu sahaja untuk post yang 'pendek' ini. Tajuk lain akan datang, inshaAllah..

Pesanan untuk diri sendiri : Al-Qasas : 77 (Berbuat baiklah dengan manusia lain sepertimana Allah berbuat baik padamu!) Sesungguhnya Allah terlalu  baik padaku, adakah aku berlaku baik dengan manusia lain?

..Wallahu'alam..

(Ni saje nak try letak video guna blogger in draft, test2)

21 August 2009

My 'Drug' Collections

Saya tidaklah memiliki dadah. Cuma bahasa melayu menterjemahkan drug kepada dadah. Hakikatnya, kesemua dadah yang disalahgunakan itu jika tidak disalahgunakan, dadah adalah ubatan. Mungkin lebih baik drug diterjemahkan kepada 'bahan yang mengubah sistem badan'. Contohnya, morfin mengurangkan kesakitan yang amat sangat dan morfin biasa digunakan dalam rawatan. Penggunaan morfin secara berlebihan menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak baik hingga boleh membawa maut.


Ok, drugs yang ada pada saya sekarang ada yang saya beli dan Huda beli. Dan sebahagian dari ubat-ubatan ini sebenarnya ditanya dalam final exam malangnya saya tidak ambil peduli, maka saya sedikit terkilan. (Lagi?)

Baru teringat, sistem hospital dan klinik di Mesir tidak seperti di Malaysia. Hatta di hospital universiti atau kerajaan sekalipun. Hospital dan klinik tidak akan menyediakan segala kelengkapan dan ubat-ubatan, tetapi pesakitlah yang perlu menyediakan semuanya, dari cannula dan syringe (picagari) hinggalah kepada saline solution (larutan garam?) dan glucose walaupun ketika melakukan pembedahan. Doktor hanya memberi senarai ubatan yang diperlukan. Alangkah! Namun mask, oksigen, dan peralatan lain yang hanya digunakan di hospital ada disediakan. Kerana itulah hospital di Mesir nampak lebih lapang dan kosong tidak seperti di Malaysia yang menyediakan segala-galanya. (sebab itu warga Mesir yang bekerja sebagai ahli farmasi itu kaya..)

Pos saya kali ini berkisar gambar-gambar dan sedikit penerangan. Menghabiskan limit gambar yang boleh letak dalam blogger sebenarnya.

prescription untuk saya ketika mengalami broncholitis; batuk teruk dan sakit ulu hati (gastric reflux)

vit. B12 ampules, prescription untuk migrain (Huda's)

titis telinga (nuqat/nu'at lil uzun); antiseptik (jangkitan) dan analgesik (tahan sakit)

Hyoscine ; parasympatholytic, decrease bowel movement in inflammation

with almost all medications ; broad spectrum antibiotics, treat the source of infections

for ulcers and controlling the pH (GIT), got oesophagitis before

guess what? Antimycotic, drug from Malaysia to treat fungus (kulat), got them on my head before, hu~

one of the Q's of Pharmacology Final-Written-Exam ; metoclopramide ampules, for treatment of migrain (Huda's)

other view (nampak cantik pulak, he he he) - metoclopramide

size of an ampule

panadol tu tradename acetaminophen/paracetamol kat Malaysia je tau!

ubat tahan sakit yang doktor klinik Syaima' (depan rumah saya) selalu bagi selain dari ubat cucuk..

memang antiasthamatic, complete set of drugs! (B-blocker, sympathomimetic and x tau apa..)
Doctor knows better, ubat ni salah beli.. (another one of Written Q's)

small ampule of epinephrine/adrenaline , My Oral Q's of Pharmacology..

3ml picagari (syringe), biasanya kena cucuk sendiri kalau tanak pegi klinik dan bayar LE1..

syringe 3 ml

vit C ; prevent flu (improve tissue development in any inflammation)

ubat sapu (memperbaiki pengaliran darah : hematoma)

untuk perut sebu, kawalan pH dan ulser (perut)

Inilah senarai ubat-ubatan yang ada pada saya. Untuk pinjaman dan pertanyaan dialu-alukan (especially nama ubat dalam arab 'ammi sebab kadang-kadang pharmacist pun tak 'arif dengan nama ubat dalam english), malah minta tolong cucukkan pun boleh (yang dekat otot je ye..). Tapi untuk prescription dan saranan ubat, mungkin lebih baik berjumpa dengan doktor sendiri, saya masih kekurangan pengetahuan dan pengalaman, takut tersalah bagi ubat..

(Huda lebih banyak simpanan ubat dari saya. Beberapa hari lepas, antibiotiknya sahaja mencecah 6 botol beserta picagari!)

..Wallahu'alam.. ...Read more

20 August 2009

Day One : Obstetrics and Gynaecology

Department of Obstetrics and Gynaecology (arabic : qism amradh an-nisa' wa at-tawleed). Ok.


Ini adalah jabatan pertama yang kami pergi untuk buat attachment. Itupun selepas mendapatkan surat dari kuliyah (arabic : gawaab). Itupun masih kurang tersusun dan kerani jabatan (arabic : sekretariat) masih tidak tahu bagaimana untuk menyusun attachment seperti yang kami mahu ditambah lagi kami freshly lepasan tahun 3 dan program attachment tidak pernah dilakukan secara formal di hospital (istilah lain yang sesuai mungkin tadrib soifi atau latihan musim panas). Begitulah urusan di Mesir, kali pertama atau hari pertama susahnya hanya Dia yang tahu. Selepas itu, andai sudah dikenali, semua urusan bergerak dengan mudah. Mencipta kesabaran betul.

Oleh itu, tiada apa yang hendak diceritakan. Attachment konon-kononnya itu bermula dengan seminar satu ubat yang mengurangkan congestion dalam salur darah bahagian pelvis. Terlupa tradenamenya. Kemudian berjalan sekitar wad kandungan luar biasa (betulkah panggilan ini?) (read : ectopic pregnancy) yang lengang kerana pesakitnya dilepaskan (read : discharge) lebih awal oleh doktor. Sedikit kecewa kerana terlepas 3 kelahiran normal. Hanya sempat memerhati tong sampah dan selipar yang dipenuhi dengan percikan darah. Terlupa mengambil sedikit gambar-gambar suasana itu dek kekecewaan itu.

Namun, sempat juga menjengah ke Wad Eclampsia, Wad Persediaan Bersalin dan Incubation Room (dilarang masuk atas bagi mengelakkan jangkitan pada bayi-bayi). Menariknya, di beberapa pintu sepanjang lorong menghala dewan kuliyah, terpampang ayat-ayat Quran berkaitan penciptaan manusia di dalam rahim. Antaranya;

هو الذي يصوركم في الأرحام كيف يشاء لا إله إلا هو العزيز الحكيم
"Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Ali-Imraan:6

Ada beberapa ayat lagi cuma saya benar-benar terlupa bahawa saya membawa kamera. InshaAllah saya akan letakkan gambarnya di sini andai saya ke jabatan ini lagi..

Attachment yang konon-konon ini hanya berakhir selepas zohor. Beberapa hari selepas itu, saya terbaca blog seorang senior dari Kaherah yang juga berattachment di hospital langsung menyedarkan saya bahawa attachment di wad ini memerlukan 2 perkara; sanggup bermalam berhari-hari di situ dan mempunyai basic internal medicine (at least 5th year..). Dari situ barulah dikenali lantas belajar banyak perkara dan menyaksikan pelbagai jenis kelahiran dan penyakit-penyakit wanita. Lain kali mungkin, inshaAllah..

Wehdah Amradh An-Nisa' - Pusat Sakit Puan

Qism Amradh An-Nisa' Wa At-Taulid (Wihdah Et-Taulid)
Jabatan Bersalin dan Sakit Puan (Pusat Kelahiran)


Oleh itu, saya telah mengenalpasti banyak perkara utama yang belum saya tahu dalam jabatan ini iaitu;

1. Masih tak pernah rasa menyambut kelahiran.
2. Masih tidak tahu simptom-simptom ibu akan bersalin.
3. Masih tidak tahu mengambil darah (IV).
4. Masih tidak pernah melihat pembedahan casserian.
5. Masih tidak pernah melihat bayi kembar dilahirkan.
6. Masih tidak tahu menguruskan bayi yang tidak cukup umur/mati.
7. Masih tidak tahu komplikasi yang sering dihadapi oleh ibu yang melahirkan anak.
8. Masih tidak tahu prosedur untuk ibu yang mengalami eclampsia.

Mungkin banyak lagi yang saya tidak tahu kerana masih belum berjinak dengan dunia klinikal. InshaAllah cerita ini menjadi semakin panjang apabila saya di tahun 6 nanti, InshaAllah.

Akan bersambung lagi di jabatan yang lain..

..Wallahu'alam..
...Read more

19 August 2009

When My Mum Advised Me..

Post kali ini khusus untuk ummi tersayang saya. Katanya dia rindu ingin mendengar khabar dari anak-anaknya yang tidak pulang ke Malaysia tahun ini. Ummi saya rindu, tapi katanya tak perlu pulang pun. Serangan H1N1 barangkali. Ada faktor-faktor lain juga yang tidak mengizinkan kami pulang ke Malaysia.



Hingga waktu saya menulis post ini, saya baru sahaja berdepan dengan satu peristiwa 'bergaduh dengan arab'. Ini adalah kali ketiga saya bertikam lidah (mungkin itu lebih sesuai) dengan bangsa ini. Biarpun bahasa arab saya masih tunggang terbalik, akhirnya, hasil tikam lidah ini memuaskan saya (walaupun ada sedikit rugi masa dan sebagainya). Kali pertama di kedai gambar, kedua dalam perjalanan pulang dari Kaherah dan ketiga di kedai jahit. Nasib baik belum ada yang kena penumbuk saya. Maafkan ye ummi, bangsa ini kurang beradab, kerja sambil lewa dan sentiasa mengambil peluang terhadap bangsa asing yang lain. Memalukan saudara sesama agama sahaja, mungkin kerana jumlah penduduknya hampir 80% Muslim, maka persaingan antara agama adalah kurang lalu tidak mementingkan kualiti barangan dan kerja. Plus, mereka terlalu bangga dengan bangsa sendiri hingga tidak tahu bahawa ada bangsa lain yang lebih bertamadun dari mereka. Benar, mereka memang bangsa yang hebat, tetapi kurang hebat untuk menghormati orang lain!

Credit to McDee, majalah Egypt Today sebenarnya, sesuai pula dengan isu itu..

Kehidupan sehari-sehari nampak semakin menyakitkan hati dengan masyarakat arab yang rata-rata memulakan kerja pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 2 petang. Maka, pada jangkamasa itu, segala kerja dilonggokkan. Saya menjadi terlalu rimas, rasa tertekan, tambahan lagi cuaca yang sangat panas menyebabkan saya lebih rela berada di rumah. Di universiti, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar sedang diperbaiki dan Timbalan Dekan pula menjadi Dekan, suasana kelam-kabut bertambah kompleks bilamana slip peperiksaan pula perlu diuruskan dengan kadar segera. Saya jatuh sakit hampir dua minggu!

Dalam tempoh itu, saya sebenarnya tertekan dalam diam. Sedar, tidak boleh tertekan kerana sistem imuniti akan berkurangan. Terus pasrah, tertekan maka sakit. Namun, mata masih tidak sempat menitiskan air mata dek kerana masa yang terlalu pantas dan kerja yang berterusan. Hinggalah saat ummi mula menegur saya di pingbox, saya tidak dapat menganjakkan diri dari laptop. Kelenjar air mata mula merembes dengan dasyat sekali hingga rentak diaphragm juga semakin pantas. Saya mula mengadu segala-galanya pada ummi. Tahu, saya tidak boleh merungut, tetapi kadangkala aduan menyebabkan saya menangis lantas beban rasa sedikit ringan.

Bicara maya bersama Ummi..

Tahu apa ummiku pesan?

Dunia itu penjara orang mu'min dan syurga orang kafir.
Perlu bersyukur banyak, syukur sifat mu'min.
Kerja-kerja Islam, mesti kena buat.
Kesakitan itu pembersihan, Allah nak bersihkan diri, bukankah sakit itu serpihan api neraka?

Bersabarlah..

Banyak lagi yang menyentuh hati hingga dilahirkan dalam tangisan, cuma archive dalam pingbox tak boleh save..

Masa-masa bersama ummi walaupun sekadar ym dan webcam sering menjadikan saya sedikit lega. Banyak perkara yang saya bincang dengan ummi. Kadangkala, ummi adu juga kerenah anak-anak di sekolah yang tidak mahu belajar dan perlukan perhatian. Kemudian, saya adu juga masalah saya berdepan dengan berbagai ragam manusia. Kedua-duanya adalah da'wah. Dan pasti, tugas itulah tugas besar dan penting. Ya, itulah perkara yang suka ummi ketengahkan dan segala perbincangan dengan ummi sering membuat saya sedar dan terbuka minda. Kerana itu ummi adalah insan rujukan terbaik saya dan saya suka merujuknya..he he he.

Dalam hati terdetik juga andaikata saya sudah bekerjaya, masihkah ada masa untuk saya dan ummi bersembang seperti masa-masa dulu? Bila saya sudah berumahtangga, sempatkah saya duduk di samping ummi meluahkan isi hati dan meminta pandangan? Bila saya mula mempunyai anak-anak, adakah saya sempat menjenguk ummi walau hanya dengan panggilan telefon atau pingbox lagi?

Sebak juga memikirkan masa depan, apatah lagi bakal bergelar doktor dalam tempoh 3 tahun lagi. Kesibukan yang tanpa batas. Namun, masa depan mungkin lebih canggih lagi, harapannya. Doktor tidak lagi sibuk dan perhubungan semakin mudah dan pantas. Mudahan begitulah..

Akhiran, jangan lupa, ini masih sebuah kehidupan, kita akan dipanggil kepada kematian pada bila-bila masa sahaja..

Rindu, saat-saat bersama Ummi Ayah..

Allah, panjangkan umur ummi dan ayahku dalam keberkatan, mereka mahu menjadi tetamuMu juga tahun depan, ya Allah, perkenankanlah!

Ramadhan Kareem buat ummi dan ayah di Malaysia. Semoga puasa ini ubat untuk bala H1N1.

Doakan untuk Maryam dan Maddin yang akan menghadapi PMR dan UPSR tidak lama lagi ye!

P/S: Ummi, una akan tulis lagi tentang attachment kat hospital. Sedang menulis draft. He he he. ...Read more

08 July 2009

Hikmah Matruh dan Siwa : Bukankah?

Sempat mahir 'Basic Knitting', puas!

Seriously. Seronok dengan istilah yang sebenar. Bukan seronok kerana memenuhi tuntutan hawa nafsu. Bukan juga seronok kerana memperolehi nikmat dunia. Bukan. Jika seronok berlandaskan kedua-duanya, maka ia bersifat sementara. Bahkan ia adalah seronok yang mengundang gelisah dan serba salah. Serba tak kena.

Bukankah dosa itu penyebab resah gelisah? Bukankah kebaikan itu pengubat duka lara?

Seronok bagi saya adalah sebuah ketenangan. Biarlah berpanas, biarlah bersusah-payah, biarlah berpenat-lelah, andai disitu ada ketenangan, maka itulah keseronokan yang sebenar. Ketenangan dalam susah payah melakukan kebaikan-kebaikan. Dan ketenangan sebenar itu hakikatnya milik orang-orang beriman..

Yup, seronok betul berjaulah ke Matruh dan Siwa. Alhamdulillah.



Subhanallah - Pantai 'Agibah - Syati' 'Agibah

Perjalanan mencari hikmah tidak semudah yang disangka. Tambah-tambah lagi bila saya terlalu kurang pengetahuan sejarah Mesir (tidak minat sebenarnya). Sejarahnya yang bermula dengan tamadun Firaun, kemudian dikuasai oleh Permaisuri Cleopatra dan seterusnya Alexander II Mecadonia (Yunani), France kemudian hampir-hampir ditakluk oleh Israel. Bukankah itu tandanya Mesir adalah salah satu negara yang diminati beberapa kuasa hanya kerana sejarah?

Maka perjalanan kali ini memerhati saya sebagai manusia yang kurang tahu sejarah dan tamadun manusia. Bukankah mereka yang tidak mengetahui sejarah akan mengulangi kesilapan lalu? Ya Allah.. Kembali sedar, bermusafir bukan hanya mencari hikmah, tetapi mencari perkara yang lebih halus dari itu; Mardhatillah.

Penginapan di Matruh dan perjalanan di sekitar Pantai Cleopatra menghidangkan pemandangan luar bandar Mesir yang indah dan jauh dari hiruk pikuk, serabut dan kekotoran bandar-bandar lain di Mesir. Hati sedikit tenang, sedikit teringatkan kampung halaman dan sedikit sedar bahawa tidak semua bahagian negara Mesir itu buruk. Malah masyarakat setempatnya lebih sopan dan lemah lembut, mungkin kerana mereka jauh dari orang lain dan kepadatan penduduk yang tidak tinggi. Mestilah, Matruh hanya dihuni untuk tujuan pelancongan dan perniagaan.

Terimalah, keindahan Matruh dengan Pantai Cleopatranya dan gambar-gambar di sekitar Suuq Libya..

Tugu Cleopatra - Syati' Cleopatra
Sekitar Laut Tujuh Warna - 'Agibah

Kesempatan yang hanya sesekali dapat dinikmati, mengait..

Siapa peduli?

Sama sahaja - Suuq Libya

Ada Fazilah dan Najah di celah-celah mereka - Suuq Libya


Perjalanan yang mengambil masa 3 hari hampir 100 km ke arah barat Iskandariah berlalu dengan banyak masa di dalam bas berhawa dingin. Sedikit lega, tetapi lebih bersedia untuk menghadapi penangan kepanasan di Siwa, sebuah oasis yang popular dengan penanaman kurma (nakhlah) dan buah tin. Juga terkenal di sini ialah Kota Lama Siwa (Shali Siwa Qadim) dan Mata Air Cleopatra (dikatakan tidak pernah kering).

Tidak mahu berbicara panjang lagi, biarlah gambar-gambar menceritakan semua..

Perjalanan kali ini sebenarnya memberi peluang seluas-luasnya pada saya untuk menghabiskan masa dengan hobi dan kemahiran baru; mengait. Bertemankan 2 batang kait berdiameter 5.0 mm dan segumpal benang kait, saya banyak mencuri masa untuk mengait sambil memerhati pemandangan sekeliling. Saya mula merungkai tabiat-tabiat diri sendiri; cenderung melakukan repetitive job yang progresif dan tidak boleh melakukan aktiviti yang memerlukan konsentrasi semasa dalam kenderaan seperti membaca dan mengait. Sakit kepala. Jenis darah O barangkali..

Supaya saya memerhati perubahan-perubahan panorama di luar kenderaan dan terus-terusan berfikir..

Kota Lama Siwa akhirnya benar-benar menarik perhatian saya dengan tinggalannya yang unik. Jika Kaum Thamud terkenal dengan sejarah memahat gunung, penduduk Siwa dahulukala pula adalah kaum yang terkenal dengan kemahiran menukar sebuah bukit kepada sebuah kota yang lengkap dengan tembok pertahanannya. Bukit dipahat kerana kedudukannya lebih tinggi untuk mendapatkan bayu laut. Bukankah Siwa itu juga kawasan padang pasir yang berkedalaman 18 meter di bawah aras laut?

Taqdir tidak menemukan saya dengan keunikan kota ini sahaja. Para pelawat kota juga menarik perhatian saya. Pelawat yang memerlukan perhatian dan pemahaman dari mereka yang prihatin dan sedar, bahawa manusia jangan melampaui batas. Melampaui batas menampakkan kebodohan dan kejahilan. Jahil dengan adab dan pergaulan. Jahil tidak dapat mentafsir dunia lebih jauh. Jahil membuatkan hati sempit dan kecil. Aduh, bukankah itu cabaran para penyeru jalan kebenaran?

Panorama dari puncak Shali - Shali Siwa Qadim
Tinggalan kota Siwa - Shali Siwa Qadim - Kota Lama Siwa
Langit kosong - Shali Siwa Qadim
hoodsunny dan nakhlah..

Lagi-lagi mereka - 'Ain Cleopatra (Guba)


Mata air yang memberi kebahagiaan? Apa mekanismanya?

Destinasi akhir - Jazirah Fatmas - Siwa


Perjalanan pulang dari Siwa ke Kaherah

Dalam permusafiran kali ini, bukan keindahan itu yang harus dinikmati. Bukan keajaiban yang perlu dikagumi. Bukan kekuatan yang mesti menjadi sebab untuk terus bergerak dan berlari. Bukan!

Tetapi, perjalanan adalah satu siri kehidupan yang tercatat dalam semua kehidupan manusia, supaya manusia menggunakan keupayaan berfikirnya secara maksimum, menggunakan segala pancaindera, untuk kembali mengenali diri dan sedar akan tanggungjawab apabila pulang dari musafir..

..bahawa manusia adalah hambaNya, tiada kuasa walau sedikitpun, dan tugasnya hanyalah berterusan ber'ubudiah pada Dia. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

..Wallahu'alam..
...Read more

29 June 2009

Tahun Ketiga (MBBCh)

Saya lelah sekali. Tahun ini segala kerja menimbun tinggi. Banyak sebab; tidak pandai mengurus masa, tanggungjawab bertambah, kemahiran meningkat dan banyak lagi. Menghantar post pada blog ini juga memerlukan masa. Masa berfikir, masa mengolah, masa menaip (saya belum update lagi speed test, mungkin bertambah, he he he). Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk menulis di sini, bercerita pengalaman dan perasaan yang sekian lama berbuku di minda dek kerana kerja-kerja 'luar-laptop'.



Ketika dan saat ini, saya sedang menunggu keputusan peperiksaan akhir tahun saya. Harapan saya dua, Mumtaz atau dapat meneruskan pengajian ke tahun keempat dengan selain pangkat itu. Tahun lalu, saya selesa dengan 'Taqdir Am' (Keputusan Keseluruhan) Jayyid Jiddan dengan tiga matapelajaran Mumtaz; Histology, Anatomy dan Psychology. Tahun ini pula, saya sukar mengagak keputusan saya. Bukan yang terbaik saya kira. Begitu banyak kesalahan dan kelupaan yang kurang saya ambil perhatian. Kata Nadia, sahabat baik saya yang berbangsa Arab, "Tiada yang dapat mengubah sesuatu melainkan dengan do'a." Sedikit membuat saya tenang bersama pasrah.

Tahun ketiga menyaksikan saya berada dalam keadaan yang penuh kelam-kabut dan tidak tersusun. Tidak seperti ketika saya di tahun dua, kali ini saya kurang bersedia. Dengan hanya 4 subjek pun tidak dapat saya hadamkan sebaiknya; Pharmacology, Parasitology, Microbiology dan Pathology yang peperiksaannya bermula lebih awal dari tahun-tahun yang lain. Benar, mula awal, habis awal, keputusan pun awal. Allah, saya sedikit tersiksa begini!

Tahun ketiga juga menyedarkan saya bahawa pengajian saya sudah menghampiri fasa pertengahan. Kata bahasa Inggeris, Transitional Phase. Saya bakal ke tahun empat, InshaAllah, dan memulakan fasa baru seorang pelajar perubatan; fasa klinikal. Fasa rawatan yang lebih khusus dan terperinci. Ini juga bermakna pengajian saya berbaki 3 tahun lagi. Allah, cepatnya 6 tahun itu!

Tahun ketiga juga memberi peluang kepada saya membuat beberapa konklusi terhadap subjek-subjek yang telah saya pelajari. Konklusi ini lebih kepada beberapa realization saya terhadap subjek-subjek ini. Oh, pengajian ini semakin membuat saya bertambah kagum!

Pharmacology

Hakikatnya matapelajaran ini membentangkan segala ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan segala penyakit. Namun mekanismanya membuatkan saya tersedar, betapa banyaknya receptor yang terdapat dalam tubuh seorang manusia. Bahkan kehadiran pelbagai jenis receptor ini membolehkan para pengkaji farmasi memanipulasi tubuh badan, terutamanya dalam mengawal pertumbuhan kanser. Subhanallah!

Bayangkan, setiap sel yang membina tubuh manusia ini dipenuhi receptor pada lapisan luarnya (cell membrane) yang terpacak dan tertanam. Oh, sedikit menggelikan!

Parasitology

Subjek kedua yang saya gemari selepas Pathology. Bercerita tentang segala makhluk Allah yang mampu menghuni dalam tubuh manusia dan punca pelbagai penyakit. Dari sekecil-kecil protozoa hingga sebesar-besar cacing pita yang berukuran 10 meter. Subjek ini sebenarnya menambahkan kesyukuran saya apabila membaca kenyataan adanya subclinical infection; jangkitan yang tidak menzahirkan sebarang tanda-tanda klinikal (sakit, perubahan sistem badan) kerana imuniti badan yang tinggi. Dan banyak lagi fakta bahawa jangkitan parasit ini hanya berbahaya apabila sistem imuniti berkurang atau hyperinfeksi; jangkitan yang keterlaluan.

Allah, sistem imuniti yang satu ini terlalu berharga! Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Microbiology

Saya sedikit terkeliru antara subjek ini dan Parasitology kerana kedua-duanya hampir sama. Kemudian saya mula melihat perbezaannya; subjek ini lebih cenderung kepada parasit yang mikroskopik, yang terlalu halus. Termasuk virus. Bukti Allah Maha Halus hingga perlu dikumpulkan dalam satu subjek yang berasingan dari Parasitology. Allahu Akbar!

Sekadar membuat kejutan. Ketahuilah bahawa tubuh kita sebenarnya dihuni oleh 10 kuasa 14 bakteria yang jumlahnya jauh lebih banyak dari jumlah sel tubuh kita (10 kuasa 13). Dan jumlah itu langsung tidak membuatkan kita rasa tidak selesa apatah lagi jatuh sakit. Malah, dengan nikmat ini kita dengan selesanya melakukan dosa. Are we suppose to behave like this in front of Him when we got to know this fact?

46 interesting slides of Pathology, I love this part!
Pathology

Subjek terakhir dalam jadual peperiksaan tahun ketiga. Subjek yang paling saya gemari. Namun, saya tidak 100% mahir dalam subjek ini. Masih banyak perkara yang saya lupa-lupa. Tanda masih banyak dosa. Subjek kelihatannya merangkumi segala subjek di atas, menerangkan segala penyakit dan perubahan sistem badan kerana perkara-perkara yang dibincangkan oleh subjek di atas. Pathology explains the abnormality of physiology.

Saya menyedari sementelah saya mengulangkaji hampir 600 muka, bahawa setiap sel yang terdapat dalam tubuh ini berpotensi untuk menjadi ketumbuhan atau kanser (tumor). MashaAllah, setiap sel dalam tubuh ini juga hidupan, maka dia juga mengalami perubahan dengan kehendak dan perintah Dia. Tidakkah kita sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa tanpa bantuanNya?

Subhanallah wa Alhamdulillah, subjek yang telah disusun sedemikian rupa memberi peluang supaya saya menyedari betapa penyusunan Allah terlalu hebat. Mulanya Dia susunkan subjek pertama sebagai Pharmacology; subjek yang terpenting dan tersusah, dan merangkumi segala rawatan peyakit. Kemudian, tiba giliran subjek-subjek penyebab penyakit; Parasitology tentang makro-organisma dan Microbiology tentang mikro-organisma. Kemudian Dia tutupkan pula dengan subjek yang menjadi konklusi dan implikasi buat semua subjek tadi iaitu Pathology. Hebatnya Allah!

Sepatutnya tahun ketiga ini saya perlu lebih banyak bersyukur dan bersabar, bukan?

Lantas, patutkah saya membiarkan malas merajai diri saya? Bukankah malas tanda kufur?
Astaghfirullah, Allah, aku hamba lemah. Maafkan aku..

P/S: Doakan saya ya. Ingin Mumtaz Taqdir 'Am. Natijah akan keluar dalam tempoh seminggu lagi.
...Read more

18 June 2009

The About-Women Movies

Siapa kata orang macam saya langsung tidak menonton filem? Tidaklah hingga ke panggung wayang, tetapi saya juga menghabiskan sesetengah masa lapang saya dengan menonton. Dan saya seorang yang terlalu memilih ketika menonton filem. Setiap kali menonton satu-satu cerita, saya pasti akan menarik keluar semua falsafah-falsafah yang ada dalam kisah-kisah tersebut. Setakat ini, Naruto Shippudeen dan House M.D. boleh dikategorikan antara tontonan kegemaran yang saya ikuti setiap sirinya. Di dalamnya sarat dengan manusia-manusia kreatif yang boleh saya pinjam semangat dan ketabahan mereka. Cuma cerita-cerita dari barat saya tidak berapa gemari kerana penuh dengan aksi yang membuatkan saya rasa mual. Ah, kehidupan bebas yang tidak ada kawalan bahkan membinasakan! Tiada panduan!

Begitu juga cerita-cerita cinta yang lain. Semuanya mempunyai falsafah yang sama dan tidak ada pembinaan di dalamnya. Dua falsafah cinta yang saya temui dalam semua cerita cinta (saya layan juga, nak tahu mengapa ramai yang addicted dengannya..); pertama, kalau jumpa selalu memang akan jatuh hati dan kedua, Heart Resonance Theory. Kamu suka pada seseorang, dan orang itu akan merasainya juga. Boring..itu sahaja! Agak kurang mendidik bagi saya.



Di celah-celah pilihan cerita, saya menemui dua lagi cerita yang benar-benar membuatkan saya berfikir. Dan kedua-duanya menceritakan tentang kehidupan wanita di tengah-tengah masyarakat. Satu hasil dari Indonesia yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban dan satu lagi dari Barat, Arranged. Walaupun yang kedua adalah lakonan manusia kulit putih, tetapi tidak ada unsur-unsur yang memualkan saya. Kedua-duanya memberi perspektif yang berbeza bagi penontonnya, begitu juga saya. Apa perspektif anda?

Perempuan Berkalung Sorban


Ringkasan sinopsis yang saya ingat adalah kisah Aneesa, seorang anak Kiai yang hidup dalam sebuah pasentren (madrasah) kepunyaan ayahnya. Di sana, Aneesa memberontak kerana banyak perkara yang membezakan dia dengan kaum lelaki yang lain. Baginya tidak adil. Dan masanya banyak bersama Khudori, temannya ketika kecil tempat dia meluahkan segala perasaannya (erm, my first theory about love applied, ha ha ha). Lalu jatuh hati..

Kemudian Khudorinya menyambungkan pelajaran ke Mesir (yang saya tak tahan, rumahnya setentang dengan piramid sedangkan di kawasan piramid tidak ada penuntut yang tinggal di situ kerana jauh dari pusat pengajian!), Aneesa dikahwinkan secara paksa oleh ayahnya dengan seorang lelaki lepasan Madinah. Memalukan, lelaki yang kononnya baik rupa-rupanya mempergunakan wanita untuk kepuasan nafsu. Huh!

Kemudian pelbagai peristiwa yang berlaku (sila tonton sendiri), akhirnya Aneesa bercerai dengan suaminya, Shamsudin (kalau saya tak silap). Walaupun masih dalam trauma, Khudori masih menerimanya sebagai isteri. Mereka hidup bahagia dengan seorang anak hinggalah.. (sila tonton sendiri ya!)

Mungkin ramai berpandangan filem ini membawa mesej emansipasi wanita atau kebebasan wanita. Benar, cerita ini digubah dengan begitu baik hingga saya tidak merasakan ada unsur-unsur liberalism di dalamnya (tidak seperti Gubra yang menjelikkan!). Tetapi, saya memandang kisah ini sebagai contoh kegagalan besar bagi sebuah institusi pengajian Islam. Kisah ini sebenarnya membentangkan betapa rosak sebuah institusi jika para pelajarnya tidak diajar cara berfikir. Semuanya hanyalah seputar halal dan haram. Tidak ada pembinaan iman dan tidak ada pendidikan jiwa. Lebih tepat lagi, tidak ada aplikasi cara didikan Rasulullah s.a.w. Benar, pasenteren itu hanya merujuk Al-Quran dan Sunnah, tapi tidak dilihat bagaimana merujuknya!

Saya berfikiran begini dan sebenarnya saya risau apabila ada wanita lain yang mentafsirkan dengan perspektif yang berlainan terutamanya jika menganggap itulah institusi Islam yang sebenar dan hanya itulah tugas-tugas wanita dalam Islam; hanya membantu dan melayan suami. Ya, sebagai isteri adalah salah satu tugas wanita dalam Islam, tetapi wanita Islam juga mempunyai tempat di dalam semua bidang ilmu dan pekerjaan. Islam juga memberi hak kepada para wanita Islam untuk berfikir dan memberi pandangan (seperti Saidatina 'Aisyah yang bijak itu!). Wanita dalam Islam tersangat istimewa jika benar-benar tahu bagaimana merujuk Al-Quran, As-Sunnah dan panduan para Ulama'.

Amat malang apabila seorang wanita Islam ingin bebas dari kehidupan Islam yang sebenar kemudian menyertai kehidupan sebaliknya. Malang bahkan tidak bermaruah dan hina!

Arranged


Filem ini sebenarnya saya kutip setelah saya baca sebuah review dari Faisal Tehrani. Melihat sinopsisnya yang menarik, saya mula mencarinya di internet.

Arranged pada saya sebuah filem yang sangat menyentuh hati kerana watak-wataknya digambarkan sebagai wanita-wanita yang suci dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Namun, pegangan mereka dipandang rendah oleh orang-orang sekeliling mereka. Filem ini bukan filem anti-agama tetapi lebih kepada kisah toleransi Islam-Yahudi Ortodoks (jangan salah faham, pengganas Israel di Palestin adalah Syaitan Zionis!). Kisah dua orang guru praktikal wanita di dalam sebuah sekolah di New Jersey (kalau saya tak silap) yang berbilang kaum, pemikiran dan pegangan agama.

Saya paling geram apabila melihat Pengetua sekolah yang terlalu sekular. Katanya mereka adalah guru yang kreatif, bijak dan sentiasa menepati masa. Namun apa yang tidak beliau puas hati adalah cara pemakaian mereka yang terlalu mengikut ajaran agama. Katanya pilihan. Beliau meminta kepada mereka berdua supaya berfikir dan memilih jalan hidup mereka bukan ikut-ikutan agama. Kerana geram dengan sikap Pengetua yang bagi saya tiada pegangan agama dan bodoh, Rachel si Yahudi membalasnya dengan kata-kata yang saya suka, "I have my choice, and this is my choice, and this is the community choice. You think if I live without my family is a freedom? You think if I sleep with any other man that I barely know is a freedom?". Itulah dia wanita Yahudi yang memang terkenal dengan kebijaksaan mereka. Dia bukan sahaja mempunyai otak, tetapi juga tahu menggunakannya.

Filem ini juga memaparkan satu adegan yang menarik iaitu bagaimana kedua-dua agama menyusun para pengikutnya untuk mencari pasangan dan berkahwin. Dan cara Islam dipersembahkan dengan begitu baik sekali, tidak ada yang melanggar apa yang saya fahami selama ini. Tidak ada couple yang entah apa-apa, tidak ada penentangan keluarga dan semuanya dilalui oleh kedua-dua wanita ini dengan penuh senang hati dan bahagia. Bahkan bakal suami Rachel juga hasil usaha dan susunan Nasira, sahabat Muslimnya. Filem yang indah dan saya sangat terharu menontonnya!

Kedua-dua kisah ini membuatkan saya benar-benar ingin menjadi pendidik wanita. Pensyarah falsafah atau kedoktoran barangkali. Saya tidak mahu wanita menggunakan akal tanpa panduan yang ditetapkan oleh Pencipta mereka. Saya tidak mahu para wanita dunia mentafsir kehidupan mereka dengan cara yang salah dan hanya mengikut telunjuk nafsu. Saya tidak mahu wanita hari ini mentafsir sebuah kebebasan seperti yang pernah ditafsirkan oleh SIS itu. Saya tidak mahu wanita terus menerus menjadi penghuni Neraka paling ramai kerana kebodohan mereka akibat dari kurangnya ilmu dan iman!

Ya Allah ampuni kami atas segala kesalahan yang kami tahu dan yang tidak kami ketahui.
Ya Allah, tunjuki kami dengan hidayah dan kasih-sayangmu.
Ya Allah, jangan engkau pesongkan hati kami dari hakikat Islam yang sebenar dan lindungi kami dari falsafah jahat dan godaan musuh lelaki dan wanita yang nyata yakni Syaitan.
Ya Allah, kami tidak mempunyai sebarang kekuatan melainkan daripadaMU..

P/S: Jom jadi wanita paling hebat dengan Al-Qur'an!

..Wallahu'alam..

...Read more

17 June 2009

Maafkan Saya, Maafkan..

Dalam jangkamasa sebulan exam final ini berbagai perkara berlaku. Sahabat saya dari Malaysia datang ke Mesir (spesifically Cairo) dalam tempoh sebulan juga untuk praktikal Bahasa Arab. Lebih awal lagi, cikgu Bahasa Melayu saya meninggal dunia ketika saya sedang menghadapi kertas Pharmacology. Dan seorang lagi sahabat seperjuangan saya (boleh baca banyak tentangnya di sini) juga meninggal dunia diikuti dengan Ustaz Fathi Yakan, penulis buku terkenal, Maza Intima' Al-Islam (boleh membaca versi bahasa melayunya di sini). Kemudian saya tidak dapat menemani dan membelanja sepupu saya yang datang untuk peperiksaan di Mesir bahkan langsung tidak sempat meluangkan masa untuknya.

Kelima-lima perkara benar-benar menyedihkan saya. Pertama sedih kerana saya tidak dapat menemani sahabat saya berjalan-jalan sekitar Mesir dan membantunya belajar lebih banyak tentang Mesir. Kedua saya sedih kerana dunia semakin kehilangan orang-orang soleh. Yang tinggal hanyalah mereka yang takut mati dan malas memperjuangkan Islam apatah lagi komited dengan kerja-kerja Islam. Saya mungkin dalam golongan itu juga. Kesedihan yang kedua ini sebenarnya bersama dengan satu perasaan lagi; GERAM. Geram dengan diri sendiri dan siapa sahaja yang selalu melakukan kesalahan dan dosa tapi tak sedar-sedar.

Apa yang orang kisah dengan perasaan saya kan? Biarlah, blog pun gunanya untuk luahan perasaan. Cara memberitahu kepada orang lain dengan cara yang lain jika kita tidak pandai berkata-kata atau andai berkata-kata meyakitkan atau menyedihkan hati..



Benarkah pelajar perubatan begitu sibuk? Benarkah pelajar perubatan tidak sempat bersosial? Benarkah pelajar perubatan hidupnya hanya dengan buku-buku, pen dan kertas? Benarkah begitu?

Pertanyaan ini membuatkan saya tersenyum. Benar pelajar perubatan sibuk. Sibuk dengan kelas 5 hari seminggu dari jam 8 petang hingga 2 petang, kuiz setiap minggu dan assignment, silibus pengajian yang menuntut ulangkaji secara konsisten (kerana terlalu banyak dan berat!) dan bertambah-tambah lagi bila terlibat dengan tugas-tugas persatuan.

Tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini secara total. Kenapa? Kerana ada di antara pelajar-pelajar perubatan yang sempat men'khatam' puluhan episod cerita cinta korea, jepun tak ketinggalan juga melayu. Bagaimana mereka mempunyai masa yang sebegitu banyak? Jawapan itu saya tidak ada dan saya tidak mahu berbicara tentang itu. Ketuk minda, tanyalah fikiran.

Post saya kali ini lebih kepada memohon maaf. Saya memohon berjuta-juta kemaafan terlebih dahulu kepada sepupu saya, Abu Dzar kerana tidak dapat meraikan kedatangannya di sini. Sudahlah pelbagai cabaran yang dilaluinya ketika berada di sini, satupun saya tidak bantu. Jika alasan masih boleh diterima, maka kerana examlah saya tidak dapat mengosongkan masa dan membelanjai anda. Subjek tahun ketiga dan yang terakhir ini terlalu mencabar dan perlu ulangkaji tahap tertinggi. Maafkan..

Bila lagi akan saya bertemu dengan saat itu?

Kemudian kepada kedua sahibah saya di ARMA (Malaysian Hall), Kak Aisyah dan Sarah Izham. Maafkan saya tidak dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan melihat istimewanya Mesir. Saya tahu Mesir terlalu mundur dan kucar kacir dari Malaysia, tetapi negara inilah yang berjaya melahirkan 4 orang penerima Anugerah Nobel. Malaysia? Tak ada seorangpun. Kerana itulah Mesir sebenarnya ada mutiara yang tidak dapat dilihat dengan mata fizikal sahaja. Maafkan saya kerana tiada masa untuk menunjukkan semua itu..

Ketika cuba untuk terbang, namun hanya dengan tremco sahaja yang mampu..

Buat sahibah-sahibah yang masih di sini, terutamanya Nawwar dan Shanuh yang sangat sabar, ana memohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk antuma. Kepada Nawwar, ana tidak pandai lagi menyusun masa tambah lagi bila ditaklifkan sebagai TP, maka ana menjadi terlalu kelam kabut. Tetapi, saat-saat bersembang masalah dengan Nawwar adalah saat-saat yang paling ana rindui kerana ketika itu ana rasai betapa masalah itu dirasai bersama anti. Terlalu dirasai! Kepada Sha, anti kehilangan seseorang yang sangat hampir dan terlalu soleh, maafkan ana sebab tidak dapat berada di sisi Sha ketika saat itu. Ana harapkan antuma berdua terus tabah dan jangan lemah. Kita masih ada Allah kan?

Saya mengakui saya sibuk dengan pelajaran dan tugas saya. Saya mengakui saya tidak pandai mengatur masa. Saya mengakui saya terlalu lemah menguruskan semua itu, maafkan saya. Saya cuba melakukan yang terbaik dan saya cuba untuk menyelesaikan masalah diri saya namun hasilnya tidak sebaik yang diharapkan. Maafkan saya dan doakan agar saya terus tabah dan lebih tersusun hidup. Mungkin selepas semua tugas selesai, saya cuba untuk terus memperbaiki diri saya. Nafsu perlu dilawan lagi, mungkin..

Betullah, saya hanya seorang hamba..

Mungkin waktu saya kurang keberkatannya, apa yang perlu saya lakukan?

..Ana Asifah wa Astaghfirullah..

P/S: Saya tidak mahu menjadi seperti munafiq, ibarat tin kosong, bunyinya bukan main, tapi isinya tiada.. (Surah Al-Munaafiquun)

...Read more

06 June 2009

Cerita Internet

Written Pathology will begin on June, 15th. The last paper InshaAllah.
I have 10 days beginning from today to cover 502 pages of General and Special Pathology.
10 days with 72 pages per day.
Hu, rapid revision maybe. A load to read, understand and digest.

But this time, I like to share something, in between this period, a story that others might think it just a usual story, but for me, it's about win-win situation. Everyone did their very best including our neighbour, Baba Hassan. And finally we got the best. But what we have now unfortunately never been considered by others, because it seems as a simple matter for them. Simple and no big deal! hu~

Cerita internet yang kini berkelajuan 1MB, wireless dan tiada masalah terputus-putus dengan bayaran LE230 sebulan melalui perkhidmatan syarikat internet Linkstream.

Cerita bermula begini..


Rumah yang sedang kami duduki dari tahun 2008 hingga kini adalah rumah kedua kami yang pada mulanya memang mempunyai line telefon. Kami berkeputusan untuk menggunakan line telefon tersebut untuk memasukkan line internet dan tidak perlu lagi memasang line yang ditarik dari CC yang perlu dipasang untuk setiap orang. Maka keputusan dibuat dengan membeli router yang mempunyai 4 port untuk Ethernet dan satu anthena untuk wireless. Itupun dengan bantuan ikhwah yang lebih dulu menggunakan router dengan kelajuan yang saya agak maksimum; 2 MB.

Dengan bantuan mereka juga kami dibawa ke syarikat internet untuk mendaftarkan line telefon rumah kami. Tetapi akhirnya, apa yang disangka tidak semudah yang dilakukan. Line telefon tersebut tidak dapat diaktifkan kerana ada masalah-masalah yang tidak diketahui. Pelbagai cara dicuba, namun tiada perubahan. Maka perjuangan kami bermula di sini bila semua jalan seolah-olah mustahil.

Bergilir-gilir kami satu rumah ke syarikat tersebut untuk memastikan samada line telah diaktifkan. Beberapa kali juga nombor IP dan segala nombor yang diperlukan ditukar dan dimasukkan, namun tiada apa yang berlaku. Lampu ADSL pada router tetap tidak menyala. Entah apa salahnya. Buntu. Syukur juga pada waktu itu kami tidak dikenakan bayaran kerana line masih belum diaktifkan. Kata operator di syarikat itu, mungkin line telefon rumah kami bukan line yang sesuai untuk disambungkan internet. Syabakah ardhiah katanya. Perlu taslih atau diperbaiki ataupun dinaiktarafkan. Di situ baru kami tahu di Mesir rupa-rupanya ada 2 jenis line telefon! Macam-macam..

Kemudian, kami mula mengambil keputusan untuk taslih dan memerlukan bantuan Baba Hassan (jiran bawah rumah kami yang sangat sabar) untuk memanggil orang dari center. Penantian demi penantian, line yang kononnya telah diperbaiki masih belum boleh juga diaktifkan. Sekali lagi operator di syarikat Linkstream menyarankan kami supaya terus sahaja menyambung router dengan line telefon jiran kami. Alhamdulillah, jumpa jalan keluar akhirnya. Nombor ditukar dan sambungan fizikal perlu diubahsuai.

Ketika ADSL mula menyala..

Pada mulanya Baba Hassan hanya menyarankan kami supaya membuat sambungan lain sahaja dengan membuat pintasan pada line telefonnya, akhirnya lampu ADSL yang dinanti-nantikan sekian lama menyala. Namun, keseronokan tidak kekal lama setelah lampu tersebut kembali padam. Bermula pada saat itu, line yang baru telah mula diaktifkan dan kami perlu membayarnya walaupun internet tidak selancar yang disangka. Alangkah! (Ketika itu hanya berkelajuan 0.5 MB dengan bayaran LE120)

Kegeraman semakin bertambah-tambah dan kami memaksa otak untuk terus mencari idea menyelesaikan masalah ini. Apa yang pasti, masalah utama adalah sambungan fizikal dan bukan lagi masalah line telefon seperti yang berlaku pada pertama kali. Selepas solat hajat dan bacaan Yaasin bersama-sama (semata-mata untuk line ini!), akhirnya, sebuah wayar telefon sepanjang 10 meter dibeli, disambungkan pada router dari tingkat 2 rumah kami ke tingkat 1 terus ke telefon Baba Hassan dengan bantuan splitter. Sambil menjerit-jerit antara 2 tingkat tersebut dengan Wani, Fazilah dan Huda di tingkat atas manakala saya, Najah dan Iman mengganggu Baba di tingkat bawah, kerlipan ADSL akhirnya menjadi sangat stabil. Nak tergelak rasanya mengenangkan saat-saat itu..

Permulaan pemasangan memang mempunyai masalah (internet terputus secara tiba-tiba) hingga 2 kali muhandis (technician) datang memeriksa secara percuma. Dan sejak saat itu hingga ketika ini, internet berjalan dengan sangat baik. Alhamdulillah, Allah sangat baik!

Memiliki line internet adalah satu nikmat yang tidak boleh disalahguna!

Internet menjadi keperluan kepada kami sejak semua urusan kuliyah dan hal-hal persatuan berkait rapat dengannya. Tetapi pada tahun ini, sambungan internet rupa-rupanya mempunyai tugas ketiga; memuat turun cerita-cerita. Kesal sebenarnya kerana aktiviti memuat turun cerita-cerita telah melembapkan perjalanan line wireless sehingga YM bermasalah dan nota-nota segera tidak dapat dimuat turun dengan cepat. Saya bertambah kesal kerana aktiviti memuat turun cerita-cerita semakin rancak sehingga lari dari tujuan asal line internet ini diperjuangkan kewujudannya. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan, aktiviti muat turun ini banyak menganggu tugas utama pelajar-pelajar di sini; UNTUK BELAJAR DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN!

Selepas perbincangan ringkas dalam fatrah exam ini, dan apabila melihat cadangan menaikkan line kepada 2 MB dan akan dibayar oleh pihak-pihak tertentu, saya dan ahli bait yang lain memikirkan untuk kembali semula pada keadaan asal (0.5 MB) dan memutuskan untuk tidak lagi berkongsi wireless. Saya dan rakan-rakan serumah tidak mempunyai masalah tentang muat turun ini kerana kami tidak dibiasakan dengan memuat turun cerita-cerita. Bagi kami, duit bukan segalanya. Apa yang utama adalah matlamat internet diadakan dicapai secara penuh; hinggalah kepada penggunaanya. Kami tidak mahu masing-masing mementingkan diri sendiri dan ikut suka hati. Hidup susah sama-sama, senang sama-sama. Baru bahagia.

Begitulah sedikit sebanyak kisah internet di Baitul Ateeq yang dikongsi seramai 12 orang (13+ sebab campur dengan anak Baba Hassan, hu~). Mungkin ramai yang tidak tahu kisah disebaliknya dan menganggap kami secara mudah mendapatkan sambungan internet. Tidak semudah itu. Tetapi kami seronok melakukannya kerana kami bersama..

Maafkan jika tulisan ini ada menggangu benak fikiran beberapa pihak, tetapi inilah luahan hati dan penjelasan, agar semua faham, hidup bukan seorang-seorang, hidup bukan untuk senang lenang dan hidup bukan hanya di dunia. Hidup bersama membuahkan banyak perkara-perkara besar jika dibandingkan dengan hidup sendirian. Sesungguhnya, kehidupan dunia ini menentukan kehidupan kita nanti di akhirat. Adakah kita bersedia?

Sekadar sebuah cerita yang tidak mempunyai signifikan bagi orang yang tidak berkenaan.
Peringatan untuk diri sendiri juga yang sedikit terganggu dengan kewujudan internet..

..Wallahu'alam..
...Read more