Sedikit tulisan setelah hampir 10 tahun tidak menulis. Dan hampir 10 tahun tidak log-in semula ke blogspot, hampir 10 tahun juga baru kembali perasan bahawa telah google.mail yang dicipta dulu adalah untuk memulakan penulisan di blog.
Pantas sungguh masa berlalu.
Dengan pembukaan semula blog ini, baru perasan bahawa blogspot semakin terikat dengan guidelines and polisi yang baru. Yelah, sementelah dunia online tiba-tiba semakin ‘terlalu berfungsi’ sejak pandemik Covid. Ada posting yang tidak dibenarkan tertera (Kebanyakkannya posting tentang Mesir) namun kebanyakkan posting hanya tinggal draft. Maka proses mengemaskini dan renovasi sedikit sebanyak dilakukan.
Untuk ketika ini, sudah tidak ada masa untuk membuka dan mencipta ruangan menulis blog di tempat lain. Maka untuk meneruskan yang sedia-ada, inilah sedikit perubahan yang berlaku. Lebih tersusun, nampak lebih matang dan lebih mudah untuk membaca semula posting kenangan yang lalu.
Untuk ketika ini juga, sedang berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, menanti seorang diri untuk menaiki pesawat kembali ke PPUM, Kuala Lumpur. Baru sahaja menghadiri peperiksaan Teori kali yang ke-4 untuk Master Paediatrics (Kanak-kanak) dan mahu pulang agar lulus kali ini. Perasaan masih bercampur baur, tetapi perlu pulang juga hari ini demi kerja-kerja di PPUM yang sedang menanti.
Pada masa ini, Alhamdulillah punya suami yang sangat menyokong, 4 orang anak-anak lelaki, sebuah rumah dan kerjaya yang stabil. Semuanya atas kurniaan Allah, agar terus memberi khidmat kepada masyarakat dan terutamanya pada Islam.
Masih berminat dengan politik kerana revolusi, transformasi dan reformasinya. Masih berminat untuk membantu orang-orang susah, masih berminat untuk memberikan kefahaman dan falsafah hidup yang sebenar. Masih kekal ‘To understand first then to be understood’.
Walaupun masih terikat dengan penulisan Thesis dan program Master, namun inilah peluang untuk menulis dengan lebih baik dan lebih sistematik.
Sekadar sedikit coretan buat pembakar semangat sementara menunggu penerbangan lagi 2 jam.
Wallahu’lam.
Comments