Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

28 January 2013

The Wanted Understanding

Menjelang bulan-bulan terakhir di Mesir memberi banyak peluang kepada saya untuk menemui beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan hidup yang sering berlegar di ruang fikiran. Saya sedar, persoalan-persoalan yang tidak terjawab sebelum ini adalah disebabkan kurang matang ; kekurangan diri saya yang tidak cuba berfikir lebih jauh, kurang pengalaman, kurang ilmu dan mudah merasa cukup. Dari sinilah saya menyedari betapa berkuasanya tempoh masa untuk menjadi matang ; iaitu salah satu faktor dari 6 faktor lain yang digariskan oleh Imam Syafie sebagai syarat mendapatkan ilmu.


(Kecerdikan, Penjagaan, Bersungguh-sungguh, Menyampaikan, Petunjuk Guru, Tempoh Masa)

(Zaka2, Hirs, Ijtihad, Bulghah, Irsyad Al-Ustaz, Tuul Az-Zaman)

Habit #5 : Seek First To Understand Then To Be Understood

Saya suka mengaitkan kehidupan dan fitrah manusia dengan segala cerita manusia di dalam Al-Quran. Berkaitan dengan Tabiat Ke-5 tulisan Stephen Covey dalam The 7 Habits of Highly Effective People, saya juga suka merujuk kembali tabiat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dalam mencari hakikat bertuhan dan mempercayai kewujudan Tuhan. Begitu juga dalam cerita lelaki yang ditidurkan (Al-Quran menggunakan kalimah 'dimatikan') selama 100 tahun dalam Surah Al-Baqarah : 259.

Langkah untuk cuba memahami memerlukan masa dan pemerhatian serta usaha yang berterusan. Walaupun inilah langkah pertama dalam mengenali Rabb sekalian alam, masih sedikit yang membuat keputusan untuk memulakan langkah ini. Bahkan lebih ramai yang mengikuti sikap Bani Israel yang 'minta difahamkan' ketika mereka meminta Nabi Musa membina berhala sembahan untuk mereka demi memenuhi kemahuan mereka 'mahu bertuhan'.

Berkenaan perkara ini, saya sudah lama menimbulkan persoalan ini dan sebenarnya telah lama berjumpa jawapannya dalam sebuah hadis sahih (Riwayat Muslim). Benarlah, tidak ramai yang mahu mengikuti jalan-jalan kebaikan dan kebenaran kerana jalan itu penuh dengan segala ujian dan usaha keras. Sebaliknya, jalan-jalan keburukan dan kejahilan terbentang luas dengan segala comfort zones yang ada. Bukankah sifat untuk mendapatkan ilmu itu sendiri memerlukan pengorbanan sebanyak-banyaknya? Mana mungkin dengan sekadar tidak berbuat apa-apa akan memberi kita sesuap nasi secara berterusan? Dan jangan lupa juga, mana mungkin mendapat Syurga jika bersenang-lenang menuruti hawa nafsu, kan?

حفت النار بالشهوات و حفت الجنة بالمكاره
Neraka itu dikelilingi syahawat (perkara-perkara yang disukai oleh nafsu) dan Syurga itu dikelilingi dengan perkara-perkara yang dibencinya.

Ada perbezaan antara fitrah dan hawa nafsu. Ada perbezaan antara mengikut kehendak fitrah dan memenuhi hawa nafsu. Aduh, seronok betul apabila setiap persoalan hidup dijawab dengan sangat baik oleh ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Baginda Rasul SAW. Mengapa kita masih bersikap tidak tahu atau sebenarnya kita malas ambil peduli yang akhirnya kita memberi alasan keliru sedang segala kebenaran terbentang depan mata? Seek first to understand then to be understood. Jadilah orang yang mampu mempengaruhi dan memotivasi diri sendiri.

Cara Berfikir Yang Betul dan Kefahaman Yang Dikehendaki

Kefahaman lahir dari cara berfikir yang betul. Cara berfikir yang betul lahir dari ketetapan perasaan hati dan juga keimanan. Oleh itu, cuba kita koreksi semula, dari arah manakah cara berfikir dan kefahaman kita lahir. Adakah dari kehendak hawa nafsu, dari fitrah atau dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah? Adakah setiap persoalan hidup kita, jawapannya dimulakan untuk memuaskan hati sendiri dan demi membuat diri selesa atau mengambil kira dengan teliti segala perintah dan suruhan Allah SWT? Adakah kehidupan kita sendiri terarah demi kepuasan diri atau dengan sepenuh harap Allah redha dengan segala perbuatan kita?

Saya sebenarnya kesal dengan cara berfikir yang diterapkan oleh fenomena dunia hari ini di mana segala keputusan manusia ditentukan oleh nilai manusia yang lain. Kita dilabel mulia atau hina dengan cara berpakaian, cara bercakap, jumlah material yang dimiliki bahkan parti politik mana yang kita undi. Bahkan saya pernah terjumpa seorang yang menegur golongan-golongan berpurdah atau berkopiah kerana mengumpat dengan tambahan,"jangan salahkan saya kalau saya tidak boleh jadi baik kerana fitnah yang dibawa oleh golongan-golongan ini". Apakah nilai kehidupan kita? Apakah pillar atau dasar cara pemikiran kita untuk menjadi baik? Adakah kita memperbaiki diri kita hanya kerana mahu dipandang baik oleh orang lain?

Cara berfikir yang betul dan kefahaman yang benar hendaklah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah kerana hakikatnya Syurga dan Neraka bukan milik kita. Betapa dua elemen ini terlalu penting hingga kita desperately memerlukan ilmu untuk mengetahui adakah setiap tindakan dan keputusan kita sesuai dengan kehendak Allah SWT. Dari sinilah akan lahir manusia yang tidak mencaci orang, manusia yang amanah, manusia yang tidak mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif dan tidak mudah keliru dengan segala situasi dunia. Apa yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh Allah dan yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh Allah. Mengapa perlu mengaitkan pakaian atau parti politik dengan kebaikan atau kesolehan seseorang? Tidakkah Taqwa nilai universal kita?

Generalization of The Specific

Saya memahami bahawa mengambil segala yang baik dari pemikiran Barat adalah tidak salah, bahkan Islam menganjurkan umatnya untuk terus menerus membaca dan mempelajari segala yang baik untuk mengenal deen dan memberi manfaat kepada yang lain. Malangnya, kenyataan ini sering disalah tafsirkan kerana kita tidak memahami apakah perbezaan antara mempelajari ilmu Barat sebagai ilmu natural dan mempelajari ilmu Barat untuk menggantikan Syari'ah Islamiyyah yang sedia ada. Akhirnya, kita memukul rata dalam mempelajari ilmu Barat lantas meninggalkannya terus semata-mata kerana ia datang dari Barat.

Saya tidak menyalahkan kebanyakan masyarakat yang membuat generalization kerana ia sedikit sebanyak telah memandu golongan yang kurang faham dan keliru untuk membuat keputusan. Bahkan saya mengakui, ilmu Barat yang ketandusan unsur Aqidah dan panduan Nabawiyyah sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar dalam mengimplitasikannya. Ditambah lagi dengan kuasa media massa, sesiapa sahaja yang mengambil cara hidup Barat lebih dilihat maju, moden dan terkehadapan. Tidak salah untuk menceduk ilmu dan hasil kajian mereka sebagai satu ilmu natural yang dimasukkan dalam disiplin setiap pelajar kehidupan. Namun demi untuk hari penentuan Syurga dan Neraka, biarlah ilmu itu diletakkan nilainya dengan Wahyu dan petunjuk kenabian.

Fenomena generalization of the specific matter ini mungkin telah dikaji oleh para sarjana dengan segala istilah-istilah yang telah dibincangkan secara panjang lebar. Namun bagi saya yang serba kurang ini, cukuplah tulisan Dr. Muhammad Nur dalam bukunya Prophetic Parenting menerangkan secara ringkas dan mudah perbezaan pendidikan Barat dan pendidikan cara Rasul SAW. Beliau menulis buku itu dengan penuh kefahaman dan percaya bahawa Islam adalah cara hidup terbaik tanpa mengetepikan kajian-kajian pendidikan manusia yang dilakukan oleh Barat. Cara belajar seperti inilah yang kita mahu. Cara berfikir seperti inilah yang diterapkan di dalam Al-Quran dan inshaAllah yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Falsafah Herbalife

Isu Herbalife adalah isu spesifik, oleh kerana itu ia perlu dinilai secara spesifik dan neutral. Bukan tidak banyak yang mengkritik Herbalife semata-mata busines ala skema piramid (pyramid scheme) dan Multi Level Marketing (MLM) bahkan saya sebenarnya telah membaca dengan begitu teliti kritikan berhalaman 300 lebih yang dibentangkan oleh Bill Ackman terhadap segala kelemahan yang dimiliki oleh Herbalife.

Seperti Mr. Ackman, saya menulis kebaikan Herbalife kerana bergantung kepada kondisi terkini saya sedang beliau dilihat pro-kapitalis dalam tulisannya. Dan akhirnya Herbalife telah memberi ruang untuk saya menguji kefahaman dan cara berfikir saya yang mungkin berbuih-buih jika tulisan di atas dibacakan. Hehe

Jika ada artikel bertajuk 'Orang Miskin Mangsa Syarikat Herbalife', suka saya alihkan kepada tajuk 'Masyarakat Mangsa Generalization MLM'. Kerana fenomena generalization ini, ramai yang masih tidak dapat menyedari segala peluang disediakan oleh Herbalife semata-mata kerana konsep MLM yang diketengahkan. Alangkah malangnya masyarakat jika konsep lain yang diketengahkan oleh Herbalife langsung tidak diberi perhatian seperti pemakanan sihat yang juga merupakan jawapan kepada kerisauan saya kepada stail pemakanan rakyat Malaysia hari ini. Malaysia terlalu mewah dengan makanan maka makanan yang sihat adalah solusi terbaik kepada masalah Kencing Manis dan Darah Tinggi disebabkan tidak tahu cara makan dengan baik ! Itu baru bicara soal makanan, belum soal keimanan. Mungkin hanya sakit dan kematian telah menjadi pendidik keimanan terbaik zaman ini..

Kerisauan saya terhadap cara makan rakyat Malaysia (termasuk saya dan keluarga) telah lama. Kerisauan ini hadir bersama-sama keengganan sesetengah ibu bapa untuk mengambil vaksinasi selepas dimomokkan oleh beberapa statistik terpencil yang tidak diperakui oleh para doktor. Ditambah lagi dengan idea homeopathy yang melarang pengambilan sebarang antibiotik dan ubatan lain ketika serangan. Saya tidak menyalahkan semua idea ini, bahkan saya banyak membaca tentangnya kerana cuba mencari solusi pemakanan yang terbaik.

Mungkin terlalu awal untuk saya memberi pujian kepada Herbalife ditambah lagi kondisi saya yang mudah dipengaruhi dan saya sendiri belum benar-benar menyertai sistem Herbalife secara penuh. Namun demi bersikap adil selepas banyak kritikan yang diberikan terhadap Herbalife, suka saya tulis, sistem yang digunakan oleh Herbalife membuka lebih banyak jaringan kepada seluruh manusia agar terdidik dengan kefahaman tentang stail pemakanan yang sihat. Jika produk yang baik ini sekadar dijual dengan harga yang murah, sekadar ditayang di rak-rak peragaan menunggu orang membeli selepas promosi yang dasyat, nescaya hilanglah nilai produk itu sendiri. Siapa yang mahu follow-up perkembangan istiqamah kita? Siapa yang akan menerangkan tata-cara pemakanan produk secara sihat dan betul? Bukankah sesuatu yang baik itu memerlukan usaha dan susah payah untuk mendapatkannya? Oh, ini membuatkan saya teringat kepada seseorang. Hehe

Selain dari cara Herbalife menyediakan rangkaian dan sistem yang berkesan, saya juga tertarik dengan pendekatan Herbalife yang tidak menghalang penggunanya mengambil ubat-ubatan lain bahkan mengatasi penyakit daripada dasarnya ; cara makan dan nutrisi sel. Bak kata coach, bukan supplement, tapi replacement. Yang paling penting penjagaan makanan. Kerana kegemukan dan kekurangan nutrisi menyebabkan badan tidak dapat berfungsi secara optimum. All conditions applied, kerana manusia itu berbeza-beza reaksi tubuh badannya. Kerana hakikatnya kuasa penyembuhan adalah kuasa mutlak Allah SWT.

Benarlah, bak kata cerdik pandai masa kini ; saya lebih nampak Islam pada orang Barat, tetapi saya tidak nampak Islam pada orang-orang Islam di masa ini. Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah kehidupan, kerana Islam menyediakan gizi lengkap kehidupan melalui petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya menyembuhkan simptom-simptom masalah sosial, tetap menyembuhkan penyakit hati, cara berfikir dan memberi petunjuk untuk mendapat kefahaman yang dikehendaki. The same thing I've seen in Herbalife. Just keep believing and stand up for truth. Only for Allah's sake.

Wallahu'alam.

13 November 2012

Engaged

Oh my. I can't believe that I'm writing this post. Yup, I'm currently engaged with this life : H E R B A L I F E.

Ini tunang saya, hoho
I'm writing this post mostly as a humble gratitude to someone who sent me a bunch of Herbalife products. Eh, Mesir ada jual ke Herbalife? Jangan main-main, Mesir kan Ummuddunya, semua pun ada. Hehe Actually I got these all the way from Malaysia for FREE OF CHARGE! (again?) You know the feelings when someone giving you something very well-known expensive and now becoming a phenomenon of reducing weight in Malaysia. Then, why I'm using Herbalife instead of an ideal BMI and a good lifestyle (konon final year medical student)?

(This post is not for business purposes since I got them FOC, as stated above. But maybe not in the future, so just keep reading ya! Hehe)

Chronic Medical Conditions

I'm really aware of my eating style since food is my passion while sleeping becomes my biggest problem (habit VS typical Malaysian?). How can you be comfortable sleeping half a day and leaving the day without studying? It is getting more irritated when I'm in clinical years where I should read buku yang tebal-tebal dan banyak. So I took some doses of Cappucino and it did open my eyes for the whole day! But I forgot the side effects where I excessively have tremors and over-reactive bladder while I was writing on the last year-final year exams big papers! One problem solved yet more to come. *sigh*

My quest on searching the solution continues as I'm suspecting myself having anemia. Full of curiosity plus current clinical student, I went to the lab and let the staff took some of my blood. That was 2 blood tests, for my RBCs count and hyperlipidemia (of my positive family history), then I've been diagnosed for anemia but not hyperlipidemia (thanks to Allah who makes my estrogen works well, hehe). Still, the problem not resolved as I need to prescribe my own self with iron supplement for more and more side effects. Perhaps, iron did work nice to me..

And thats not to count in my long history of asthmatic effects since childhood and underweighing. Maybe I should write my own-full medical report for future reference after this. hurm

Life with Herbal Begins

Using all these products never came across my mind. When everything seems impossible to resolve, I just let myself eating as much as I want to gain some weight despite of more searching. Well, a normal reaction like other human being. I just let my body receiving more and more drugs as long as my anemia relieved and could make me stay awake. Then, I'm satisfied with some bronchodilator and Habbatus-sauda' to reduce the asthmatic attack while still wondering another better way. How reactive am I, isn't it?

Until this committed someone keep urging me to take and try Herbalife products. As a normal people, I also kept being skeptical as I never try any other nutritional products and specifically, Herbalife? Oh my, the prices did keep me away for a while. Since this someone really a special person and this someone also offer me a free trial batch, I surrender to the will. Why can't I try to have a good eating style so that I able to give my opinion and advises about it to my future patient, effectively? Why can't I give my body the chances of enjoying a good nutrition so that it can work more and benefits other more? Badan nak guna lama kan, malulah doktor suruh jaga kesihatan, but herself already overloaded with multiple illnesses. Adeh.

(began my Herbalife on October, 12 and it's been more than a month. Eyes and heart still under observation for some improvement, baru bertunang kan, huhu)

A Healthy Eating Style

The quest of having an absolutely healthy eating style already began when I'm in Egypt. I found that Egyptians are more energetic compared to Malaysians since they drink lots of tea and coffee at all times. The same happens to Turkish people who are well-known with their Turkish Coffee. I don't know the current health status for Turkish people but due to my long years in Egypt, unfortunately, there still lots of 'big' people in here in spite of their tea-drinking-style as they don't commit to a healthy eating style. A big and heavy body has been too bad for me, since it complicates much and much for doctor's examination, diagnosis and above all, in the last resort for surgery. Not to mention the burden to their health care services. Sudahlah already harbouring much diseases in my body, now easily get tired and exhausted from those big people who've been written Diabetes, hypertension and smoking in their personal history while me, myself need to do full neurological examination of pushing their big and heavy limbs with all my heart and will. Allahu Akbar!

(I'm complaining of myself, yeah MYSELF for being tooooo weak, urgh!)

Yet, thanks to my coach who introduce and teach me this healthy eating style with Herbalife Teamix,  accompanying my shake regiments, tds (three times daily doses). I do feel better, not just because I able to reduce my sleeping time but I also manage to keep my meals and drinks in an adequate amount and in a correct time. Plus the preparation is simple and more interesting with shaker, hehe. That includes my fasting moments too! Feels healthier and more energetic! Hidup terasa lebih bermakna, Alhamdulillah! cewah

shaker comel
(bersama sedikit nada geram sebab iklan promote air gas Pepsi Coca-Cola  dan keropok Chipsy suka lebih-lebih sedang mudaratnya masih tak disedari. Kenapa still questioning about promoting the best fast food known as Herbalife?)

A Gratitude, May Allah Bless You

From now on, I just can keep praying for a good condition for this someone. I can't be a full-time-dedicated Herbalife coach since I'm having my very final 6th year exams around the corner. Thanks a lot and Jazakallahu kher for being my good coach. Later, you may find me as one of Herbalife good, dedicated, highly effective and lovely coach (hehe) and also a distributor (not to forget future doctor, adeh), but to my readers, I'm again stressing here that I'm NOT writing this for business purposes, or at least for the time being. It is just a usual sharing of something good and I really hope that I can benefit others with this. BUT, if you keen to know more about Herbalife, how to get it especially here in Egypt, don't hesitate to ask and contact me as mentioned below. I'm happy to help you having a good eating style (better than me, perhaps?) and get prepared for the better world and hereafter. Tambah sihat, tambah buat amal soleh dan pahala, ye dak? Baru resolusi hidup yang betul..

call me Husna Sani, rumah depan Iyadah/Mustasyfa Syaima' tingkat 2 (ada loceng tulis Maliziya) or as easy as dialing +20111-8785998. Boleh kongsi-kongsi cerita dan pengalaman especially yang dah 'berkahwin' dengan Herbalife, kepada first-timer macam saya. hehe I am a Malaysian, a medical student, still studying for upcoming exams and will be in Egypt for only 3 months left, inshaAllah. I'm not entertaining people who are not serious and sengaja nak carik gaduh with me. Harap maklum. huhu

psst : boleh ke buat post macamni? Rasa pelik sikit sebab first time. Anyway, hope you satisfied with my first trial to promote Herbalife. Kira ni bayaran ansuran untuk free Herbalife batch tu ye? hehe

10 August 2012

Belajar Dari Turki

Bismillah.


Apa yang bakal saya tulis kali ini bagi saya salah satu pengalaman berharga yang telah banyak mengubah cara saya berfikir bahkan sekaligus menetapkan dan menegaskan beberapa paradigma hidup saya. Sebelum ini bukan tidak banyak peristiwa dan pengalaman yang memberi pengajaran sepanjang 25 tahun hidup, tetapi disebabkan hidup saya hanya seputar masyarakat Malaysia dan Mesir, saya mahukan falsafah yang lebih luas dan applicable di peringkat dunia keseluruhannya. Islam itu kan sifatnya menyeluruh dan universal?

Kebelakangan ini juga saya lebih selesa menulis selepas tamat membaca satu atau dua buah buku. Sebenarnya hati sedikit memberontak untuk menulis tentang ini, tetapi saya sedar yang saya kurang pandai menulis dengan isi yang tersusun dan mahu mengimbangkan kesan akal dan emosi terhadap tulisan saya - menyebabkan saya cuba menghabiskan sebuah buku tulisan Salim A. Fillah, Agar Bidadari Cemburu Padamu (hadiah sahabat saya dari Zaqaziq - Nafsah Dulajis). Buku yang tidak henti-henti membuatkan saya tersenyum dan ketawa seorang diri hingga ke akhirnya! hehe

Dunia dan Media Massa

Saya ditakdirkan sebilik dengan seorang sahabat Turki yang juga 'kuat' menulis dalam sebuah majalah pelajar, yang banyak bertanya tentang diri saya dan Malaysia. Ini adalah peluang terbaik untuk saya juga mengorek beberapa aspek penting dan mendapat justifikasi peristiwa-peristiwa terbaru di Turki.

Teman sebilik saya ini meluahkan rasa hairannya terhadap rakan-rakan Muslim lain selain dari Turki yang agak membenci Kamal Ataturk sedangkan bagi mereka sebagai rakyat Turki, beliau adalah 'Bapa Kemodenan', seperti gelaran yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Tun Dr. Mahathir. Tanya saya semula, bukankah beliau yang menjatuhkan pemerintahan Khalifah Uthmaniah dan memulakan pemerintahan sekularnya dengan segala macam undang-undang negara yang digubal untuk memusnahkan segala kesan Islam di Turki?

Setelah mendapat penjelasan beliau tentang pemerintahan Kamal Ataturk dan sistem pendidikan Islam di Turki, saya berpandangan apa yang berlaku kepada Muslim di Turki diterima oleh masyarakatnya dengan pelbagai respon seterusnya membahagikan rakyatnya kepada beberapa kelompok. Kamal Ataturk hanyalah satu ikon yang mewakili dan memimpin suara sekular yang membarah dalam beberapa kelompok Muslim di Turki sendiri yang juga begitu tidak berpuas-hati dengan pemerintahan Khalifah Islam sendiri. Krisis tidak percaya dengan Islam, kepimpinan Islam yang berpeleseran dan tidak amanah menyebabkan penggulingan kuasa berlaku. Menurut sahabat saya ini juga, setiap pemimpin ada bahagian kehidupannya yang baik dan ada bahagian yang buruk, maka sebenarnya Kamal Ataturk mempunyai sisi beliau yang baik juga dalam membawa sedikit kemodenan kepada Turki. Nasib baik modennya setanding Malaysia, tidak bertukar kepada moden ala Husni Mubarak yang menjadikan Cairo/Kaherah seperti yang dapat anda lihat hari ini !

Panduan hidup yang sebenar adalah ilmu pengetahuan -  K. Ataturk yang boleh didapati hampir di seluruh Istanbul

Secara umumnya, saya lebih takjub dengan segala maklumat yang saya terima dan rasa begitu bersyukur dapat mendengar serba sedikit secara terus dari sahabat Turki saya. Betapa media massa begitu berkuasa hingga mampu menukar sudut pandangan seseorang terhadap seorang pemerintah yang juga mewakili rakyatnya. Kerana hal inilah, betapa perlunya tabayyun atau mendapat penjelasan dari setiap berita dan diterima agar kita tahu perkara mana yang perlu difokuskan dan perkara mana yang perlu difahami dengan lebih lanjut.

Pada asasnya, perkara ini telahpun dipandu dan diajar oleh Al-Quran lagi (Al-Hujurat : 6). Dengan dunia Facebook dan Twitter yang menawarkan pelbagai versi maklumat dan berita, kita begitu mudah keliru dengan segala keyakinan dan pengetahuan yang kita perolehi seterusnya menyebabkan kita ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah kita lakukan. Allahu Akbar. Kembalilah kepada petunjuk Al-Quran, sesungguhnya Allah telah berjanji akan membersihkan semua ini khas untuk orang-orang yang yakin yakni Mu'min ! (Al-Baqarah : 213)

Tentang apa yang berlaku pada Turki juga sebenarnya bakal berlaku pada Malaysia jika kita kurang sedar, tidak berhati-hati dan tidak mengambil pelajaran. Beberapa hari lalu ketika Ramadhan setelah mendapat berita bahawa kami pelajar Malaysia tahun akhir Universiti Tanta dibenarkan menjalani latihan HO di Malaysia, saya dihidangkan dengan bacaan bahagian akhir Surah An-Nahl ketika tarawih (sila rujuk) yang membentangkan dan memperlihatkan segala nikmatNya agar saya terus-menerus bersyukur. Dan ayat di bawah ini menjadi penutup kepada point agar kita sentiasa beringat dan berhati-hati dengan segala nikmat agar tidak terjatuh kedalam kekufuran. Jangan lupa, sekular juga salah satu tanda kekufuran bilamana kita tidak mengiktiraf Islam untuk menjadi sistem paksi dalam seluruh sisi kehidupan kita ! It is a vicious circle. Mereka yang tidak tahu tentang sejarah, pasti akan mengulanginya. Belum cukupkah bukti dari Al-Quran?

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah  memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah  itu, maka Allah  merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. (An-Nahl : 112)

Betapa kehadiran Sultan Muhammad Al-Fateh benar-benar tanda kasih sayang Allah kepada rakyat Turki. Betapa kehadiran Sultan ini bukan sahaja satu kebanggaan zaman-berzaman kepada rakyatnya, tetapi juga agar rakyatnya kembali semula kepada deen dan cara hidup yang indah yang melahirkan seorang Sultan hebat ini lantas menjatuhkan pemerintahan Kamal Ataturk dan kuncunya yang hanya berbangga dengan sistem kemodenan celupan Jahiliyah Barat yang hanya indah luar dari dalam ! Subhanallah !

Bahasa, Ilmu, Tradisi, Wanita dan Perkahwinan - Pakej Penuh Kaitan !

Saya sedikit terkejut apabila mula-mula bertemu dengan sahabat-sahabat pertama saya dari Turki. Terkagum dengan kecantikan dan kemulusan wajah wanita-wanita Turki yang juga lemah-lembut jika dibandingkan dengan wanita-wanita Arab Mesir yang agak kasar dan penuh 'wibawa' itu. hehe Namun, saya juga sedikit terkejut dan agak tidak berpuas-hati apabila berbicara dengan mereka kerana saya agak sukar memahami English mereka dan mereka juga agak sukar memahami English saya. Mungkin kerana Manglish (Malay - English) saya terlalu pekat. Namun, lebih kesal lagi, sahabat-sahabat Turki saya ini tidak boleh membaca tulisan Arab ! Bukan mahu merendah-rendahkan mereka (mungkin juga sementelah saya mampu membaca tulisan Arab dan membaca tulisan Ustaz Hasrizal tentang sahabatnya dari Turki yang sedikit sebanyak boleh bertutur dalam bahasa Arab), tetapi bagi saya, adalah satu kerugian ilmu jika kita tidak menguasai 2 bahasa dunia yang terpenting ; English dan Bahasa Arab. Kerugian besar apabila doktor-doktor hebat menerangkan pembentangan mereka - walaupun slides dan bahasa pengantara adalah English - ramai sahabat Turki yang tidak faham. Kerugian besar apabila nyanyian semangat penuh membara dari sahabat-sahabat negara Arab tidak memberi kesan langsung hanya kerana bahasanya tidak difahami !

Nota : Kebanyakan fakulti perubatan di Turki menggunakan bahasa Turki sendiri sebagai bahasa pengantara utama.

Di sebalik kekurangan-kekurangan ini, saya pasti - selepas kem pelajar ini - sahabat Turki saya ini akan meningkatkan penguasaan bahasa mereka dan lebih berusaha meningkatkan kemahiran diri mereka. Saya pasti, kerana mereka juga banyak belajar dari mereka yang datang dari negara-negara lain. Saya juga pasti, mereka hanyalah sebahagian kecil dari rakyat Turki, tidak menggambarkan keseluruhan wanita Turki yang mengambil bidang Perubatan, maka saya yakin masih ada sebahagian dari mereka yang mampu berbahasa dengan 2 bahasa penting ini dengan lebih baik. Cuma mereka tidak diizinkan oleh Allah untuk bersama dalam kem pelajar ini dengan saya, wallahu'alam.

Pada saya, kekurangan ini bukan masalah sikap dan peribadi mereka. Kekurangan ini adalah hasil pemerintah dan kondisi politik sekular Turki yang bukan sahaja tidak membenarkan mereka bertudung sebagai lambang Muslimah, bahkan pendidikan Islam juga tidak pernah wujud dalam silibus sekolah-sekolah mereka. Mereka hanya belajar solat, puasa, membaca Al-Quran dan fardhu 'ain yang lain hanya secara tidak langsung dari masjid-masjid dan amat bergantung kepada kesedaran sesebuah keluarga. Hasilnya, Islam hanyalah agama warisan yang diajarkan turun-temurun, tradisi keluarga yang banyak dimainkan oleh para wanita yang mempunyai peranan paling utama dalam pendidikan anak-anak dan pengurusan rumah-tangga. Mujur Malaysia mempunyai kondisi pendidikan Islam yang lebih baik (walaupun masih belum terbaik) yang mana Islam diterima sebagai sebuah disiplin ilmu yang perlu difahami dan dipelajari dengan cara yang betul dari sumber yang betul sekaligus dijadikan pula silibus utama dalam sistem pendidikannya. Mujur juga sistem pendidikan Malaysia tidak membezakan antara lelaki dan perempuan. Agar perlaksanaan Islam itu tidak hanya diterima sebahagian dan ditolak pula sebahagiannya mengikut apa yang disukai. Agar pemakaian tudung yang para wanita Muslim pertahankan bukanlah sekadar hak mengekalkan tradisi, tetapi juga hak kebebasan sebenar dalam memilih jalan hidup terbaik. Alhamdulillah.

Menyentuh soal wanita pasti menyentuh soal perkahwinan. Perkahwinan dilihat menjadi paksi terpenting dalam kehidupan seorang wanita. Bahkan pada malam terakhir di Kefken, kami sebagai peserta kem ini diraikan dalam sebuah majlis simulasi perkahwinan. Sudah tentu perkara ini tidak berlaku di bahagian lelaki yang lebih berminat dalam kerja dan sukan. Simulasi keraian yang mirip keraian bangsa Arab dengan malam berinai dan pakaiannya, menggambarkan betapa sahabat-sahabat wanita Turki saya ini (yang kebanyakkannya lebih muda dari saya) sangat mengambil berat soal perkahwinan. Bahkan salah seorang dari mereka telah memberikan 2 nasihat perkahwinan kepada saya ! huhu

Sebenarnya, isu sensasi tentang perkahwinan memang isu yang sentiasa relevan bagi setiap wanita dunia. Pernah saya dan delegasi dari Malaysia ditanya tentang sebuah mitos yang pernah mereka dengar tentang mahar wajib wanita Malaysia iaitu membawa isteri menunaikan haji. Walaupun hal ini dinafikan tentang kewajipannya, ia adalah satu peluang yang sangat baik apabila telah bergelar isteri bagi mereka ! Saya juga bersetuju tentang ini, tetapi perlu diingat, kewajipan haji hanya pada yang mampu. Takkan kerana tidak mampu menyara urusan haji langsung tidak boleh berkahwin, apatah lagi hendak membiayai kos kenduri yang berjumlah puluhan ribu pada zaman ini, kan?

Hakikat yang baru saya sedari, perkahwinan boleh menentukan masa depan seorang wanita. Dalam Islam sendiri, kehidupan dunia dan akhirat seorang isteri begitu bergantung pada suaminya. Kerana inilah, perkahwinan memang sepatutnya dijadikan fokus oleh wanita. Perkahwinan melindungi wanita, membantu seorang wanita membuat keputusan-keputusan hidup dan juga menambah lagi sebuah keluarga baru dalam masayarakat. Untunglah jika suaminya soleh, ditambah lagi dengan ciri-ciri spesifik dari saya berkaitan hal ini iaitu membenarkan dan menemani saya menjelajah dunia mendalami ilmu sebagai pakar dan juga part menunaikan haji itu. hehe Sedih sungguh andai saya tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran atau menimba pengalaman lebih jauh sepertimana yang berlaku kepada kebanyakan wanita Turki yang tidak dibenarkan musafir oleh keluarga dan suami mereka. Wallahu'alam. Mungkin ada hikmah yang lebih besar, saya kurang tahu..

Nota : Ustaz Salim A. Fillah tidak pula membahaskan tentang safar mar'ah ini, tetapi teringat pandangan Ustaz Hasrizal tentang pentingnya wanita untuk kekal tinggal di rumah sahaja. (baca : Secangkir Teh Pengubat Letih)

Orthopedic VS Psychiatry

Ketika mengikuti kem pelajar ini, saya sedikit terkilan apabila layanan oleh pihak pengurusan 'dilihat' melebihkan pelajar lelaki dari pelajar perempuan. Pengurusan penempatan dan lawatan yang agak kelam-kabut serta kedudukan di bahagian paling belakang ketika sesi akademik yang menyebabkan saya tidak mendengar lebih jelas cukup membuktikan perbezaan gender ini. Saya sedar bahawa jumlah peserta perempuan sedikit dan tidak memerlukan layanan seistimewa mereka, tetapi sekurang-kurangnya saya mahu memperolehi pelajaran dan pengalaman yang maksimum sepanjang berada dalam program yang julung-julung kali ini. Mungkin salah dari saya sendiri juga yang high expectation dengan warga Turkinya..

Pada awal program ini hampir membulatkan tekad saya untuk menjadi Pakar Tulang, iaitu satu bidang yang memerlukan kekuatan dan tenaga yang berterusan atas dasar sedar betapa wanita Muslim hari ini sangat memerlukan kepakaran ini. Namun sebenarnya, semangat sementara ini hanyalah disebabkan saya terlupa sebab utama saya berminat untuk menyambung kepakaran dalam Psikiatri dan terlupa bahawa kekuatan saya sangat terhad berdasarkan nature atau fitrah saya sebagai seorang wanita. Allahu Akbar. Teringat semula ayat paling dibincangkan apabila mahu dikaitkan kelebihan-kelebihan lelaki dan perempuan iaitu Surah An-Nisa', ayat 34.

Di akhir program ini, kesemua peserta perempuan akhirnya diberi peluang bersoal-jawab dengan para Professor yang juga ahli aktif dalam pembangunan pemuda (youth). Ketika inilah saya menyedari, peluang untuk para wanita dalam bidang pembedahan yang banyak didominasi oleh doktor lelaki sebenarnya terbentang luas, cuma kemampuan dan kekuatan seorang wanita sering menjadi tanda tanya melainkan setelah benar-benar dibuktikan. Hakikatnya tidak ramai doktor wanita yang berminat dengan bidang pembedahan apabila mengambil kira tanggungjawab seorang ibu dan nature bidang tersebut sendiri. Pun begitu, future can be anything. Tiada yang mustahil di dunia ini jika kita tetap beriman..

Konklusi dan Solusi Baru

Solusi utama saya tidak berubah, bahkan dikuatkan lagi setelah apa yang saya perhati setelah beberapa hari di Turki. Berakhlak, Mendidik dan Berbakti. Apa yang berlaku dalam masyarakat Turki hampir sama berlaku dalam masyarakat Malaysia, lebih spesifik lagi kepada warga wanitanya. Saya menekankan warga ini khusus kerana ia adalah golongan terpenting dalam memastikan Islam itu dipelajari secara benar. Mereka adalah tunjang pembentukan tradisi juga faktor paling utama dalam pendidikan anak-anak ; aset penting dalam pembinaan generasi masa hadapan. Amat malanglah jika para ibu dan bakal ibu tidak tahu membaca dan memahami ilmu Al-Quran dan As-Sunnah, apatah lagi hanya mewarisi Islam sebagai tradisi sahaja. Bahkan saya melihat masyarakat wanita di lokaliti saya hampir 50% tidak boleh membaca Al-Quran dengan baik !

Kita tidak mahu Islam diambil sebagaimana agama-agama lain yang pernah disebut dalam Al-Quran, 'agama bapa-bapa dan orang-orang terdahulu kami', kan?

Pada point inilah saya melihat betapa penting wanita diberi peluang (still within limits) dalam bidang keilmuan dan pendidikan. Wanita dibenarkan dengan bersyarat untuk mengembara melihat keadaan wanita di negara lain untuk sedar sekaligus berkongsi serta mengajarkan ilmu yang benar kepada lain. Saya berpandangan betapa pentingnya wanita-wanita Arab atau Mesir sendiri yang banyak belajar tentang Islam dan Al-Quran untuk pergi memberi penerangan tentangnya kepada wanita-wanita di seluruh dunia. Mesir yang berpopulasi begitu padat ditambah dengan tahap keilmuannya yang luas memang sangat sesuai dengan tugas ini. Ada hikmah dengan apa yang terjadi kepada Mesir kebelakangan ini, hehe.

Mungkin wanita hari ini kekurangan individu seperti Saidatina 'Aisyah dan kelompok seperti wanita Ansar. Kebanyakannya menjadi statik setelah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Bukan saya tidak pernah menjumpai golongan ini, cuma ia belum menjadi satu fenomena yang universal !

Pada saya sendiri, saya memang terlalu banyak kekurangan dari sudut bahasa dalam penyampaian, apatah lagi perbahasan dan ilmu tentang Islam. Maka tulisan ini sekadar luahan fikiran kerana pada saya masih ada wanita Muslim - wanita Muslim Mesir khususnya - yang mempunyai potensi besar untuk keluar mengajar kepada wanita Muslim di dunia yang lain. Mereka sebenarnya telah memenuhi keperluan sebagai tenaga pengajar apabila melihat semangat, peringkat kepakaran dan penguasaan bahasa mereka sendiri. Saya sendiri pula sejauh yang mampu saya jangkau, akan mula mengambil kira bidang kajian dan pendidikan serta terus-menerus cuba untuk mengutip segala pengalaman dan pengetahuan untuk disampaikan kepada masyarakat. InshaAllah.

Mungkin masa hadapan akan melihat saya sebagai seorang pakar psikiatri sekaligus seorang pensyarah jika Dia mengizinkan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk saya. Ameen. :)

Nota : Saya lihat sahabat-sahabat Turki saya begitu memberi komitmen kepada Facebook, nampaknya saya perlu meringkaskan perkongsian saya dalam simple English untuk sama-sama dikongsi dan memberi faedah khusus untuk mereka dan umum untuk semua. Mungkin selepas ini saya perlu menulis status saya dalam dwi-bahasa. huhu

Wallahu'alam. Dakwat di blog tidak pernah habis dan tulisan saya akan berkekalan jika diizinkan Allah. Agar semua pembaca mengambil pengajaran dari perkongsian pengalaman ini dan melakukan sesuatu, khususnya kaum wanita yang sejenis dengan saya. Agar kehadiran saya di kem pelajar tempoh hari bukan sahaja memberi manfaat pada saya untuk terus memperbaiki diri, tetapi agar sahabat-sahabat wanita Turki saya juga begitu. Ketahuilah, kekurangan 9 aqal dan lebih 9 emosi itu hanya pada kuantiti, bukan kualiti ! (menukil semula tulisan Salim A. Fillah dalam Agar Bidadari Cemburu Padamu)

Ya Allah, aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan..

29 May 2012

The Last Summer, InshaAllah

Jutaan tahmid dipanjatkan untuk Dia yang melimpahkan kasih sayangnya tanpa henti, yang hanya sebahagian darinya sahaja dapat saya sedari dek kerana kelemahan diri yang bertaraf hamba. Dari sebahagian kecil nikmat ini pula, saya sedar bahawa keberadaan saya di Mesir (walaupun hanya 6 tahun) sebenarnya telah banyak menyedarkan saya kepada banyak hakikat-hakikat hidup dan falsafah Islam yang sebenar.


Saya bukanlah penganalisa politik untuk dianggap serius dalam menghuraikan sudut pandang suasana politik di Mesir baru-baru ini, tetapi saya suka jika pandangan saya ini dinilai sebagai satu sudut pandangan dari seorang pelajar biasa yang mahukan yang terbaik dalam hidup, berusaha yang terbaik dan menjadi yang terbaik dengan Islam, untuk Islam yang sebenar. Atau dengan perkataan lain, idealist.


Pertama-tamanya, tidak sama mereka yang pernah hidup dalam Islam yang sebenar dengan mereka yang tidak pernah merasai tenangnya, damainya bersama orang-orang yang ikhlas dalam memperjuangkan cara hidup Islam. Tidak sama juga mereka yang ketenangannya bergantung kepada rumah yang luas dan besar, kewangan yang lebih dari cukup, mempunyai rakan-rakan yang boleh membantu ketika susah dan hal-hal dunia yang lain berbanding mereka yang tenangnya bergantung pada redha Allah. Tahukah kita, Allah sekali-kali tidak redha Agamanya tidak tertegak dan dipertahankan di tempat hambanya berpijak !


Begitulah Mesir pada hari ini. Saya mendapat sedikit privilege dalam mengulas tentang ini kerana saya adalah salah seorang manusia yang berada di ketiga-tiga noktah penting sejarah baru Mesir ; Pre-Revolusi, Peri-Revolusi (sekitar revolusi) dan juga Pasca atau Post-Revolusi. Menyelak semula (atau lebih tepat lagi ; menekan link) post saya yang lepas sudah cukup membuktikan ketidaktertiban sebahagian besar rakyat Mesir hanya kerana 2 perkara terpenting negara yang tidak diurus dengan baik iaitu Pendidikan dan Kewangan. Hingga ke tahap ini di mana manusia melarat di mana-mana, sistem pejabat kucar-kacir dan penipuan di merata tempat, masih ada manusia yang masih selesa memilih pemerintah Sekular dari pemerintah Islam demi beberapa alasan yang dianggap logik dan terlalu superficial dan surface ; demi kemodenan dan pembangunan terjemahan Barat dan Liberalisma serta tidak mahu menimbulkan hubungan keruh dengan kuasa besar dunia yang lain. Lantas lebih selesa mengeluarkan kenyataan, "Biarlah sesiapa yang menang pun dalam pilihanraya Mesir kali ini, kedua-duanya tetap seorang Muslim dan orang Arab." Terlupakah kita pada kegemilangan Islam pada suatu masa dulu di mana pemerintahnya menguasai dunia dengan penuh Taqwa?


Kita mungkin terlupa (atau sebenarnya kurang tahu?) betapa pemerintah Islam ketika kegemilangannya dahulu tidak bermewah-mewah hidupnya. Terlupakah kita pemerintah pada waktu itu sangat prihatin dengan pendidikan dan status hidup rakyatnya, bahkan sangat mengambil berat dengan teguran mereka? Adakah kita sebenarnya tidak tahu betapa berbezanya pemerintah Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenar dengan pemerintah Muslim yang berbangga dengan gaya hidup sekular bahkan berjuang pula mempertahankan sistem ini?


Memetik tulisan Ustaz Hasrizal tentang ucapan Erbakan dalam Travelognya 'Secangkir Teh Pengubat Letih', "Ambillah iktibar dari sejarah. Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan daripada selain-Nya, kita akan dihina oleh Allah." yang pernah diucapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab dan menurut Erbakan lagi, "Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat yang rugi. Umat yang tidak ada sejarah, tiada baginya masa depan!"


Malaysia juga sebenarnya tidak lari dari pemikiran dan cara menilai politik seperti ini. Apabila pemerintahan Islam tidak dikaji faktor kemenangan dan kejatuhannya, apabila politik Islam dan juga politik Sekular dilihat terlalu surface, dibandingkan pula semata-mata pada sudut kemodenan dan wajah fizikal, awaslah. Kita akan menjadi kelompok yang tidak begitu berjaga-jaga supaya tidak termasuk dalam golongan Fasiq dan Munafiq ; yang banyak bercakap dari beramal, yang lebih suka berdebat dan menimbulkan pergaduhan dan yang memberi alasan ketika seruan jihad minta dipenuhi. Lebih malang lagi, kita bukan sahaja menjadi agen Sekular secara automatik tanpa sedar, bahkan kita telah menyebabkan ramai sahabat-sahabat kita mengikut jejak langkah itu.


Walaupun begini hakikat yang ternampak dengan mata, resolusinya juga boleh menjadi realiti jika benar-benar yakin. Hati-hati, salah mengambil resolusi dengan cara tidak peduli dan ambil mudah bukanlah resolusi yang terbaik dan Islam tidak mengajar cara sebegitu. Kuncinya, bersusah-payahlah, kerana dengan susah-payah kita belajar menghargai sesuatu, apatah lagi sesuatu yang terlalu berharga ; ni'mat Iman dan Islam yang Kaffah.


Sekadar mencadangkan 2 resolusi yang realistik sekurang-kurangnya pada pandangan saya yang masih bergelar 'pelajar sepenuh masa' dan terlalu sedikit pengalaman dalam melihat dunia secara penuh iaitu :

1- Perbanyakkan membaca.

Akhir-akhir ini saya begitu berminat membaca Travelog beberapa penulis di mana dari situ saya memperolehi banyak cara pandang dan cara menilai yang jika saya sendiri pernah pergi ke negara itu, saya tidak mampu menganalisis dan menulis seperti mereka. Membaca bukan sahaja membuka fikiran, bahkan boleh menaikkan semangat, mengubah cara berfikir bahkan menukar persepsi kita pada sesebuah organisasi atau individu. Dengan syarat, pilihlah bahan bacaan bukan kerana terhibur dengan gaya bahasanya dan memenuhi cita-rasa kita, tetapi demi mendapat sedikit panduan ke arah Al-Haq (kebenaran). Dan ini membawa kepada point kedua saya.

2- Pilihlah support system yang terbaik.

Banyak faedah yang boleh didapati dari support system ini. Walaupun kebanyakan support system ini berhajat pada curahan tenaga dan wang kita, tetapi itulah juga salah satu dari hajat-hajat manusia itu sendiri secara fitrahnya yang perlu memberi dan berkhidmat. Antara faedah lain mempunyai support system ini untuk dikaitkan dengan point yang pertama tadi ialah dalam memilih bahan-bahan dan juga sources untuk bahan bacaan hidup kita. Bahkan dengan support system ini juga dapat memandu segala keputusan dan perancangan hidup jika kita keliru atau kebuntuan. Sudah tentu keluarga adalah support system yang terbaik dan terdekat, tetapi kadangkala kita memerlukan ahli 'keluarga' yang lebih besar agar pandangan dan jangkauan pengalaman menjadi lebih luas, terbuka dan mempunyai variasi yang menyenangkan. Pemilihan ini sangat memerlukan pemerhatian, kefahaman yang benar tentang Islam dan ilmu supaya kita tidak terjatuh ke dalam fitnah taqlid buta dan close-minded. Jangan lupa syarat tenang itu antaranya adalah Ikhlas Lillahi Ta'ala dan jangan lupa juga kekuatan istikharah ! :)


Akhirnya, musim panas terakhir (InshaAllah!) saya kali ini melihat saya lebih banyak menghabiskan masa demi buku-buku dan bagi saya, membaca berjaya mengurangkan banyaknya cakap saya, menghalang saya terlalu banyak menilai dan melabel manusia dan mengurangkan masa saya melayan segala perkara yang terdapat dalam Facebook dan Twitter yang banyak menimbulkan huru-hara berbanding dalam dunia realiti. Dan dengan tamatnya 2 buku baru-baru ini (Secangkir Teh Pengubat Letih dan Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah SAW), saya berjaya menulis satu post tanpa menunggu waktu exam. Alhamdulillah !


Nota 1 : Satu perkara tentang Liberalisma, saya sedikit hairan bagi mereka yang berpandangan bahawa mereka menolak pendapat ulama' dalam mentafsirkan Al-Quran dan ada yang lebih ekstrim, menolak Hadith. Lantas, apa yang mereka punyai jika mereka tidak mampu mentafsir sesuatu terutamanya pada ayat-ayat mutasyabihat atau asbab nuzul Al-Quran dan asbab wurud Hadis? Amat malang jika resolusi yang mereka pilih ialah sistem Jahiliyah Barat yang dijadikan tempat rujukan dan mendefinisikan segala falsafah dalam Islam. Kasihan !

Nota 2 : Saya mencadangkan buku terbaik untuk bacaan remaja hari ini : Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi tulisan Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Bacalah, kita akan menyedari betapa banyak panduan di dalamnya !

Nota 3 : Tolong doakan masa depan Mesir dan juga Malaysia agar berubah menjadi yang terbaik. Ujian dan fitnah sekular sebenarnya telah banyak mengajar kita supaya lebih menghargai dan lebih berusaha mencari Islam yang tulen dan benar. Pun begitu, usaha untuk mengembalikan Islam secara tulen adalah resolusi yang terbaik, bukan hanya redha dengan sistem hari ini !

Nota 4 : Allah izin hari saya menulis tentang politik dan pemerintahan Islam bersamaan hari Pembebasan Konstatinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebaik-baik tentera yang pernah diramalkan oleh Rasul SAW. Turki pernah mengadakan keraian sempena peristiwa ini secara gilang-gemilang dan memang menjadi motivasi serta kebanggaan seluruh rakyatnya..


P/S: Tahniah kepada sesiapa yang berjaya membaca post saya yang agak panjang ini. Jika terdapat sebarang kelemahan dan kesalahan, mohon pencerahan dan tunjuk ajar. Sesungguhnya banyak perkara yang belum dapat saya rasai sepenuhnya dan pandangan saya masih sangat memerlukan teguran dan pembetulan. Dan saya memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dalam tulisan kali ini. Wallahu'alam.

07 May 2012

The Senior Advices

Saya sangka sudah di tahun 6, saya tidak lagi dihujani dengan soalan-soalan yang mungkin jawapannya lebih mudah didapati dari bermacam jenis blog para junior yang lebih banyak menulis tentang pengajian Perubatan atau Pergigian di Mesir secara teknikal. Tetapi nampaknya sangkaan saya salah dan mungkin kerana taraf senior saya itu dipandang 'matang' apabila mengutarakan sebarang pandangan. Wallahu'alam. Yang utama perlu difahami, bukan semua senior itu matang ya ! Haha


Simply, 2 perkara yang saya paling benci tentang Mesir (berat menyebut tentang ini). Rokok dan Kullu Jidar Hammam (setiap dinding adalah tandas). Sengaja memberi sedikit perasa negatif untuk yang bakal berangkat ke Mesir setelah beberapa post saya agak berat sebelah dalam memuji Mesir. hehe

Mesir yang penuh dengan do'a

Recently, sejak Mesir kurang stabil selepas revolusi, hidup semakin agak susah bagi rakyat Mesir dan yang bermastautin di negara ini. Keinginan yang kuat, bekalan yang cukup dan ingin keluar dari zon selesa adalah pakej yang sangat baik untuk yang mahu menyambung pelajaran ke Mesir plus sabar yang keterlaluan. hehe Saya sendiri yang telah memasuki tahun ke 6 di Mesir pun masih belum terdidik dengan sabar sepenuhnya dan masih tidak sabar-sabar untuk menghabiskan tahun terakhir ini dengan cepat dek hanya kerana letih dan kecewa dengan segelintir masyarakatnya yang kurang beradab, tidak sistematik dan sangat tidak produktif. Bayangkan, urusan pejabat hanya bermula pada pukul 9 pagi (or fully operating at 10 am?) dan sebarang urusan selepas pukul 2 petang adalah tidak dilayan!

Ada yang bertanya saya tentang masalah bahasa. Ini sangat bergantung kepada setiap universiti samada mereka ada menyediakan kelas khas untuk pelajar Malaysia dalam English atau tidak. Sila ambil perhatian, Egyptian English tidak sama dengan mana-mana English yang wujud di dunia ini di mana 'p' menjadi 'b' dan 'learn' digunakan selain 'teach' untuk memaksudkan 'mengajar'. Namun, itu bukanlah masalah paling besar untuk memahami sesuatu pelajaran sementelah para pensyarahnya begitu bersemangat untuk mengajar dan menerangkan. Yang penting, kita yang sebagai pelajarnya kena rajin bertanya !

Saya tidak nafikan bahawa bahasa Arab bukanlah bahasa yang terpenting untuk faham dalam kuliah, malah beratus-ratus junior saya yang langsung tidak mempunyai basic Arabic masih mampu meneruskan pengajian hingga saat ini. Tambahan lagi, slang Arabnya lebih kepada bahasa 'Ammiyah yang lebih memerlukan pengalaman, minat dan berani mencuba untuk menjadi mahir dan fasih. Malah, ketika mengambil sheet atau case presentation juga dilakukan secara berkumpulan dengan syarat mesti ada salah seorang ahli kumpulan yang tahu berbahasa Arab.

Masalah bahasa bagi saya bukanlah masalah terbesar ketika belajar di Mesir. Tetapi bagi yang mempunyai basic dan minat terhadap bahasa ini seperti saya, saya dapati lebih banyak advantages dari sudut mengingat nota yang lebih ringkas dari sahabat-sahabat Arab yang lain, menjadikan urusan-urusan universiti lebih mudah, lebih rasa beradab dengan pesakit ketika mengambil history (tidaklah bertanya macam robot atau pelajar yang tidak mempunyai perasaan) juga ketika memberikan arahan kepada pesakit dalam physical examinations dan mengurangkan nervous ketika final clinical exam yang mana sheet perlu diambil secara perseorangan dan bukan berkumpulan.

Wallahu'alam. Saya akui, Mesir pernah terkenal sebagai sebuah negara kiblat ilmu, maka ramai yang masih berminat untuk ke Mesir walaupun keadaannya yang tidak begitu baik. Bukan sahaja kita belajar perubatan dengan teknologinya yang canggih (walaupun di Mesir hanya tertulis secara teori sahaja), namun kita belajar juga bagaimana menguruskan seorang pesakit yang kurang berkemampuan untuk membayar segala penggunaan teknologi itu. Maka, dari situlah saya belajar 3 perkara terbesar ; Jangan Berputus Asa, Be Creative dan Segalanya Tidak Mustahil Jika Kita Tetap Beriman.

Sekian dulu celoteh ringkas dari senior yang bakal menamatkan pengajian pada awal Januari tahun 2013 nanti. Sama-sama doakan ya ! Jangan lupa, perjalanan bidang perubatan ini sangat panjang, its a marathon. Fikirlah masak-masak tentang keputusan ini dan jangan lupa istikharah ! *senyum*

P/S: Sempat menulis di kala bakal menghadapi End Round Exam 3 Subjek tidak lama lagi. Tabiat yang masih belum dihilangkan sepenuhnya ! Astaghfirullah. Jangan lupa doakan yang terbaik untuk saya ya ! Sama-sama sentiasa saling mendoakan ya ! :)

22 April 2012

Falsafah Orthopedics

Tidak berniat mahu menulis terlalu panjang kali ini. Tahu dan rasa begitu lama tidak menulis sesuatu kerana satu lagi falsafah yang baru didapati dan dipelajari i.e. banyak menulis = banyak bercakap = banyak diuji, tetapi tetap terus menulis sekadar untuk berkongsi dan sebenarnya lebih banyak untuk peringatan diri sendiri apabila tulisan ini dikekalkan dalam bentuk blog. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya, samada sedikit atau banyak inshaAllah.


Setelah hampir 3 bulan di Ward Perbidanan dan Sakit Puan, Tahun 6 ini meneruskan baki-baki tahun akhir dengan subjek kedua terakhir iaitu Special Surgery yang dibahagikan kepada Orthopedics, Urology, Cardiothoracic, Neurology dan Anesthesia. Secara ringkasnya Orthopedics adalah sains tentang tulang, Urology tentang organ menghasilkan air kencing (kidney and its apparatus), Cardiothoracic tentang pembedahan jantung dan dada, Neurology tentang saraf (fav subject) dan Anesthesia tentang pembiusan. Secara pandangan umumnya setelah 4 minggu di Special Surgery ini, Surgery benar-benar tidak sesuai dengan jiwa saya tambahan lagi Surgery juga bermaksud 'Open and See' yang lebih sesuai untuk doktor lelaki. Bahkan kebanyakan pensyarah adalah doktor lelaki dan hanya Anesthesia sahaja yang setakat ini kesemuanya doktor perempuan. Hatta Round Perbidanan dan Sakit Puan tempoh hari juga kebanyakannya doktor bedah adalah lelaki dan pembedahan yang dilakukan oleh mereka lebih cepat dan smart. Puji sikit. hehe

Dari kelima-lima subjek ini, yang benar-benar menarik perhatian saya adalah Orthopedics. Mungkin juga kerana subjek ini banyak berkaitan Radiology yang sesuai dengan orang berotak kanan seperti saya, banyak falsafah yang saya perolehi darinya. Dan falsafah ini disampaikan dengan ayat yang lebih baik pada hari ini oleh pensyarah saya, Dr. Mohamed Mostafa Hosney. Kagum dengan beliau selain kerana English beliau yang sangat fluent.

bolehlah jemput Dr. nanti untuk motivasi. hehe

Be Specialized

Pada mulanya saya agak skeptik dengan sistem pembelajaran perubatan yang mana menekankan konsep specialization iaitu mengkhususkan bidang yang kita ceburi  menyebabkan kita banyak tidak tahu bahagian-bahagian lain. Tetapi saya menyedari bahawa sehebat mana pun seorang manusia, dengan tenaga, masa dan pelbagai asbab yang terhad, tidak akan mampu menguasai semua perkara sekaligus. Biarlah satu perkara dalam ruang kemampuannya dan kesesuaiannya dikuasai dengan baik dan seterusnya dirujuk apabila diperlukan. Bukankah manusia juga makhluk sosial? Perlu kepada manusia lain yang mempunyai kelebihan dalam bidang yang lain pula untuk saling memberi manfaat dan seterusnya memakmurkan dunia? Saling lengkap melengkapi dan bersinergi?

Mungkin kita melihat Dr. Mohamed begitu khusus hanya dalam Hip Joint dan tidak Knee, Foot dan bahagian kaki yang lain, namun beliau boleh refer kes-kes lain kepada yang lebih pakar dan bekerjasama dengan mereka.

Jangan lupa bahawa semua ini tidak akan berlaku tanpa kerendahan hati dan sikap tidak mahu memperbaiki diri serta tidak peduli orang lain ! (kelemahan terbesar saya..)

Walking Is Important

Saya yang tidak teruji dengan kehilangan nikmat berjalan tidak layak untuk bercerita tentang ini. Tetapi Dr. Mohamed menceritakan betapa tertekannya pesakit yang tidak mempunyai ketinggian yang cukup atau tidak boleh berjalan apabila menghadapi kehidupan sehari-hari. Bayangkan jika mempunyai kaki tetapi terpaksa berjalan menggunakan alat bantuan berjalan. Bayangkan betapa banyak kegembiraan yang tidak dapat dikongsi kerana tidak mampu kemana-mana untuk meraikannya.

Berjalan juga penting untuk wanita selepas bersalin dan juga selepas sebarang pembedahan. Take note. Kerana early mobilization boleh mencegah berlakunya DVT (Deep Vein Thrombosis) yang boleh membawa kepada pulmonary embolism yang seterusnya mampu menamatkan nyawa seorang manusia!

moving prevents osteoarthritis


Study Well, Learn From Everything !

Dr. Mohamed yang baru saya kenali ini benar-benar seorang yang belajar dari semua perkara (termasuk dari pesakit beliau sendiri!) dan bagi beliau, dengan mengajar juga beliau dapat belajar. Menceritakan pengalamannya ketika menaiki ratusan tangga ke sebuah bangunan di German, beliau merasakan bahawa diri beliau masih dipertengahan tangga tersebut dan masih perlu banyak belajar. Oleh itu, memang sangat perlu bersungguh-sungguh untuk belajar dan terus hidup. Melihat dan mengambil pengajaran dari dunia memang banyak mengajar tentang falsafah hidup, tetapi sebenarnya dengan ke kelas, berbincang dengan para pensyarah dan guru adalah cara paling baik untuk mendapat ilmu yang benar sekaligus menyumbang dan berkongsi idea dan pandangan.

Falsafah Hip Joint

Falsafah ini saya perolehi selepas penerangan Dr. Mohamed tentang DDH (Developmental Dysplasia of Hip). Hip joint secara ringkasnya terdiri daripada acetabulum dan femur head yang kedua-duanya mempunyai anatomy yang cukup berbeza walaupun berasal dari origin cells yang sama. Namun kedua-duanya memerlukan kedudukan yang fitted untuk berfungsi secara optimal. Bahkan, dibantu oleh proses berjalan, kedua-duanya perlu saling stimulate antara satu sama lain untuk terus berkembang secara normal dari segi saiz dan bentuk seterusnya mampu menampung dan menstabilkan berat badan ketika berjalan. MashaAllah. Tanpa kedudukan yang sepatutnya (femur head perlu berada berdekatan dan tepat di dalam acetabulum), DDH akan berlaku menyebabkan kanak-kanak yang menghidap penyakit ini tidak dapat berjalan dengan baik. Bahkan jika bilateral, mungkin tidak mampu berjalan langsung. Wallahu'alam.



Sesungguhnya, dari Hip Joint ini saya mengetahui bahawa hidup bukan sekadar untuk menjadi hebat dan mempersembahkan pada dunia tentang kehebatan diri kita. Kalau kita sendirian hebat tanpa stimulate orang lain, kita sebenarnya tidak menyumbang apa-apa kepada kestabilan dunia. Dan kemungkinan besar kita boleh menjadikan dunia terbalik dan tidak stabil. Sepertimana yang berlaku pada DDH yang acetabulum dan femur head berkembang sendiri-sendiri tanpa saling men'stimulate' dan menjurus kepada ketidakstabilan dan masalah untuk berjalan.

Tambahan lagi, saling melakukan kebaikan ini tidaklah 100% memerlukan keserasian dan persamaan. Lihatlah semula pada acetabulum dan femur head yang sangat berbeza bentuk dan fungsi, namun kedua-duanya mampu men'stimulate' antara satu sama lain untuk mencapai fungsi paling optimal tanpa perlu mengubah bentuk dan fungsi masing-masing. Yang penting kedudukannya perlu 'adil, berada di tempat yang sepatutnya. Dengan izin Allah, Subhanallah!

Itulah sedikit pandangan dan falsafah tentang Orthopedics yang mampu dicapai setakat beberapa minggu dalam Round Special Surgery ini. Masih berhajatkan teguran, tambahan dan muhasabah, inshaAllah.

Wallahu'alam.

P/S: Para Junior Universiti Tanta akan memulakan Final Exam mereka tidak lama lagi. Jangan stress dan tension. Belajar dan membacalah dengan seronok. hehe Sama-sama doakan ya! (Cepatnya masa berlalu.. huhu)

20 January 2012

World Not As You Want

Sudah tentu. Bukan kita yang mencipta dunia. Bukan kita yang mencipta kehidupan kita. Mungkin kita diberi sebahagian kehidupan untuk kita cipta sendiri (iaitu bahagian yang boleh kita ubah seperti tabiat, personaliti, kerjaya dan pelajaran), tetapi masa depan adalah satu kejutan. Iaitu sesuatu yang tidak kita sangka, tidak kita impikan dan tidak dapat kita tentukan.

Inilah pembentangan kehebatan Allah sebagai Al-Qaadir melalui secebis kehidupan kita.

Namun, apa yang penting, kita juga sebenarnya mampu menentukan kehidupan akhirat kita. Ya, kita mencipta kehidupan akhirat kita dengan apa yang kita behave sewaktu di dunia. Risikonya, Allah yang menentukan syurga atau neraka. Walaupun ketika di dunia, kita dilihat begitu gembira dan bahagia sekali, namun, kita tidak memegang sijil jaminan bahawa kita akan tersenyum bahagia juga ketika buku amalan dibentangkan semula. Maka, kita perlu merancang dengan bijak supaya nanti kita mempunyai sebab-sebab yang sangat besar untuk layak mendapat redhaNya.

***
Sesekali saya lebih cenderung membaca semula tulisan-tulisan saya yang lepas tambahan lagi ratio bacaan/menulis saya lebih tinggi (mungkin 4:1). Seronok melihat perkembangan diri, dari permulaan secara rasminya bergiat di alam blogger ketika di Tahun 3 hinggalah kini.

Banyak perubahan-perubahan hidup yang telah ditulis, dari sekecil-kecil exam hinggalah sebesar kematian, semuanya ditulis dalam separa sedar - tanpa ada perancangan yang lebih teliti ketika menulis. Yang akhirnya membuatkan saya kembali sedar (di samping sedar masa yang berlalu dengan begitu pantas) betapa banyak perkara yang membuatkan saya matang, dan reconsider cara berfikir saya dan matlamat hidup.

Pun begitu, masih ada kisah hidup yang tidak dicatat di dalam blog ini. Kadang-kadang, ada bahagian hidup yang tidak perlu diceritakan dan ada yang sukar untuk diceritakan. Bahagian hidup itu biarlah disimpan, dijadikan kenangan sekaligus sebagai panduan untuk merancang hari-hari kehidupan yang akan datang. Bahagia juga dengan keadaan begitu.

Erm, Ummi pasti sedikit kecewa melihat anaknya yang jarang sekali mengupdate blog untuk dia lihat perkembangan pemikirannya, corak kehidupannya dan apa yang dilakukannya. Andai saya menjadi Ummi nanti, saya pasti sangat mahu membaca hasil pemikiran anak-anak saya. hehe Maaf Ummiku Sayang, anakmu ini yang sangat suka falsafah dan pemikiran, agak malas untuk menulis kehidupan yang kurang signifikan. *grin*

Terkini, saya masih terkejut dengan perkembangan diri. Sekarang sedang berada dalam Round Obstetric & Gynecology (Perbidanan dan Sakit Puan) yang akan diiringi dengan Special Surgery (Pembedahan Khas) pada bulan 3 nanti. Ya, Obstetric and Gynecology beserta Surgery adalah subjek terakhir untuk pelajar Tahun 6 (akhir) Kuliah Perubatan Universiti Tanta untuk Ijazah Sarjana Muda. Tanpa saya sedari juga, saya sudah mula menimbulkan minat terhadap Diagnostic Medicine (seperti yang anda tonton dalam House MD) sejak di Tahun 5 lagi. Biarpun subjek Neuropsychiatry masih mempunyai tempat di hati, namun dek kerana ia adalah subjek sub-specialist, saya mungkin lebih berminat menjadi Medical specialist. Apapun, untuk menjadi pakar di Malaysia, anda perlu mendapat recommendation dari pakar yang memantau perkembangan HO/MO. Untunglah mereka yang telah dikenali oleh pakar di Malaysia. Untunglah pelajar-pelajar Perubatan universiti di Malaysia!

Tahun 6 juga melihat saya belajar tentang perihal fizikal wanita dengan lebih lanjut, sekaligus saya sebenarnya lebih banyak belajar tentang fisiologi dan patologi diri saya. Bahkan, dalam subjek OnG ini juga membuatkan saya lebih banyak belajar hal-hal orang dewasa dan perkahwinan yang kemungkinan tidak langsung disentuh hatta dalam kursus perkahwinan sekalipun! Sedikit segan, namun, inilah cerita dewasa. Cerita golongan yang serius dengan kehidupan. Yang matang menilai dan membuat keputusan.

Dan sekarang, telah sebulan saya di Qism Nisa' Wa Tawleed, melihat pelbagai kes wanita dari masalah pendarahan dari vagina hingga ke masalah kemandulan, melihat pelbagai reaksi muka para pesakit juga ahli keluarga pesakit, melihat kelahiran normal dan Cesarean, melihat betapa tabahnya dan kuatnya para ibu Mesir yang serba kekurangan dan sudut kewangan dan pengetahuan. Melihat semua ini membuatkan saya berkonklusi, betapa perkahwinan tidaklah selalu dikelilingi dengan keindahan cinta yang sanggup berbuat dan menerima apa sahaja. Realitinya, untuk hati yang tidak diproses, cukup sukar untuk menerima takdir, menerima bahawa seorang isteri itu tidak lagi mampu menjadi seorang isteri yang sebenar-benarnya. Yang kehilangan kawalan kesihatan dan kejiwaannya, yang kehilangan segala kekuatan yang pernah dipunyainya dahulu. Pada saat ini, masih adakah suami yang masih setia? Masih adakah anak-anak yang sanggup menjenguk si ibu yang sentiasa mengharapkan keprihatinan dan luangan masa bersama? Masih adakah doktor yang sanggup melakukan usaha hingga ke titik yang benar-benar terakhir tanpa memikirkan soal kesenangan peribadi dan kemewahan pembiayaan perubatan? Masih adakah manusia yang terus bersabar melayan soalan-soalan dan celoteh golongan ini?

Benar, pencegahan untuk penyakit adalah lebih baik. Tetapi, bila saat ia telah berlaku, apa yang terpenting adalah sokongan dan layanan emosi yang berterusan dari ahli keluarga.

Saya tidak dapat nafikan - sebagai seorang pelajar perubatan - kos perubatan sangat tinggi. Sudahlah tinggi, tahap keberkesanannya pula berkadar terus dengan harganya. Namun, semua ini bukanlah bermaksud para doktor bekerja hanya untuk bermewah-mewah dengan segala wang tersebut. Masih ada para doktor yang ikhlas melakukan apa yang dirasakan terbaik, memberi cadangan yang dirasakan terbaik dan mengharapkan yang terbaik. Juga saya tidak nafikan bahawa ada di kalangan doktor yang ambil mudah, kurang berfikir, asal kerja cepat siap dan mahu pulangan yang lumayan.

Apabila bersama seluruh kakitangan Jabatan ini, saya begitu tersentuh dengan kesungguhan mereka melayan golongan wanita yang sangat delicate. Tahukah anda, gaji para doktor di Mesir jauh lebih rendah dari gaji para doktor (HO) di Malaysia? Sedangpun begitu, mereka bekerja lebih hebat dari doktor-doktor di Malaysia yang saya bandingkan ketika saya di HKL dahulu! Dari merekalah saya belajar kepentingan ilmu pengetahuan dan dari merekalah juga saya belajar bekerja secara terbaik tanpa mengharapkan sebarang imbalan. Dari mereka jugalah saya belajar bahawa para doktor hanya pemudah cara, perlu menerangkan dalam bahasa yang ringkas segala tindakan yang diambil terhadap pesakit supaya pesakit faham dengan apa yang dilaluinya di samping sangat perlu meluangkan banyak masa mendengar masalah pesakit, tidak menganggap remeh segala rungutannya dan sentiasa memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Tambahan lagi, kakitangan jabatan ini juga mengajar saya supaya sentiasa bertindak dengan bijak, sentiasa consider segala perkara, bertanggungjawab atas segala tugas dan amanah yang diberikan serta menghormati apa jua keputusan pesakit. Pendek kata, very thoughtful. Banyak sungguh yang saya pelajari dari mereka, dan sebenarnya ada sahaja lagi yang tidak teringat untuk saya tulis di sini lagi..

Dari sudut pengajian, inilah sedikit perkembangan diri saya. Saya pernah cuba untuk berhenti dan berpatah balik dari meneruskan pengajian kerana rasa terlalu lama dan memenatkan. Tambahan lagi apabila sektor perubatan moden ini dipandang serong oleh beberapa pihak mungkin kerana 'tidak Islamik' dan dipenuhi rawatan yang berbahaya, saya hampir sahaja mahu berhenti dan selesa mengajar Al-Quran sahaja. Namun, apabila difikirkan semula, inilah impian saya, inilah keinginan saya sejak UPSR lagi dan saya telahpun melaluinya di tahun terakhir, maka mengapa saya harus berhenti? Bukankah saya mahu lakukan yang terbaik sebagai seorang hamba di dalam bidang yang ditetapkanNya?

Saya mahu semangat dan kesungguhan seperti rakyat Mesir di transplant dalam jiwa saya, boleh?
Jelas, hidup bukanlah semuanya yang saya mahukan, saya perolehi. Saya mahu Mumtaz setiap tahun, sihat tubuh badan dari sebarang penyakit, sentiasa rajin membuat segala perkara, mahu duit banyak untuk merantau ke seluruh dunia tanpa perlu melakukan bajet, namun Allah mempunyai penyusunan yang lebih baik lagi untuk diri saya. Saya tidak pernah beroleh Mumtaz walau setahun pun, diserang asthma ketika stress dan perlu merancang kewangan untuk pulang ke Malaysia nanti.

Mungkin selepas ini, saya akan terus bertransformasi menjadi manusia baru setelah melalui kehidupan dengan lebih lama lagi. Ada perkara yang akan menjadi lebih senang, dan akan ada perkara yang menjadi lebih susah. Di usia 20-an ini akhirnya saya merasai perasaan menjadi matang, dan perlu menjadi matang kerana kematangan dan keseriusan untuk hidup adalah antara syarat untuk hidup bahagia.

(Sebenarnya saya sedikit terkejut dengan versi matang diri saya ini, hehe)

Usahlah anggap pelajar di tahun akhir ini seronok dan bergembira, stabil dan tidak mempunyai masalah, lebih rilek kerana sudah hampir 'tahu semua', tetapi berilah peluang untuk mereka menjadi pelajar biasa yang masih sedia mendengar dan menerima penerangan, kritikan dan panduan. Walaupun telah timbul beberapa 'Sindrom Tahun 6' yang sudah bosan dengan kesalahan yang sering berulang dan lebih senang melakukan kerja secara ringkas, sindrom ini sangat perlu diubati dengan segera melalui pencerahan semula. Ya, kami benar-benar dilanda penyakit ketuaan!

Dan kemudiannya nanti, putaran hidup ini bermula kembali. Pelajar tahun akhir yang senior akan bertukar menjadi doktor praktikal paling junior seterusnya masih perlu mengekalkan semangat dan kesungguhan untuk terus belajar, membangun dan berubah. Jika sindrom ini diteruskan dengan rasa malas, senang rasa cukup tanpa terus mahu melakukan yang terbaik, mahu rileks melakukan apa yang disukai, jangan haraplah saya akan dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ah, doktor senior (yang akan memberi recommendation) bukan hanya setakat menilai pengetahuan kita sahaja, malah mereka sangat suka menguji kesungguhan dan dedikasi kita itu.

Kesungguhan dan dedikasi yang berterusan adalah trend yang sungguh menarik hati di zaman ini! Tambahan lagi apabila yang dilakukan bukan untuk diri sendiri, bahkan untuk berkhidmat dan memberi manfaat pada orang lain..

..dan dunia sebenar-benarnya tidak berlaku mengikut sekehendak kita. Segalanya tidak mustahil bagiNya.

Wallahu'alam.