Husna Sani VS Timbalan Pengerusi PCT


(Masih berkisar tentang diri sendiri, hu~)

Kehidupan saya tidak bosan seperti yang beberapa orang sangkakan. Bukan hendak berlagak, cuma sekadar muhasabah. Kita terlalu menilai orang melalui pakaian, kata-kata dan juga tulisan. Walaupun saya dilihat ketinggalan dari sudut fesyen, tidak pernah ber'clubbing', tidak mengenali mana-mana artis korea mahupun jepun, tiada akaun facebook, tidak pandai bergaul dengan semua orang namun saya masih mengikuti perkembangan rakyat Palestin yang semakin melarat, masih tahu sedikit-sedikit bagaimana menggunakan beberapa softwares utama seperti Excess dan AP, masih tahu secebis cara memukul gambar dengan baik, masih tahu membaiki masalah teknikal alat-alat ringkas, dan masih tahu meng'update' blog. Dan sessi 2008/2009 ini menyaksikan saya ber'mutasi' menjadi manusia yang hampir bukan diri saya sendiri; sebagai Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta.

Bosankah hidup saya? Ketinggalankah saya?

Soalannya sepatutnya begini. On what basis did you based your life? On my opinion or you opinion? Where did we put Allah and Rasul's opinions? And where our scholars' opinions?

Menjadi Timbalan Pengerusi buat kali pertama memang mengejutkan saya. Tambahan lagi calon yang bergandingan dengan saya adalah rakan saya yang lebih hebat, Nawal Nabilah. Saya hampir tidak waras. Contoh di depan mata saya sudah cukup membuktikan tugas ini sangat berat walaupun tidak membosankan (adik saya menjawat jawatan ini sebelum saya..). Tambah-tambah lagi saya bukanlah manusia yang suka bersosial. Jika memerlukan perbandingan, saya mirip Mr. L dalam 'Death Note'. Lebih cenderung menghabiskan masa di depan pc dan terus-terusan makan. Cuma saya kurang menggemari makanan manis (takut diabetes juga..) dan saya tidaklah terlalu bijak seperti Mr. L. Maka tugas ini hampir membuatkan saya meletakkan jawatan namun hingga 3 Disember lepas, saya masih lagi menyandangnya secara penuh dalam satu sessi atas 2 sebab; ingin cuba keluar dari zon selesa dan tidak mahu berurusan dengan beberapa pihak yang akan bertanya banyak hal tentang perletakan jawatan ini.

Dan tahap tekanan saya benar-benar teruji. Lebih hebat dari ketika saya di Darul Quran. Di DQ, tekanannya berat, tapi saya buat tidak peduli, tetapi kali ini, segala tekanan memerlukan kepedulian saya!!

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis artikel ini, hanya menanti saatnya sahaja. Dan inilah masanya saya memuhasabah diri saya, buat renungan semua, bahawa saya sememangnya masih terlalu lemah untuk memikul tanggungjawab besar ini. Semoga perbandingan ini ada manfaat untuk semua, tidak kira siapa sahaja, Timbalan Pengerusi ataupun AJK lain, ada jawatan atau ahli biasa.

HUSNA SANI
TIMBALAN PENGERUSI
tak berapa ikhlas (suka berlagak,kuat mengeluh)
ikhlas, hanya untuk Allah
kelam kabut
tenang dan rileks
small personality
big personality
tak ke hadapan untuk bercakap
ke hadapan untuk bercakap
tiada siapa peduli (yeah!!)
menjadi perhatian ramai orang
tak berapa kemas, serabut
kemas, elegan dan profesional
me-myself-and-I world
PCT world
knows some-things
knows many-things
everywhere is my place, yeah!!
has special high-class place
banyak merapu
serius
main-main, tak matang
fikir banyak, ambil kira semua benda
pemalas
perajin
buat apa yang disukai diri sendiri
buat untuk kepentingan semua
kurang cemerlang dalam exam
cemerlang dalam exam
suka buruk sangka, kurang mesra
sentiasa tersenyum, peramah

(sebenarnya sedang mencuba coding untuk table/jadual, setelah beberapa percubaan, berjaya! Alhamdulillah~)


siapa sangka?

Dan sepanjang tempoh itu, saya banyak berurusan dengan pelajar lelaki yang membuatkan saya kurang selesa. Kurang selesa kerana tidak biasa, takut kurang adab dan salah cara serta kadang-kadang mengundang salah sangka dan tak mustahil berbagai versi fitnah akan muncul. Benar, di sinilah munculnya keperluan profesional dan keutamaan dalam pengurusan. Mengasingkan keperluan kerja dan keperluan peribadi. Maka, taqwalah bekalan terbaik dalam hal ini.

Dan pengakhiran tempoh itu, saya menyedari bahawa saya lebih selesa berada dalam keadaan invisible dan hanya bekerja di belakang tabir. Lebih tepat lagi, sebenarnya tempoh masa itu banyak menunjukkan saya beberapa hakikat diri serta memperkenalkan saya prinsip-prinsip kepimpinan. Kata ummi, pemimpin umpama nakhoda kapal, dialah yang menentukan ke mana mahu membawa penumpangnya. Dr. Azizan pula pernah menyatakan, da'ie adalah pemandu bas, dia akan membawa semua orang ke tempat yang dia suka. Maka, pemimpinlah penentu halatuju sesebuah organisasi. Samada menuju redha Allah atau hanya sekadar nikmat dunia yang sementara sahaja..

Oleh itu, kepimpinan perlu ada kesedaran dan kefahaman Islam. Tanpanya, tiada keamanan, tiada kebahagiaan, tiada keadilan malah tiada ganjaran akhirat. Walaupun hanya pemimpin kepada diri sendiri.

Akhiran, setinggi-tinggi syukur kepada Tuhanku kerana memperkenalkan sebuah kehidupan baru kepadaku. Benar, menjadi pemimpin itu hebat, tetapi tanggungjawabnya berat. Perlu kebijaksanaan dan keprihatinan.

..Wallahu'alam..

P/S: seronok membaca artikel tentang pemimpin dari Cg Azmi di sini.

Comments

saza s said…
salam kak husna
sedap betul menyantap entri kali ini

gambaran seorang pemimpin sejati
pemimpin sejati yang buka dilahirkan dengan segenap kesempurnaan tetapi lahir untuk di asah menjadi ketua yang berwibawa

bermula dari zero kita menjadi hero. Bukan start sebagai ketua tetapi berkahir menjadi mangsa ... mangsa keadaan.

alhamdulillah , entry yang telus
peringatan juga buat diri yang sedang mengorak langkah ini

gambatte kudasai~
hood@sunny said…
Menjadi pemimpin bukan bermakna menjadi seorang yg bukan diri kita, tetapi corak kepimpinan itulah yg terbit dari peribadi kita.

Setiap diri itu pemimpin bagi jiwanya...

so, amik yg jernih.. tinggal yg keruh =P

seronok~ da bersara

-invi mode-
sinar_islami said…
betul...setiap individu itu pemimpin..
stidaknya bagaimana dia memimpin dirinya..mau ikuti nafsu atau iman..
jihad tu..

btw..bila nk join kelab pesara ni...huhu...tak sabar dh ni...
SINCERE SERVANT said…
kak.. saya nanges bace entry akka ni.. syukran kak.. coz bantu saye muhasabah... ttg Hakikat Pemimpin yg Dia kehendaki...

sperti kate Saza; 'bukan bermula sebagai ketua, tp berakhir menjadi mangsa..'

*hugs*

luv u..
little doctor said…
salam husna

kak fatimah nordin ni. apa khabar? sedih pulak baca entry una ni, tapi insyaallah u can do it.
tentang muamalah pula, sgt benarlah hanya taqwa sebaik-baik bekalan dan sebaik2 penilai. semoga dipermudahkan segala urusan.