Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

20 December 2010

Day One in Hospital Baling

Pertama-tamanya, ucapan penghargaan buat semua staf Hospital Baling, terutamanya Pengarah - Dr. Jazari, Penolong Pegawai - Cik Nadzirah, Ketua Jabatan Kecemasan - Dr. Ariff, MOs - Dr. Chew, Dr. Pubalan, Dr. Karthi, Dr. Hafizah, MAs - Hj. Ahmad, En. Samsudin, En. Zamudi, En. Nurul, En. Safari, Staff Nurses - Kak Syakinah, Kak Zaitun, Kak Fatimah dan lain-lain. Maaf jika ada nama yang tidak tercatat.


Hari pertama ke Hospital Baling, terus sahaja saya dan Huda ke Pejabat Pentadbiran. Sempat juga berhenti di depan plan hospital sebelum ke sana kerana satu-satunya tempat yang pernah saya pergi sebelum ini hanyalah Klinik Pesakit Luar. Borang permohonan yang disediakan Kementerian Kesihatan telah diisi beserta beberapa salinan dokumen yang lain menyebabkan saya terasa seolah-olah membuat permohonan kerja pula. Ya, kerja tambahan tanpa gaji. *sigh*

Setibanya di Pejabat Pentadbiran, kami diminta bertemu dahulu dengan seorang penolong pegawai pentadbiran, Cik Nadzirah. Menurut beliau, inilah kali pertama pelajar perubatan membuat permohonan untuk Posting Elektif (Attachment) di Hospital Baling dan memerlukan kelulusan dari Pengarah Hospital. Tambahan lagi, pihak hospital tidak mendapat maklumat awal dari universiti tempat kami belajar. Hanya surat perakuan dari universiti tidak memadai. (You know O medical student of Tanta University that Dr. Mohsin will never do that..) Lebih malang lagi, Pengarah tidak ada di pejabat atas beberapa urusan maka kami tidak dapat memulakan attachment pada hari yang sama. Rancangnya memang mahu memulakannya pada minggu depan, memandangkan hari itu adalah hari terakhir untuk minggu tersebut, maka kebenaran hanya dapat diberikan pada minggu hadapan. Maka kamipun berbasikal pulang setelah meninggalkan nombor untuk dihubungi.

Hari pertama minggu berikutnya, saya menerima panggilan untuk datang ke pejabat untuk bertemu Pengarah dan mendapat kebenaran membuat attachment. Hati sudah berbunga-bunga tetapi sedikit berdebar-debar kerana kemungkinan besar akan ditempatkan di Bahagian Kecemasan. Terus ke pejabat, bertemu Cik Nadzirah semula (yang saya mula mengesyaki bahawa dia adalah rakan sekelas saya semasa di sekolah rendah setelah mengetahui dia sama umur dengan saya, he he..) dan diarah ke bilik Pengarah. Mungkin sekadar untuk mengenali kami, beliau bertanya beberapa perkara sambil memberikan satu ekspresi yang saya ingat hingga kini, "Orang Baling pun pandai-pandai jugak eh?" Ha ha. Tiada komen.

Tanpa sebarang pengenalan atau surat pengesahan, kami terus sahaja ke Bahagian Kecemasan untuk bertemu ketua Jabatan, Dr. Ariff tetapi beliau diganti oleh En. Samsudin untuk sesi briefing kami. Briefing yang begitu ringkas tentang Zon Hijau, Kuning dan Merah (Zon Resusitasi), En. Samsudin tidak tahu apa lagi untuk diberitahu dan kami juga tidak tahu apa yang hendak ditanya. Suasana sekeliling yang penuh dengan ubat-ubatan dan alat-alat medikal yang tidak dikenali menyinggah tubir mata sambil menyedari bahawa memerlukan masa untuk belajar semua perkara. Ya, saya ada 2 minggu untuk mengetahui semuanya! (yang Pengarah katakan tidak cukup itu..)
Zon Merah

Zon Kuning
Menurut En. Samsudin (yang merupakan ketua Medical Assistant @ MA di Jabatan Kecemasan), kelengkapan di Jabatan Kecemasan di hospital daerah seperti Baling ini tidaklah secanggih seperti di hospital-hospital bandaraya seperti Sungai Petani dan Alor Setar. (apatah lagi HKL kan?) Kerana itulah kelengkapan yang terdapat di sini agak ketinggalan dan hanya memenuhi keperluan sahaja. Menurut beliau lagi, Jabatan ini berfungsi selama 24 jam dengan waktu pejabat hanya menerima kes-kes kecemasan dan waktu lainnya menerima semua kes termasuk kes pesakit luar. Kadangkala, ada kes-kes serius yang memerlukan rawatan lanjut perlu dirujuk (refer) ke hospital-hospital bandaraya. Sekilas pandang, Jabatan ini tidaklah sesibuk yang dibayangkan, tetapi sebenarnya mengikut keadaan dan waktu. Kadang-kadang kes kecemasan terlalu banyak hingga bilik resusitasi yang hanya mempunyai 1 katil untuk resusitasi penuh dan tidak muat. Pernah juga sehari kami di Jabatan ini, tiada pesakit langsung selama 4 jam!

Sambil memperkenalkan diri sebagai pelajar perubatan Tahun 4 yang tidak tahu apa-apa kemahiran langsung dan secara automatik dikenali hanya dengan tudung (tengok tudunglah nak tahu belajar kat mana - En. Samsudin), kami sempat membaca warna pembahagian sisa buangan perubatan, mengenali sedikit sebanyak sistem hospital Malaysia dan membandingkan fasiliti yang terdapat di sini. Walaupun penuh kekurangan, tetap menandingi Jabatan Kecemasan di Hospital Universiti Tanta yang pernah saya masuki untuk mengambil kes Forensik. Saya belajar erti syukur disitu..

Unit Khas Pembersihan Hospital
Kes pertama masuk ke Zon Resusitasi dengan keadaan tidak sedarkan diri. Lelaki sekitar umur 40 tahun. Menurut MA yang bersamanya di dalam ambulan, beliau jatuh ke dalam kolam dan tidak sedarkan diri. Tetapi menurut isteri beliau, beliau pengsan terlebih dahulu sebelum jatuh ke dalam kolam milik beliau untuk menangkap ikan. MA (dengan penuh bergaya) mencatat history kes di dalam kad kecemasan dari kaunter triage sambil bertanya soalan lain sambil Kak Syakinah mengambil semua vitals (BP dan blood glucose). Tak ingat siapa yang menerangkan kepada kami ketika itu, semua kes pengsan atau tidak sedarkan diri perlu disyaki hypoglycemic dan rawatannya dextrose bolus (tak ingat dose) dan D5 solution drip. Banyak sebab lain (differential diagnosis) yang membawa kepada tidak sedarkan diri atau shock seperti hyperglycemic, severe and acute hypotension, acute hypovolumic, neurological problems dan sebagainya tetapi kes ini didapati hypotension dan hypoglycemic berdasarkan tekanan darah (BP) dan dextrostix (blood glucose). Apa yang menghairankan, menurut isteri kes, beliau telah bersarapan pada pagi itu dan akhirnya setelah hampir setengah jam, kes tersebut telah sedarkan diri tetapi masih dalam keadaan lemah. Dan inilah pembelajaran pertama saya menghadapi kes pertama yang saya ingat sampai bila-bila. Kes MI atau Myocardial Infarction ; commonly occur among smokers. You can suspect it from history taking apparently.

Katil Resusitasi
Tiba-tiba, tanpa sempat saya bertanya lebih lanjut, kes tadi kembali tidak sedarkan diri dan telah dipindahkan ke katil resusitasi. Doktor telah dipanggil. Staf nurse sudah mula memasang branula atau venofix di kedua-dua belah tangan kes. Sudah mula memasang line. Semua telah bersedia untuk memasang endotrachial tube yang dilakukan oleh doktor atau Medical Officer (MO). Setelah ET dipasang, kes tadi sedikit sedar tetapi mengerang kesakitan dan menyebut 'Allah' beberapa kali. Mungkin dalam psychosis state disebabkan hypoxia. Inilah kali pertama saya melihat ET dipasang secara live. ECG dan Oximeter (untuk blood-oxygen level) juga telah dipasang. Ketika itu, saya masih buta ECG, maka saya tidak tahu apa penerangan dari diagnosis (Dx) doktor. Atas arahan Dr. Karthi yang bertugas ketika itu, Atropine infusion bermula. Masih tiada respon walaupun telah sampai maximum level allowed. Line of treatment seterusnya, Adrenaline, Dopamine dan akhirnya Dobutamine. Masih tiada respon yang baik dari ECG.

More flow needs lesser number.
Saya diberitahu bahawa ECG menunjukkan MI dari ST segment. Tetapi kini, ECG telah menunjukkan asystole walaupun keempat-empat resuscitation drugs infused. Saya disuruh mengambil kerusi kecil, tetapi ketika itu saya kaget dan tidak tahu apa yang dikehendaki dan saya juga tidak tahu tempatnya. Dengan kadar segera, kerusi diletakkan di sebelah katil resus dan En. Samsudin memulakan cardiac compression di atasnya dan disambung oleh Dr. Karthi bergilir-gilir. Saya yang seolah-olah tidak langsung membantu kemudiannya disuruh menyambung cardiac compression. Tanpa berfikir panjang, walaupun tidak pernah melakukannya ke atas manusia sebenar, saya nekad mencuba.

Troli Kecemasan
Inilah kali pertama saya merasai cardiac atau chest compression ke atas seorang manusia. Berbekalkan method yang pernah saya belajar dalam First Aid program yang dianjurkan oleh PCT, saya menekan tubi sambil berharap ada perubahan pada ECG. Malangnya, ECG hanya berubah ketika saya melakukan tekan tubi selama 15 minit. Jantung kes masih tidak menunjukkan sebarang sinus rhythm . Sambil menekan dan memerhatikan monitor ECG, di dalam fikiran saya hanyalah mengharapkan regular rhythm itu. Saya tahu betapa sakitnya kerana sebuah kehilangan..

Semua staf nurse dan MA serta MO begitu cekap melakukan tugas. Mereka sangat tenang dan rilek dan kelihatan telah mengetahui apa sahaja yang perlu dilakukan. Memang saya perlu mengurus emosi dan saya banyak belajar dari mereka. Inilah pertama kali saya melihat dilated pupil dan very cold extremities. Akhirnya setelah kesemua tenaga dicurahkan dalam masa 30 minit, keluarga kes dipanggil untuk mengumumkan waktu kematian. Hati saya kosong. Tidak tahu pilihan perasaan. Dan surah Yaasin berkumandang di seluruh Jabatan.

Hari pertama kami beginilah. Agak terkejut kerana sudah menerima kes seperti ini. Me myself feeling so helpless. Even untuk ambil certain apparatus pun tidak dapat menolong kerana kurangnya mengetahui nama-nama alat dan penggunaan shortforms. Sangat teruk.

Kes ini juga menyebabkan saya mengambil berat dextrostix level. Soalan pertama Dr. Ariff pada hari itu ; Causes of loss of conciousness atau LOC. Soalan kedua ; level of glucose that can cause hypoglycemic shock. Kedua-duanya tidak dapat dijawab dengan baik kerana ketika itu tidak tahu apa itu dextrostix! He he.

Banyak penerangan disampaikan oleh MA dan Staf Nurse kerana para doktor sangat sibuk dengan urusan wad dan sebagainya. Kadang-kadang tidak ada doktor di Jabatan Kecemasan kerana doktor on-call itu jugalah yang in-charge wad pesakit dalam (in-patient). Di hospital-hospital daerah seperti hospital Baling tidak ada House Officer (HO) atau di Mesir dikenali sebagai Resident kerana hospital daerah bukanlah hospital yang dipilih untuk menjalani housemenship. Teringat kata-kata Dr. Ariff kepada semua MA, "Kamu semua kena ajar depa ni baik-baik. Nanti depa jadi ketua hampa semua jugak.." Kami hanya tersenyum. Lambat lagi menunggu 10 tahun. He he.

Waktu-waktu akhir hari itu, kami diajak oleh En. Samsudin dan Dr. Ariff menikmati jamuan terakhir sebelum Ramadhan tiba. Katanya semua staf kecemasan dijemput. Mungkin kerana tidak mahu kami rasa terasing (yang sememangnya kami patut rasa begitu kerana bukan staf tetap hospital ini), kami diajak dengan begitu bersungguh-sungguh. Tambahan lagi kes meninggal di depan mata buat pertama kali, semua orang pasti akan bercampur-baur perasaan.

Begitulah panjangnya kisah sehari saya dan Huda di Hospital Baling ketika cuti musim panas tempoh hari. Ini belum kisah-kisah selepas ini dengan kehadiran student MA yang sangat terer, kes open book, melihat stitch to open dan sebagainya. Menambah semangat saya untuk terus belajar perubatan! Malangnya, hanya beberapa gambar yang sempat diambil kerana saya perlu juga menjaga maruah pesakit.

Mungkin, jika ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi. Jika diizinkan Allah.

Wallahu'alam bissowab..

25 October 2010

Another Break

Kemaafan yang berjuta-juta kerana tidak menepati janji untuk meng'update' post seterusnya. Jika alasan diterima, ini adalah disebabkan hari-hari terakhir di rumah sebelum pulang ke Mesir di'ceria'kan dengan kabel telefon rumah dicuri untuk kali ke-8. Disebabkan Ayah akan menunaikan haji beberapa minggu lagi, maka tidak ada lagi orang yang akan mendesak agar kabel tersebut diganti. Fortunately, kabel tersebut tidak melibatkan rumah tok saya (= nenek dalam bahasa orang Kedah ye bagi siapa-siapa yang tak tahu - teringat student MA di Hospital Baling) seperti kabel yang dicuri pada kali ke-7. Oleh itu memudahkan tok saya membuat dan menerima panggilan dari makcik dan pakcik yang prihatin.

Sebelum saya menambah lebih banyak lagi post yang berkaitan dengan perubatan (beserta istilah-istilahnya), lebih baik saya kongsikan sesuatu yang di luar bidang itu. Berkaitan raya. Dan juga berkaitan keluarga sebelah ibu saya. Tentunya tentang makanan yang cukup istimewa iaitu BURASAK!

Burasak adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Bugis. Bugis, satu golongan yang pernah anda baca dalam buku sejarah tingkatan 4 dan 5 adalah serumpun dengan Melayu cuma bahasa dan budaya (juga makanan) agak berlainan. Berasal dari Makassar, Sulawesi (sila rujuk peta), masyarakat ini juga ramai mendiami bahagian selatan Malaysia terutamanya Johor dan Melaka. Termasuklah nenek saya yang berketurunan Bugis-Johor yang telah berkahwin dengan Atok Yek (atok saya) yang juga Bugis-Makassar. Ini adalah menurut pengetahuan saya. Jika ada kesalahan sila betulkan. *grin*

Burasak juga adalah resepi turun temurun yang hanya dimasak dengan jayanya oleh nenek-nenek dan sebahagian kecil makcik-makcik. Jika bahasa Bugis mengalami kepupusan (yang hanya saya dengar dari nenek-nenek dan beberapa makcik-makcik di kampung Muar), burasak juga mengalami kepupusan disebabkan banyak faktor seperti memasaknya yang leceh, memerlukan kemahiran dan kepakaran. (Begitu juga lemang di kampung saya, Baling.) Oleh itu raya baru-baru ini, ummi saya telah membuat sedikit nota tentang resepi burasak yang saya perkemaskan di bawah ini. Untuk lebih tips dan pantang larang perlu berguru dengan nenek saya. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak pernah merasa burasak sesedap yang nenek saya masak yang menjadi pilihan makanan pertama apabila pulang ke Johor. Terimalah..

Burasak
Best Burasak Eva! *grin*
Resepi Burasak

1. 10 pot beras
2. 10 biji kelapa
3. daun pisang muda yang gulung (pisang nipah)
4. daun pandan wangi
5. santan cair (separas beras)
6. santan pekat

Cara:

Masak beras (beras favorite nenek : Royal Umbrella yang wangi dan cantik..) dengan santan cair kemudian dikukus hingga masak, lepas itu dituang santan pekat gaul dan biarkan sebati barulah dibungkus dengan daun pisang yang lebih tua 5,5 dan diikat. Bungkusan yang pertama perlu dicetak supaya saiznya sekata dan dapat dibungkus dengan kemas. Kemudian direbus selama 8 jam.

Burasak ini seperti ketupat dan lemang yang sedap dimakan dengan rendang ayam/daging ataupun dengan serunding ayam/daging/ikan/udang.






Burasak 3Burasak 4


Burasak 2


Walaupun saya pulang beraya di Muar pada hari kedua tahun ini, saya tidak sempat menjamah malah melihat baki burasak. Namun nenek yang begitu gigih dan rajin berjanji akan memasak burasak untuk kali kedua sebelum kepulangan kami semula ke Mesir. Maka pada malam sebelum berlepas, di rumah Pak Andak saya di Putrajaya, kami sekeluarga berkesempatan menjamah (baca : melantak) burasak yang dibawa khas dari Muar, Johor bersama rendangnya! Nenek memang terbaik! Sayang nenek sangat-sangat!

Jika tidak keberatan, bagi sesiapa yang ingin merasa masakan nenek saya ini, jangan segan-segan untuk mencuba resepi di atas. He he he. Maaf, tidak mahu menyusahkan nenek saya lagi untuk masak burasak dengan jumlah yang banyak. Mungkin apabila saya telah menjadi nenek (jika dipanjangkan umur), saya akan 'cuba memasak burasak atau lemang' atau at least, bercerita tentangnya. *grin* Semoga warisan turun temurun ini tidak pupus dilupakan oleh anak cucu selepas ini. Ameen.

..dan inilah sedikit perkongsian dari seorang yang mempunyai campuran darah Bugis. *smile*

19 September 2010

A Break

Pertama-tamanya, Al-Fatihah khusus buat Murabbi yang paling dikagumi dan dihormati, Ustaz Dahlan Mohd Zain, beliau yang sempat saya temui dan mengucapkan terima kasih serta maaf semasa kenduri beliau dan kali keduanya ketika beliau sudah menutup mata buat selama-lamanya. Pertemuan yang sungguh luar biasa kerana ketika itulah juga berkumpulnya jasad-jasad yang berisi hati-hati yang ikhlas hanya untuk mendapat redha Allah hingga terpancar di wajah-wajah mereka. Pertemuan yang juga memberi peluang kepada saya untuk mengenali seorang penulis buku yang telah lama saya kagumi (al-Muntalaq dan ar-Raqaiq), Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid walaupun hanya melalui gambar yang diambil oleh sahabat-sahabat saya di sini. Satu peluang yang sepatutnya saya syukuri dan hargai !


bertemu dengan Ustaz Dahlan ketika kenduri beliau

Keduanya, saya sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu memulakan perkongsian percutian saya pada tahun ini. Terlalu banyak yang mahu diceritakan sementelah cuti saya yang berumur 3 bulan itu kini tinggal 3 minggu. Bermula dengan menjadi AJK 'Jarak Jauh' untuk Program PERUBATAN di Pangsun, 2 minggu menjalani posting elektif di Hospital Baling dan 3 minggu di Hospital Kuala Lumpur dan raya di Baling dan Muar. Kini, saya bertukar status menjadi bibik sepenuh masa (setelah dinasihati oleh Ummi yang rindunya tidak dapat dilepaskan sepenuhnya..) sambil menanti saat-saat untuk kembali ke Mesir. Mungkin saya perlu menulis dalam post yang spesifik untuk kedua-dua posting saya memandangkan pengalaman di sana terlalu menarik untuk dikongsi bersama rakan seperjuangan yang lain. Tunggu lagi ya ! *grin*

Ketiganya, maaf buat adik-adik junior saya yang barangkali sudah menanti di Mesir pada masa ini. Tahun ini saya tidak menguruskan pelajar-pelajar baru (Malaysia) jurusan Sains Kesihatan di Universiti Tanta sepenuhnya. Sengaja mahu memerhati dan melatih serta memberi peluang pimpinan baru mendapatkan pengalaman mengurus semuanya. Kami (senior) hanya berbaki 2 tahun lagi untuk berada di Mesir, maka kamu semua perlu belajar bagaimana menguruskan adik-adik baru dan menjadi lebih baik dari kami apabila kami telah tiada di Mesir lagi!

Akhirnya, hari ini saya sempat menulis sesuatu setelah beberapa kali bertangguh dek rumah yang terlalu banyak perlu diuruskan. Terlalu banyak yang mahu dikongsi dan diceritakan, tetapi saya masih mengumpul ingatan-ingatan dan menyusunnya dalam perenggan supaya mudah dibaca. Secara ringkasnya, inilah cuti saya yang terlalu sibuk sehingga kaki ini terlalu sakit, buku nota saya penuh dan saya terpaksa mengkhususkan sebuah meja untuk saya di rumah demi menyelesaikan semua kerja. Ya, boleh dikatakan cuti kali ini juga banyak mengubah persepsi, tabiat dan respon saya terhadap masyarakat hari ini dan cuti ini juga (seperti yang telah saya nyatakan tadi) terlalu menarik untuk sama-sama dikongsi.

Semoga saya sempat menulis kesemuanya tanpa tertinggal semua yang menarik sebelum saya kembali menjadi pelajar Tahun 5 di Universiti Tanta, Mesir !

Wallahu'alam.

P/S : tiket saya berjadual 7 Oktober ini. Doakan dipermudah dan selamat pergi dan kembali. Sehingga kini masih belum dapat re-confirm tarikh dengan syarikat Qatar Airways. Rabbuna yusahhilna..


23 June 2010

Hari-hari Yang Berlalu

Terasa macam menulis diari pula. Baru tadi tamat tahriri atau written exam untuk subjek opthalmology atau sains tentang mata. Saya hanya meletakkan 30% sahaja untuk kemampuan saya menjawab hari ini. Saya tertukar diagnosis Behcet's disease dengan gonorrheal uveitis. Hingga tahap ini, saya hanya berserah dengan bergantung harap pada 3 exam opthalmology yang lain iaitu clinical, practical dan oral. Perlu menampung dengan markah penuh untuk sessi kedua exam ini nampaknya. Saya mahu balik dan tinggal di rumah dengan puas hati.

Semalam saya benar-benar tiada mood untuk study. Saya malas menulis jawapan untuk soalan past years dan saya banyak mengisi masa dengan merewang ke ruang siber ini (serta banyak makan dan tidur). Ummi pasti marah dan beristighfar beberapa kali jika melihat keadaan anaknya seperti ini menjelang peperiksaan akhir tahun yang begitu bermalasan. Maaf ummi. (durian haritu berjaya buat una jeles , hu hu hu) Hati saya 90% benar-benar telah berada di rumah atau dengan kata lain ; saya homesick. Saya benar-benar dalam mood kerinduan dan ingin pulang sangat-sangat.

Dalam ketika saya kerinduan pada adik saya yang jauh (arwah jannah) itu, saya mula menyelak semula sembang-sembang saya dengannya di ym. Saya lebih berniat untuk menguatkan hati saya untuk menerima takdir ini mengenangkan jika saya mengelak dan menafikannya, saya lebih sakit hati dan sedih. Lebih baik saya melaluinya sahaja dengan penuh redha, itu lebih membahagiakan. Lantas saya terjumpa video khasnya yang diprivatekan yang menyebabkan saya dan Huda tergelak-gelak. Saat itu tidak terasa langsung bahawa dia telah berangkat pergi. Saya tidak mahu menyatakan bahawa dia telah tiada kerana bagi saya dia cuma telah pergi ke tempat yang jauh yang saya juga akan ke sana! (Maaf, video itu tidak boleh ditayang di sini!)

Menyedari bahawa saya tidak akan lagi menyembangnya dengan ym, saya membiarkan sahaja diri saya membuang masa membaca semula ym saya bersamanya. Hingga saya terjumpa mesej yang ingin saya kongsikan bersama, yang lebih berkisar tentang lagu yang digemarinya. Biarlah saya rakamkan sembang itu untuk saya kenangkan andai ym saya bermasalah dan tidak boleh lagi membuka archieve kenangan ini (ym saya memang sedang bermasalah sekarang..)

Husna Sani: enah
Husna Sani: lagu yg kt fs enah tu
Jannahku Sayang: yope
Husna Sani: xde yg ada maksud ke?
Husna Sani: u tube ke..
Jannahku Sayang: maksud die ade dlm cte bleach
Jannahku Sayang: hehe
Husna Sani: alor
Husna Sani: theme song eh?
Jannahku Sayang: yope
Husna Sani: mula2 ke abes?
Husna Sani: bg link..
Jannahku Sayang: x ingat ah
Husna Sani: alor
Jannahku Sayang: episode bape juta ntah
Jannahku Sayang: hehe
Husna Sani: tajuk lagu n sape nyanyi tau x?
Jannahku Sayang: korang abes dah exam??
Husna Sani: blom
Husna Sani: esok ah
Jannahku Sayang: RSP
Husna Sani: ngah ngantuk ni
Husna Sani: RSP?
Jannahku Sayang: Reel Street Project
Jannahku Sayang: x silap
Husna Sani: tajuk lgu?
Husna Sani: arigato?
Jannahku Sayang: kansha
Jannahku Sayang: kansha tue maksud die sme gak rr ngan arigatou
Jannahku Sayang: grateful
Jannahku Sayang: camtue rr
Jannahku Sayang: gratitude
Husna Sani: jumpa dh
Jannahku Sayang: hehe
Husna Sani: lirik siap terjemahan
Husna Sani: eh xde translate la
Husna Sani: adesss
Jannahku Sayang: http://www.youtube.com/watch?v=4xf5QHb14SQ&feature=related
Husna Sani: o yeah
Jannahku Sayang: hehe
Jannahku Sayang: takat tue jek translate die
Husna Sani: maksudnya?
Husna Sani: dia x translate abes ke?
Husna Sani: ades
Jannahku Sayang: hehe
Husna Sani: x abes buffer lg u tube nih
Jannahku Sayang: lohh
Jannahku Sayang: lambatnye
Husna Sani: enah
Husna Sani: kim salam kt umi
Jannahku Sayang: yope
Jannahku Sayang: insyaAllah
Husna Sani: kate, hepi ummi's day
Jannahku Sayang: hehe
Husna Sani: oit
Husna Sani: wat pe tuh?
Husna Sani: tgk bleach ka?
Jannahku Sayang: hehe
Jannahku Sayang: lg 2 episode
Jannahku Sayang: 200

the memory remains..

Dia yang banyak persamaan dengan saya (dan juga Huda, he he he). Boleh dikatakan, dia adalah gabungan saya dan Huda. Walaupun kami hanya 5 orang, kami adik beradik telah tergolong kepada 2 golongan. Golongan yang baik-baik, selalu ikut cakap ummi dan rajin adalah Huda dan Maryam manakala golongan yang malas, suka main game dan menonton kartun adalah saya, Jannah dan Maddin. Nampak seperti golongan yang 'kurang baik' ini lebih ramai kan? He he he. Sekarang tidak lagi. Mungkin sudah tiada golongan-golongan tersebut. Semua akan jadi rajin! Ganbatte!

Akhirnya, link youtube yang dikongsikan dengan saya hari itu membuatkan saya terus bergerak untuk meneruskan ulangkaji saya semalam. Benar, saya rindukan dia. Tetapi saya ada hari-hari yang perlu saya hadapi dan bukan hanya duduk pasrah tidak berbuat apa-apa!

Petang itu saya dan Huda tidak berhenti-henti memutarkan kedua-dua video itu..





Ya, saya perlu bersyukur. Be grateful. Allah sedang mengingatkan saya. Dan saya redha sekarang. Air mata mungkin sukar untuk berhenti, tetapi hati sudah mula longgar dan pasrah.

Terima kasih Allah atas hadiah terbesar dan terhebat buatku ini!

P/S: Doakan saya ye. Tiket masih belum dibeli. Masih menunggu yang terbaik. Dan saya masih mempunyai satu subjek lagi untuk exam akhir tahun. Doakan supaya saya tidak malas ye! Hu~ Syukran!

03 June 2010

Jannahku Sayang

Saya memang tidak mahu menulis sebarang post jika target saya untuk mengulangkaji untuk exam akhir tahun ini belum tercapai. Namun, hari ini, saya tidak dapat meneruskan ulangkaji saya. Air mata asyik berlinangan yang tertahan-tahan kerana sudah mula sakit kepala akibat terlalu banyak dan lama menangis.

Adik kedua saya, Nuruljannah Binti Ahmad Sani, yang selalu saya doakan khusus kerana dia seorang adik yang terlalu 'istimewa' kini mempunyai gelaran yang baru. Allahyarhamha Nuruljannah. Allah mengasihinya. Saya mungkin sedikit cemburu. Tetapi ketahuilah bahawa saya terlalu merindui dia! (hampir dua tahun tidak bertemu muka mungkin)

Sejak kebelakangan ini, setiap yang saya tulis di sini sentiasa diuji. Tentang ikhtilat dan couple. Tentang Tanta. Tentang kesatuan. Dan kali ini, saya diuji dengan satu ayat Al-Qur'an yang menjadi moto hidup saya, yang saya letakkan di bahagian atas blog ini. Allah, saya terlalu lemah.

Benar, kehilangan jiwa orang yang tersayang benar-benar menguji saya. Pada saat saya mendapat berita, perit rasanya menahan diri untuk tidak bersangka buruk dengan Allah. Lemah segala urat sendi. Apa yang saya hadapi bagaikan mimpi. Alhamdulillah ada sahabat-sahabat seTanta yang bagaikan adik beradik sendiri satu persatu menunjukkan hikmah yang tak mungkin saya capai seorang diri.

Terima kasih atas do'a dan ucapan semua lewat SMS, ym, ziarah dan panggilan telefon. Terima kasih atas dorongan dan sokongan semua. Terima kasih kerana antum semua menjadi manusia yang dipilih Allah untuk mengubat hati ini dengan kesabaran. Terima kasih ya Allah atas kasih sayangMu yang melimpah ruah sehingga aku tidak mampu menanggungnya dan terasa malu kerana sebenarnya aku bukanlah hamba yang amalannya mampu menarik perhatianMu!

Ya, hari ini, 3 Jun 2010, adik kesayangan saya berpindah ke alam ketiga yang bakal saya rasakan nanti. Saya tahu saya akan berdepan dengan segala kenangan dan memori bersamanya selepas ini. Buku-buku yang dibelinya tempoh hari di Pesta Buku Antarabangsa pasti akan membuatkan saya lebih tidak keruan. Kawan-kawan, doakan saya dan Huda ya. Kami tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk menghadapi semua ini melainkan dengan kekuatan Allah yang memiliki segala kekuatan!

Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub AS yang tercatat di dalam Al-Qur'an. Apa yang saya belajar dari guru 'Aqidah saya di Madrasah Qasid, Baginda sebenarnya ditimpa kesakitan psikologikal dan bukan fizikal, iaitu kesedihan yang amat sangat (massaniya adh-dhur) disebabkan kesemua anak-anaknya dijemput kembali oleh Allah.

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit). (Surah Sod : 41)
Benar, jika saya terus melayan perasaan sedih ini, pasti syaitan akan menghasut pelbagai perasan yang boleh menyebabkan saya tidak waras. Oleh sebab itu, saya memohon do'a dari semua agar saya tidak ditimpa penyakit-penyakit psikologikal yang kesannya lebih parah dari kesakitan fizikal.

Saya mohon juga do'a dari semua agar Allah memberi kekuatan kepada Ummi, Ayah, Huda, Maryam dan Maddin saya. Ummi, ummi sangat kuat dengan kata-kata ummi yang mengingatkan Una dengan ibu-ibu di Gaza yang kehilangan anak-anak mereka hampir setiap hari. Ummi Ayah, kita dahulu diuji dengan banjir, Ayah pernah patah kaki, Ummi kemalangan rempuh gerai dan kini diuji dengan pemergian Jannah. Semoga kita semua kuat untuk menghadapi hari-hari yang berbaki dan terus berusaha untuk berkumpul di syurga bersama-sama nanti. Ameen Ya Rabb.

ALLAH, KUATKANLAH KAMI ! KAMI TIADA KEKUATAN JIWA MAHUPUN FIZIKAL TANPA IZINMU ! ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI JIKA KAMI BERTINDAK DENGAN PERBUATAN YANG TIDAK ENGKAU REDHA..

(Huda menulis lebih detail lagi, saya tidak mampu, hati terlalu rawan..hu~)

P/S: tidak mahu mengungkap memori bersama adik tersayang saya ini kerana saya pasti akan menangis lebih teruk lagi. sudahlah, saya ada exam akhir public health yang banyak hari sabtu ini. saya perlu terus bergerak. saya perlu kembali kepada keadaan normal dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Wallahu'alam. Doakan dengan sungguh-sungguh untuk kami sekeluarga ya! (cuba untuk senyum secara normal..)

11 May 2010

The 4th Summer Begins

Hari ini 11 Mei 2010. Ya, hari kesebelas dalam bulan Mei pada tahun yang ke 2010 dan di Mesir sekarang suasana sudah semakin stabil selepas siri ketidakstabilan panas dan sejuk hampir sebulan juga. Stabil dengan panas-kering yang akan memuncak tidak lama lagi.

Post kali ini lebih kepada luahan fikiran dan perasaan. Saya lebih suka menulis begini dari menulis artikel yang sarat dengan isi-isi serius yang memerlukan rujukan yang teliti. Tambahan lagi, ummi dan adik-adik sudah mula bising dengan blog yang hampir tidak terurus ini. Alasan sibuk sudah tidak boleh dipakai lagi dan alasan malas segan untuk diluahkan. Malas membuat rujukan, sebab itu lebih banyak tajuk dalam draft dari isi. He he he. Sedang tumpukan pada perkara-perkara lain juga.

Ya, saat saya menulis post ini juga sudah masuk musim panas keempat saya di Mesir. Mesir mempunyai tahap kepanasan yang agak tinggi berbanding Malaysia tetapi panas di Malaysia adalah panas lembap. Di sini panas kering. Jadi tidaklah terlalu kurang selesa bila sudah berpeluh. Cuma mataharinya terlalu memancar, sangat baik untuk menangkap gambar di tempat-tempat yang sebenarnya buruk kerana akan menghasilkan gambar yang cantik (photogenic).

Saya suka musim panas (ayat biasa untuk sedapkan hati). Kerana musim panas saya tidak cepat lapar, boleh merayap dengan lebih lama kerana masa siangnya lebih panjang, program-program persatuan ditawaqufkan kerana periksa akhir tahun dan saya boleh menumpukan otak dan mata di hadapan buku (depan laptop mungkin juga, he he he). Cuma yang tidak berapa seronok ialah pakcik-pakcik arab yang semakin mengganas sama juga dengan gosip-gosip panas yang suhunya sama dengan suhu alam sekitar. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, banyak pula penyampai gosip yang datang pada saya. Gosip kahwin, gosip ejen dan tidak kurang juga gosip akademik. Wah, gosip akademik? Ya, final exam universiti saya tahun ini ditunda atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Malas dengar sebab-sebab yang dibawa oleh 'gossiper' yang sekali dengar memang agak mengarut dan kurang matang. Mungkinkah kerana bilangan pelajar Malaysia di Tanta yang semakin ramai?

Untuk menyedapkan hati lagi (yang hampir 90% telah berada di Malaysia), rupa-rupanya sudah empat tahun saya di sini dan bakal menamatkan pengajian dalam tempoh 2 tahun lagi. Bakal menjadi 'doktor hamba' di Malaysia barangkali. Doktor atau HO yang bakal menerima ujian yang tidak pernah terfikir dan terlintas dek akal. Macam-macam perasaan juga mengenangkan masa depan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan saya berharap agar semuanya berlaku dengan baik. Tetapi perlu berhati-hati juga, dunia kan penjara orang mu'min?

Dalam tempoh hampir empat tahun saya di Mesir, saya rasakan seolah-olah saya separuh bermimpi. Ya, saya seperti tidak percaya bahawa saya sudah lebih separuh jalan untuk menjadi seorang doktor. Saya juga hampir tidak percaya bahawa saya kini berada di Mesir, sebuah negara yang Allah tempatkan saya untuk mendidik kesabaran saya (walaupun belum well-developed lagi, hu hu hu). Sebuah negara yang masyarakatnya, budayanya, sistemnya yang benar-benar tidak sama dengan Malaysia. Apakah hikmah semua ini berlaku?

antara lubuk kekuatan yang cuba saya sedut..

Hari ini dan di saat ini, saya sedang mengaut kembali kekuatan-kekuatan yang cuba saya bina dulu. Kekuatan untuk terus belajar 2 tahun lagi. Kekuatan untuk terus membuat kebaikan-kebaikan dan membuang sikap-sikap lama saya yang buruk. Kekuatan untuk terus hidup dalam petunjuk Quran dan panduan Sunnah yang pastinya akan mengundang segala tribulasi dunia yang pelbagai. Ya, saya lemah tanpa Dia sebagai pembantu. Ya Allah, maafkan kesalahanku dan kuatkan keyakinanku!

Semoga dipermudahkan Allah..

Hari ini dan saat ini juga, saya kelegaan. InshaAllah, saya akan balik ke Malaysia tahun ini dan telahpun menyiapkan perancangan awal untuk projek di MATRI dan Elektif Posting di Hospital Baling dan Hospital Kuala Lumpur. Sebenarnya, saya agak gementar kerana kali ini saya akan berhadapan dengan dunia sebenar secara langsung. Perasaan saya lebih tepat lagi bercampur-baur antara suka dan takut.Takut menjadi bertambah kronik dengan pemikiran saya yang bayangan lebih kepada negatif atau pesimis. Alhamdulillah saya ada ummi dan ayah yang terlalu memahami. Allah, inilah ni'mat terbesar dan kasih sayangNya yang paling hebat yang Dia berikan. Maka, mengapa saya masih melakukan dosa? Mengapa perlu takut dari selain Dia?

Akhiran, semoga musim panas saya kali ini lebih baik dari musim panas sebelum ini. Semoga pengajian saya kali ini lebih baik dari yang sebelum ini. Semoga result exam saya kali ini juga lebih baik dari sebelum ini. Saya mahukan itu tetapi Iradah Allah melepasi segala kemahuan saya. Baik, saya pasrah. Memujuk diri supaya terus melakukan perkara-perkara baik hingga ajal menjemput datang..

.. dan inilah musim panas keempat saya. Menanti kelima dan keenam. Seterusnya, mungkin tiada lagi musim panas di Mesir lagi, he he he. Semoga sempat merasai musim panas di tempat lain pula! *grin*

P/S: Tidak mahu menulis terlalu panjang sebenarnya. Takut ditanya kelak (pasti akan ditanya). Resolusi 23 tahun hidup : Mahu kurang bercakap dan banyak sabar. Hu~

26 March 2010

Couple : Natijah Ikhtilat Yang Tidak 'Sihat'

Jika anda melihat kawan anda / saudara anda / housemate anda / classmate anda mempunyai beberapa simptom-simptom berikut:

  1. Bergayut di telefon dan bercakap dengan lemah-lembut (samada secara terang-terang atau sembunyi di bawah saratoga/selimut) serta telefon bimbit dipenuhi dengan mesej dari pasangan.
  2. Menggunakan musyrif yang sama untuk ke mana-mana pada waktu malam (di Mesir, masyarakat pelajar Malaysia menggunakan sistem ini siap dengan jadual untuk menjaga pelajar wanitanya dari gangguan Arab).
  3. Bersembang berdua-duaan tanpa ada sebab kerja bersama gelak ketawa dengan begitu lama.
  4. Saling membela, sanggup buat apa saja serta menzahirkan kasih sayang secara spesifik kepada orang perseorangan.
  5. Mula menjauhkan pendapat dan pergaulan dengan kawan-kawan yang sama jantina (lebih buruk lagi jika mula menyalahkan mereka).
...maka, beliau didiagnose telah dihinggapi penyakit couple. Kenapa penyakit? Kerana, ia memudharatkan hati dan tubuh kita. Dan jangan lupa juga, dari pengalaman saya, penyakit ini mempunyai simptomnya yang subclinical (tidak menunjukkan sebarang simptom seperti di atas).


Punca-punca (Causes)

1. Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang hakikat pergaulan dalam Islam.
2. Pengaruh rakan sebaya.
3. Hasutan syaitan yang hebat dan hawa nafsu yang tidak terkawal (Falsafah Sigmund Freud).
4. Masalah keluarga.
5. Contoh couple Islamik yang dibawa oleh figure yang mempunyai latarbelakang agama.
6. Pelbagai mitos-mitos tentang couple yang menghalalkannya.
7. Masalah keluarga, ibu bapa yang tidak komited dengan Islam.
8. Sistem pendidikan, kerajaan dan sosial yang tidak terbina atas dasar Islam.
9. Pendidikan secara langsung dalam pembinaan paradigma oleh drama-drama cinta.
10. Kurang perhatian dan sikap pentingkan diri dari kaum sejenis.
11. Hilangnya rasa malu dalam melakukan dosa terutamanya di kalangan perempuan.
12. Terlalu banyak masa lapang dan kehidupan yang tidak tersusun dengan baik.

Prognosis

Bergantung pada tahap simptom-simptom yang timbul. Tetapi apabila ramai manusia yang mula menunjukkan simptom-simptom ini, hal ini juga membawa prognosis yang lebih buruk iaitu bermasalahnya sistem amar ma'ruf nahi munkar dalam masyarakat tersebut. Prognosis akhir yang menyebabkan permenant infirmity adalah apabila sampai ke tahap zina dan lahirnya anak-anak luar nikah.

Ikhtilat Tidak Sihat? (Predisposing or Risk Factors)

bagaimana mengkategorikan ikhtilat? (Sekadar hiasan)

Mungkin beberapa orang (pihak?) berpendapat bahawa perkara ini hanya perkara kecil. No big deal. Tetapi bagi saya, Ikhtilat adalah penyebab kepada teori cinta kedua. Selalu berjumpa akan besar kemungkinan jatuh hati. Walau buruk macamana pun, walau tiada perasaan pada permulaannya, jika selalu berjumpa, bersembang, bergurau, pasti akan menimbulkan cinta. Lebih buruk lagi, jika tiada kawalan, mutasi hubungan akan berlaku. Dari 'hanya kawan', hanya 'adik angkat', hanya 'kakak/abang angkat' akan bertukar menjadi couple. Tak percaya? Falsafah ini telah dibuktikan oleh banyak drama bersiri Korea terutamanya dalam drama My Girl.

Bahkan, ada ibu bapa yang meng'ya'kan pergaulan jenis ini dengan mitos 'supaya nak cari calon untuk kawen senang..' tanpa menyedari bahawa anak-anak mereka akan terdedah dengan balik lewat tengah malam dengan teman lelaki, mula tidak mengambil berat dengan pelajaran dan paling tragis sekali zina. Perlu diingatkan, zaman hari ini tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan internet, kenderaan dan perhubungan, maka risikonya menjadi lebih besar lagi. Apa-apa alasan ibu bapa pun, couple tetap banyak melanggar prinsip-prinsip pergaulan dalam Islam.

Meneliti semula sistem pendidikan masa kini juga banyak menggalakkan percampuran tanpa kawalan dan peringatan. Para pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan menjadikan mereka terbiasa dengan hidup bercampur hingga saling bergantung dan kurang proaktif. Teringat ketika saya di sekolah menengah, bukan hanya pelajar yang diasingkan, para guru juga menunjukkan contoh terbaik dengan menjaga pergaulan mereka. Hasilnya, para pelajar lelaki sekolah saya tidak bergantung dengan pelajar perempuan sekaligus mencipta banyak perkara yang tidak mampu kami sebagai pelajar perempuan menandinginya.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku apabila masing-masing mula keluar ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar lelaki akhirnya banyak bergantung dengan pelajar perempuan menjadikan mereka lebih superior dari pelajar lelaki dalam pelbagai aspek.

Bagaimana Merawatnya? (Treatment)

Rawatannya perlu kepada penglibatan kedua-dua belah pihak. Perawat iaitu daie dan pesakit iaitu orang yang bercouple. Kemudian, apa yang perlu dilakukan?

1. Daie.
  • perlu berhikmah dalam masalah ini. Hikmah juga membawa beberapa maksud iaitu tegas, ibda'ie (kreatif) dan penuh lemah-lembut.
  • perlu menjadi contoh yang baik (da'wah bilhal) dengan tidak terjebak dengan couple juga tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada fitnah tersebut seperti ym, SMS, berdua-duaan walaupun ada alasan 'hendak membantu' atau 'ada kerja'. Contoh yang baik juga bukan hanya dalam pergaulan, tetapi juga dalam seluruh urusan kehidupan.
  • mengingatkan dengan memberi contoh pengajaran kepada orang lain, bukan dengan memburukkan individu.
  • perlu banyak-banyak bersabar dan teruskan usaha.
  • tahu, faham dan memberikan asas-asas pendidikan kejiwaan secara menyeluruh (bukan sekerat jalan dan tinggal).
2. Orang yang bercouple.
  • kahwin. Inilah cara terbaik daripada terus-menerus melakukan dosa.
  • jika tidak mampu berkahwin, berhenti melakukan perkara-perkara yang menyebabkan anda mendapat dosa.
  • cuba dan sedar untuk menerima dan mencari nasihat serta kepentingan pendidikan kejiwaan.
  • jangan sebarkan bahawa couple itu seronok. Hakikatnya tidak. Seronok yang akhirnya akan membuat kamu bosan (terutamanya lelaki) dan hati mula terasa kosong dan berdosa.
  • gantikan masa bersama pasangan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada manusia lain atau sila sibukkan dengan study.

Ikhtilat Yang Tamayyuz (Prevention and Care)

Menyedari kepentingan Public Health and Community Medicine (saya tidak tahu istilah sebenarnya dalam Bahasa Melayu), saya masukkan juga penjagaan secara pencegahan iaitu Ikhtilat Education ; penerangan secara jelas tentang Ikhtilat yang sebenar dan tamayyuz. Apakah penerangan itu?


perlukah kuliah tentang Ikhtilat dalam matapelajaran Public Health? he he he

1. Perhubungan antara jantina yang lain dalam Islam hanyalah adik-beradik dan suami-isteri. Couple bukan budaya Islam.

2. Kesemua da'ie dan mereka yang tidak menghadapi penyakit ini perlu jelas tentang masalah ini serta menyediakan segala suasana yang sanitary ; bersih dari predisposing factors yang saya sebut di atas.


Dalam Islam ada menggariskan had-had hubungan antara lelaki dan wanita. Kaedahnya mudah. Yakhtalitun Naas, Walaakin Yatamayyazun. Kita bergaul, tetapi kita berbeza seperti yang pernah dikatakan oleh Asy-Syahid Syed Qutb. Berbeza yang bagaimana? Mudah. Kita sama-sama bekerja, tolong menolong dalam kebaikan, brain storming dan saling nasihat-menasihati tetapi ingat, perlu pada TAQWA dan IHSAN. Merasai pemerhatian Allah dalam setiap perbuatan. Memerhati dan memeriksa adakah setiap yang kita lakukan benar-benar mengikut apa yang dikehendaki olehNya. Hatta di ruang maya sekalipun. Awas, jika dasar hubungan adalah hawa nafsu, di situlah munculnya hubungan lain yang disebut couple (nota : hubungan sebelum perkahwinan).

Oleh itu, semua hati-hati perlu dididik untuk komited dengan amal Islami. Termasuk juga dalam bidang pendidikan, perubatan ataupun apa jenis pekerjaan sekalipun. Senang kata, cuba elakkan sembang antara lelaki dan perempuan tanpa alasan yang kukuh dan jika perlu untuk berjumpa, bawa teman yang boleh dipercayai. Lagi, jika terlalu kerap berhubung atas dasar kerja, sentiasa koreksi diri dan bina penghadang supaya tidak terlanjur dalam kata-kata, perbuatan mahupun hati. Jangan lupa juga tips-tips yang diberikan dalam al-Qur'an ; MENJAGA PANDANGAN..

Jika rawatan pencegahan diabetes dan darah tinggi adalah dengan mengamalkan cara hidup dan diet yang sihat, maka rawatan pencegahan couple adalah dengan mengamalkan ikhtilat yang sihat. Ikhtilat yang mengikut acuan Islam..

Tugas pencegahan sebenarnya dilakukan oleh semua orang mengikut kemampuan diri. Yang mempunyai kuasa, cegahnya dengan kuasa. Yang mempunyai kekuatan psikologi, cegahnya dengan kekuatan tersebut. Yang penting, jangan menuduh orang lain tidak berbuat apa-apa. Semua pihak berusaha dengan sekuat yang mampu untuk membina suasana ikhtilat yang sihat dan syar'ie dan saling bekerjasama untuk mengekalkannya melalui usaha nasihat-menasihati. Itulah yang dinamakan sinergi!

Tambahan lagi, kita semua, yang belum terjebak dengan penyakit ini tidak perlu menjauhi mereka sepertimana kita menjauhi pesakit AIDS. Walaupun mereka mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mendapat AIDS, tetapi mereka mempunyai hak-hak sebagai saudara dalam Islam yang perlu kita penuhi. Mereka perlu dikasihi, luahan mereka perlu didengari, kesusahan mereka saling dibantu dan penyakit hati mereka sama-sama dirawati.

Benar, usaha ini bukan usaha yang senang, kalau tidak mampu sedikit, jangan buangkan semua!

Cerita Saya

Saya juga pernah beberapa kali jatuh cinta. Wah, beberapa kali? Ya, tidak salah untuk jatuh cinta, yang salahnya ialah bagaimana mengurus cinta itu. Walaupun begitu, saya tidak bernah bercouple. Bagi saya, couple tidak menyelesaikan masalah jatuh cinta saya dengan baik bahkan membawa juga masalah-masalah lain. Dari situlah saya belajar psikologi manusia yang jatuh cinta dan merasai bagaimana rasanya jatuh cinta.

Saya tidak berminat dengan couple pada asalnya kerana perkara ini sangat ditentang oleh ummi saya. Hatta hanya bertanyakan kerja sekolah di telefon sekalipun, ummi saya sangat sensitif jika anaknya diganggu oleh budak lelaki yang hakikatnya hanya 'main-main suka'. Teringat kata-kata ummi saya pada satu ketika, "Apa kacau anak dara orang ni? Belajar dululah!".

Di sekolah juga, suasana yang terasing dengan baik antara lelaki dan perempuan menghalang saya menyalurkan rasa cinta dengan cara bercouple. Andaikata tiada suasana ini, sudah pasti post saya kali ini tidak berkisar 'Couple : Natijah Ikhtilat Yang Tidak Sihat'. He he he. Dan saya merasai kesannya dan kepentingannya hingga sekarang!

Oleh itu, saya mula membesar dengan paradigma ini. Couple itu bukanlah perkara yang baik. Kemudian saya mula belajar bahawa couple itu haram dalam Islam dan juga dari pengalaman-pengalaman orang lain yang membuktikan betapa couple banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang tidak baik. Pernah satu masa terlintas di fikiran saya bahawa dengan couple, minda saya lebih terbuka dan pelajaran saya lebih meningkat. Tetapi, kerana memandang bahawa itu hanyalah hasil pemikiran saya yang dangkal dan cetek jika dibandingkan dengan ayat-ayat Allah supaya menundukkan pandangan dan menjauhi zina, saya mula mencari sebab-sebab untuk menguatkan ayat-ayatNya. Benar, lihatlah berapa ramai saja yang gagal kerana banyak membuang masa melayan pasangan masing-masing. Bahkan lebih buruk lagi, couple bukan sahaja menyumbang kepada berlakunya zina, tetapi couple mampu memusnahkan tamadun sesebuah masyarakat. Tak percaya juga? Lihat saja Malaysia hari ini, apa yang terjadi pada remajanya?

Dalam saya terus mencipta teori-teori hubungan cinta manusia ini melalui psikologi, saya juga sebenarnya mula membina mission statement tentang ini. Bahawa walau bagaimana saya jatuh cinta sekalipun, walau kuat manapun perasaan saya, Allah adalah penentu TERBAIK. Hukum-hukumNya tidak boleh saya langgar dalam apa cara sekalipun samada hati, kata-kata dan perbuatan. Biarlah Allah yang menentukan Mr. Right saya dengan cara terbaik yang disusun olehNya sekaligus membuatkan saya mencipta satu do'a khusus. Bukankah Dia Penentu dan Perancang Terbaik? Hanya terpulang pada kita untuk memilih jalan yang mana satu, yang haram atau yang halal. Dan couple itu hukumnya..?

Mengapa Tajuk Couple Yang Saya Pilih?

Kerana pergaulan yang salah dan tidak mengikut cara Islam boleh membawa kepada kehancuran keluarga, pelbagai masalah mental dan psikologi, namun kesan yang seharusnya ditakuti adalah azab seksa Allah di akhirat kelak. Malas datang ke kelas atau tidak komited dengan Islam dalam hal-hal lain selain couple juga perkara yang perlu dibincangkan dengan panjang lebar, tetapi tajuk couple ini hakikatnya masih kurang difahami oleh kebanyakan para agamawan sekalipun. Bukan kerana saya terlebih faham tetapi saya hanya berkongsi dari apa yang saya faham hasil pemerhatian saya (seperti yang pernah saya tulis sebelum ini). Dan selepas post ini dipublish sekalipun, kata-kata saya pasti akan teruji terutamanya dalam perlaksanaan rawatan dan pencegahannya.

Justeru, apa yang saya tulis di sini adalah untuk disampaikan kepada orang ramai seterusnya menjadi peringatan untuk saya pada masa akan datang apabila saya juga mula menunjukkan simptom-simptom di atas. Juga, penulisan ini masih memerlukan perbincangan yang lebih teliti dan masih berhajat kepada teguran dan pembaikan. Yang penting adalah pembaca post saya ini, adakah masih terus mahu bercouple, masih redha untuk terus dijangkiti dengan penyakit ini tanpa bertindak untuk merawatnya sebelum terlambat?

Wallahu'alam, setakat ini sahaja post terpanjang saya barangkali.. (sudah mula sakit belakang, hu~)

Wa akhiran, Let's walk the talk! :)

21 March 2010

Inilah Tanta-ku

Tanta Today ; What So Special?

(Pertama kali saya mendengar perkataan 'Tanta' adalah dari guru tasmi' saya yang pertama, Ustaz Ikmal Zaidi.)

Lama betul rasanya tidak menulis. Tidak sempat menghias blog dan membaikpulih, tugas-tugas lain pula menuntut. Inilah bahana apabila tugas menjaga 2 laman web sekaligus. Not a big deal. Sebenarnya, saya bertambah-tambah sibuk sejak beberapa bulan lepas dengan Program Eminent '10 dan Final Clinical serta Final Practical Forensic and Toxicology yang benar-benar menguji kemampuan saya menyusun masa. Pun begitu, saya sempat membalas email (dengan panjang lebar) dari seorang pakcik yang berhajat menghantar anaknya ke Universiti Tanta, Mesir di mana saya sedang berada sekarang. Setelah bertimbun-timbun nasihat disampaikan, inilah yang memberi lintasan untuk saya menulis tentang bandar Tanta terutamanya tentang suasana dan keadaan semasanya. Ya, Tanta hari ini benar-benar berubah secara mendadak jika dibandingkan dengan ketika tahun-tahun awal saya di sini.

Kenapa Istimewa?

Kerana adanya saya. Lawak saja. Tanta istimewa bagi saya kerana Tanta adalah bandar yang sederhana. Orang-orangnya sederhana, harga barangannya sederhana, sewa rumahnya sederhana dan tambang teksinya juga sederhana. Saya tidak perlu membayar hingga LE20 dengan menaiki teksi untuk ke stesen yang menempatkan semua kenderaan untuk ke Kaherah. Saya juga tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke kuliah (baca : berjalan kaki). Walaupun Tanta bukanlah bandar yang strategik untuk menjadi pusat pelancongan (berdekatan dengan Sungai Nil), namun hal ini menjadikan Tanta kurang tumpuan pelancong yang banyak menodai kesucian Nil itu sendiri (kurang remaja bersepah dan berpeleseran di kurnishnya). Benar, Tanta bandar kecil yang dikelilingi kampung-kampung Arab yang sederhana keadaaannya..

Mungkin ramai mereka yang di Malaysia tidak tahu bahawa institusi pengajian tinggi di Mesir terbahagi kepada 2 jenis; universiti-universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan di bawah Al-Azhar. Dan universiti saya -Universiti Tanta- adalah di bawah KPT Mesir, bukan Al-Azhar menjadikan kami (baca : pelajar-pelajar perubatan perempuan) satu-satunya golongan perempuan Malaysia yang wujud di bandar ini kerana Al-Azhar di Tanta adalah untuk pelajar lelaki. Ini tidak termasuk para isteri ustaz-ustaz yang juga tinggal di Tanta.

Mat'am Kharijiy - Dewan Makan Luar

Contoh Hidangan Musim Panas untuk hari Ahad dan Selasa (Jenis buah berbeza mengikut musim)
Dari segi pengurusan Universiti, bagi saya, Universiti Tanta adalah yang terbaik. Walaupun yurannya (hingga tahun ini) mencecah USD 8,000 (bersamaan hampir RM 25,000), kami menerima segala kelebihan yang sewajarnya. Alhamdulillah. Pertamanya, trip setiap tahun bagi setiap batch (walaupun program ini hanya baru bermula ketika saya di tahun 2 dan hanya untuk pelajar-pelajar MoU) ke tempat-tempat menarik di Kaherah. Juga, makan di kantin secara percuma selama 4 hari setiap minggu dengan juadah yang menepati citarasa Melayu dan penuh khasiat. Tidak lupa juga anugerah terbaru (yang baru sahaja bermula pada tahun ini), setiap pelajar yang memperoleh pangkat Jayyid Jiddan dan Mumtaz akan menerima LE 500 dan LE 1,000 respectively.

Sekadar penambahan, dari aspek pendidikan Islam (setakat yang saya hadiri), saya telah mengikuti 2 pengajian tahsin Al-Quran dan matapelajaran pengajian Islam yang lain (tuisyen luar) dengan tanpa sebarang bayaran. Ini termasuk juga kelas-kelas pengajian dari para pelajar jurusan pengajian Islam yang tidak jemu-jemu dan lokek untuk berkongsi ilmu.

Kenapa Terlalu Istimewa?

Kerana kami, warga perubatan Malaysia di Tanta memiliki lebih dari 10 orang pelajar yang pernah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Tak percaya? Tanya Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah Sessi 2008/09, saudari Nawwar Afifah Zakaria. *grin* sikit. Menjadi Quran bergerak atau tidak, hakikatnya kami mempunyai sejumlah manusia dari golongan tersebut. Masalah sosial adalah perkara biasa di setiap lokaliti berpunca dari warganya yang tidak komited dengan Islam. Namun, usaha-usaha masih dilakukan untuk menjaga bi'ah atau suasana solehah ke tahap yang sewajarnya. Jika tiada perubahan, ini tidak bermaksud kami tidak berbuat apa-apa!

Menjadi warga Tanta juga terlalu istimewa kerana senior yang paling senior baru sahaja di tahun 5. Belum mempunyai senior yang telah menjadi graduan yang boleh dikongsi secara penuh pengalaman di universiti ini. Hal ini menjadikan kami lebih berdikari dan menjelajah dunia baru Tanta secara semulajadi walaupun penuh dengan kesilapan dan kesalahan.

Istimewa dari sudut Islam sebenarnya diukur dengan pengukur keTAQWAan. Saya tidak menyatakan bahawa warga Tanta adalah istimewa kerana semua atau sebahagian warganya bertaqwa. Tetapi saya sekadar meluahkan bahawa kita sering mencipta ukuran kita sendiri sedangkan taqwa itu hanya dalam pengetahuan Allah sahaja. Kita mengira bahawa dengan adanya banyak kawasan pelancongan yang cantik, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh universiti dan sistem pembelajaran yang terbaik menjadikan tempat pengajian kitalah yang paling istimewa. Tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya, apa yang diambil kira dan dilihat adalah hasil yang dilahirkan oleh graduan Malaysia dari institusi tersebut. Ya, adakah hasilnya adalah graduan yang boleh dikategorikan sebagai Muslim Doctor atau graduan Secular Doctor. Walaupun tarbiyyah itu terdiri dari 3 komponen (murabbi, manhaj, bi'ah), tetapi pendidikan dari suasana memang tidak dapat dinafikan. Pilihlah suasana yang membangunkan iman kita, bukan yang membangunkan nafsu ammarah kita.

Jangan kata Tanta adalah tempat yang paling teruk (baca : worst) hanya kerana kurangnya kemajuan dan kemodenan di sini. Tapi ingat, di sinilah pernah lahir seorang tokoh terkenal pada masa ini ; Asy-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi! Ya, di daerah Tanta ini!

Meydan Sa'ah - Time Square, Tanta - courtesy of de_hydrates

Nasihat saya untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian di luar negara secara spesifiknya di Tanta, berfikirlah dengan secara serius dan ambillah keputusan dengan jujur. Keep in consideration all the factors that make you eagerly want to join the Malaysian medical community of Tanta. Make sure that the factors will later can be the strength for your entire life.

Kami mungkin tidak memperoleh pengalaman yang cukup dan maklumat yang relevan dengan bidang kesihatan di Malaysia, tetapi kami mempunyai semua sebab untuk memperoleh punca bagi segala kekuatan ; SABAR. Bukankah orang yang paling kuat itu orang yang menahan marahnya? (dan saya benar-benar teruji dengan itu).

Lastly, jangan lupa solat hajat dan solat istikharah. Kita semua mahukan yang terbaik dan sangat berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi ingatlah, Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik. Maka, pohonlah segala yang terbaik dari-Nya.

Dan, berakhirlah kisah Tanta saya yang sederhana ini. Wallahu'alam..

P/S : Rujukan tambahan @ Laman Faculty of Medicine, Tanta University dan PERUBATAN Cawangan Tanta
...Read more

10 January 2010

Saya Segan, Kenapa?

Nak tahu tak seorang manusia yang membuatkan saya sangat malu dan segan dengan diri saya sendiri? Selain ummi dan ayah saya yang sedia membuatkan saya sentiasa segan, wanita tabah yang saya kenali ini juga berjaya menundukkan keegoan dan kurang sabar saya. Walaupun hanya beberapa minggu mengenali wanita ini, saya rasa begitu dekat dengannya seolah-olah telah lama berkenalan. Tambah lagi beliau memang salah seorang kenalan lama ummi saya yang saya panggil Makcik Hazizah.




dia manusia ajaib

Saat saya menulis post kali ini, saya benar-benar menangis. Ditambah lagi telinga saya yang disogok dengan lagu edCoustic - Sendiri Menyepi promosi Iman, perasaan bertambah sayu. Saya mula mengenali makcik ketika saya ke MATRI cuti 3 bulan pada akhir tahun 2 lepas pada asalnya atas ajakan sahibah saya, Nazihah untuk menemani makcik bersiar-siar dengan Wiranya. Tak silap saya pada waktu itu bulan Ramadhan. Lazimnya petang-petang di MATRI sebelum berbuka kalau saya tidak menyibuk dengan tazkirah di atas surau MATRI atau menghidang juadah berbuka untuk iftor jamaie, saya akan mencari sahibah-sahibah lain yang turut menghabiskan cuti mereka di sana (biasanya Nazihah, Nawwar atau Habibah Suhaimi) yang memang memandu ke sana ke mari untuk turut 'merayap'. Yelah, saya yang tidak sempat mengambil lesen kereta ini hanya tahu menumpang sahaja...

Makcik sebenarnya menghidap Complex Parkinson, kesan dari kemalangan hampir 10 tahun lepas jika saya tak silap. Parkinson yang secara ringkasnya disebabkan oleh kekurangan neurotransmitter dopamin atau terlebih acetylcholine dalam basal ganglia seterusnya dimanifestasikan dalam bentuk tiada kawalan beberapa tindakan luar kawalan (loss of involuntary movement). Parkinson makcik bukan bersama tremors ketika tidak bergerak seperti Parkinson biasa. Ia Complex, tiada tremors, tidak dapat memulakan pergerakan, sejurus bergerak tidak dapat berhenti pada tempat yang tepat dan tiada ekspresi muka. Tetapi bukan itu yang ingin saya panjangkan di sini. Ada sesuatu yang istimewa (yang membuatkan saya segan) pada makcik..

Benar, setiap petang itu, Nazihah akan bergilir-gilir dengan Habibah Suhaimi untuk membawa makcik bersiar-siar dari Kampung Sungai Mati hingga ke hujung Perlis di Kampung Sanglang (jika saya tak silap) dan kadang-kadang melajak ke Arau. Sudahlah segan dengan dua sahibah saya yang penuh dedikasi ini, saya bertambah-tambah segan dengan makcik yang sepanjang perjalanan petang itu tiada perbualan kosong malah penuh dengan tazkirah dan peringatan (saya hanya sekadar berkongsi Surah Maryam..). Kata-kata makcik pula seringkali menyentuh hati saya biarpun banyak dituju pada makcik sendiri. Aduh, benar-benar teringat saat-saat itu.

Keduanya, saya mengagumi kesabaran pakcik yang sentiasa memastikan makcik dalam keadaan baik. Pakciklah yang membantu makcik bangun, pakai baju, masuk ke kereta juga ke hospital untuk rawatan. Hingga saat saya akan pulang ke Baling semula yang memerlukan saya untuk ke Stesen Bas Alor Setar, saya dihantar oleh pasangan hebat ini directly dari Perlis! Pada mulanya saya menolak kerana perjalanannya agak jauh (hampir 1 jam) namun kata makcik,"Makcik jeles tengok anak-anak dapat bergerak ke sana ke mari carik pahala buat kerja-kerja dakwah. Yang makcik ada cuma kereta Wira ni je. Makcik pun nak dapat pahala dengan hantar Una dan Uda ke stesen ni.." Allah, adakah saya sekuat itu?

Waktu itu, saya hanya tahu sedikit tentang Parkinson. Belum tahu tentang rawatannya. Belum tahu tentang pengurusannya. Waktu itu saya rasa diri saya seolah-olah tidak berguna. Sudahlah tidak tahu memandu kereta, bila ditanya tentang prognosis penyakit ini, saya benar-benar tidak tahu. Teringat azam yang dicipta ketika itu. Mahu study perubatan dengan baik. Mahu study saraf dengan baik. Mahu berusaha mengembalikan kerosakan saraf bagi insan-insan sebaik makcik..

Dalam tempoh itu juga, makcik mengajar saya betapa pentingnya menghargai segala nikmat sihat yang dikurniakan oleh Allah. Sesungguhnya tanpa kesihatan, segala kerja tidak dapat diselesaikan. Tambah lagi bila tidak dapat bergerak secara normal secara tiba-tiba. Bayangkan kita di tempat yang sama. Betapa sengsaranya menahan perasaan terlalu ingin bergerak seperti manusia normal sedangkan badan tidak mampu untuk semua itu!! Allah, sesungguhnya penyakit saraf terlalu kritikal kerana saraf adalah punca arahan untuk segala pergerakan badan. Andai rosak, tidak boleh dikembalikan semula. Andai rosak saraf, rosak juga yang lain kerana tidak berfungsi atas arahan..

Allah, andai Engkau tarik nikmat sihat ini dariku, adakah aku masih beriman dengan janji-janjiMu bahawa kasih sayangMu tidak akan terputus? Adakah aku masih terus sabar dan redha bahawa Engkaulah yang berhak terhadap seluruh tubuhku yang Engkau mampu mengambilnya pada bila-bila masa sahaja? Adakah aku terpilih menjadi hambaMu yang masih menggunakan sisa-sisa sihatku untuk ibadah padaMu sepertimana terpilihnya Nabi Ayub dalam ujian kesihatan ini?

Saya masih segan dengan makcik kerana sekarang saya masih sihat, namun tidak berkorban menggunakan kesihatan ini secara maksimum hanya untuk 'ubudiah padaNya..

..Wallahu'alam..

P/S: Baru-baru ini saya dapat berita makcik ditahan di hospital. Tolong doakan insan hebat ini ya! ...Read more