Bismillah.
Post kali ini tentulah yang paling istimewa kerana beberapa perkara. Pertamanya tentulah kerana pos ini ditulis setelah saya baru 2 bulan lebih sahaja bergelar isteri. Perasaan masih bercampur- baur, tetapi peratusan terbesarnya pada tahap bahagia dan gembira. Alhamdulillah!
Cintaku Setelah Allah dan Rasul
Keduanya post kali ini adalah hasil gesaan sang suami yang juga antara pembaca setia blog ini yang telah menyediakan ruang di iPad beliau untuk memudahkan dan menggalakkan saya untuk terus berdedikasi menulis. Perkara ketiga yang membuatkan post ini istimewa kerana inilah pertama kali saya menaip dengan menggunakan touch screen iPad. Sedikit kekok, namun dengan harapan agar kebiasaan nanti menyumbang kepada lebih banyak perkongsian, inshaAllah. Seluruh pujian kepada Allah atas kesemua nikmat-nikmat ini ; suami, iPad, tangan untuk menaip dan akal yang baik untuk berfikir.
Bahagia dan gembira ini banyak bercampur baur dengan beberapa perasaan lain yang muncul di ambang awal perkahwinan. Kebanyakan perasaan negatif berpunca dari sikap saya yang agak pesimis, sifat anak sulung yang tidak biasa dengan arahan dan suruhan, ego yang melampau, panas baran dan kurang mengambil berat terhadap orang lain. Benarlah pasangan hidup ini adalah separuh dari jiwa ; dia yang banyak melengkapkan saya dan mengimbangi setiap kekurangan saya. Ah, mungkin ini konklusi perkahwinan yang terlalu awal dan nampak begitu manis. Namun biarlah ia menjadi peringatan dan kenangan sebagai persediaan untuk kekal menjadi pengantin baru 10 tahun akan datang. *smile*
-- upgrade sikit. malas nak padamkan previous typing di bawah tajuk yang sama --
Benar. Menjadi isteri itu terlalu istimewa. Ketika menulis rangkap ini, saya telah ber'evolusi' menjadi isteri kepada Mohammad Farhan Bin Md Radzi selama 2 tahun lebih dan telah menjadi ibu kepada Mohammad Fauzaan Bin Mohammad Farhan yang berusia setahun nak masuk 3 bulan. Allahu Akbar.
Tidak habis menulis tempoh hari saya lebih senang menyambung tulisan ini setelah hampir 2 tahun lebih tidak menulis. Ini menunjukkan betapa tajuk ini masih relevan untuk saya tulis dan keinginan itu masa ada. Owh, mungkin saya perlu tukar profesion menjadi ; surirumah atau blogger atau penulis buku atau businesswoman dari rumah atau.. (dan seterusnya).
Kali ini juga saya tidaklah menulis menggunakan iPad. Cuma laptop biasa yang rasa lebih selesa. Kali ini juga sebenarnya saya mencuri masa di celah-celah anak sedang tidur, cuti terakhir sebelum oncall esok dan sempena Raya. Owh, kerjaya saya rupanya pencuri masa selain berhempas pulas menunaikan tanggungjawab di hospital. Huhu
Banyak pula introduction saya. Pada awalnya saya cuma ingin menulis apa yang saya belajar setelah hampir 2 tahun saya bertukar alam kehidupan ini. Saya cuma teringat impian saya ketika zaman bujang dulu ; mahukan lelaki soleh, lelaki yang pandai bergurau, tak strict sangat, suka berjalan dan pandai bersosial, begitu gentleman dalam melakukan kerja-kerja rumah, sportsman, rajin, pembersih dan banyak lagilah yang positif. Subhanallah, pada yang masih anak dara dan tiada calon pasangan hidup, selalulah berdoa melalui bisikan hati berulang-ulang kali. InshaAllah Allah akan tunaikan yang terbaik dan yang paling sesuai sekali dengan kita.
Cinta Itu Dari Hati
Saya rasa ramai yang biasa dengan hadis Rasul SAW yang menekankan kepentingan hati ; dalam satu tubuh terdapat seketul daging yang mana baik daging itu, baiklah seluruh tubuh, jika buruk daging itu, buruklah seluruh tubuh itu. Cinta yang dari hati benar-benar dimanifestasi melalui mata, telinga, tangan dan kaki. Hebatnya cinta sehingga apa yang orang yang dicintai lakukan kita berasa senang dan mahu mengikutinya.
Saya bukanlah jenis yang bercinta terlebih dahulu beberapa bulan sebelum saya bernikah. Bekas tunang saya juga terlalu asing bagi saya. Saya sukar meluahkan perasaan sayang dan cinta kerana memang perasaan itu tiada. Ya, TIADA. Bagaimana saya mempunyai perasaan cinta dan sayang pada orang yang saya tidak pernah berbual, tidak saling berjumpa apatah lagi saling berkongsi pandangan?
Ajaibnya cinta ini setiap kali saya secara rasmi bergelar isteri dan bekas tunang saya bergelar suami. Cinta ini semakin hari semakin bertambah yang kuantitinya saya anggarkan dengan perasaan hati. Cinta ini menjadikan suami saya seorang yang sentiasa segak dan tampan setiap hari. Cinta ini menjadikan suami saya seorang yang sentiasa gagah dan rajin. Cinta inilah yang menjadikan semua impian saya terhadap suami saya menjadi kenyataan.
Cinta inilah yang menjadikan setiap apa yang suami saya lakukan untuk saya adalah yang paling istimewa untuk saya. Allahu Akbar wa Lillahil hamdu.
Sokongan Kehidupan
Bagaimana saya tidak mencintai lelaki ini? Lelaki yang menjadi cinta saya setelah Allah dan Rasul. Kalau pepatah famous menyatakan kejayaan seorang lelaki dibelakangnya terdapat seorang perempuan, bagi saya adalah terbalik. My precious support system is my husband. (Owh, saya menangis ketika menulis ayat ini).
Suami adalah anugerah terbesar yang Allah berikan kepada saya. Dan tentulah suami yang beriman lebih-lebih lagi. Dialah yang bersusah-payah membawa saya ke klinik dan hospital ketika saya sakit. Dialah yang menyediakan makanan untuk saya ketika saya oncall atau tidak sempat langsung untuk makan. Dialah yang menyediakan pakaian, tempat tinggal dan orang-orang yang paling baik untuk saya tinggal bersama. Dialah yang memarahi saya kerana asyik menangis setiap kali saya pulang dari kerja dek kerana sedih teruknya penangan kerja. Yelah, asyik menangis tanda tidak bersyukur dan putus asa sedangkan Mu'min sentiasa melihat kehidupan dengan pandangan yang lebih baik!
Benarlah, betapa hadis Rasul SAW begitu bermakna bagi saya ; jika aku boleh memerintah seseorang untuk sujud pada manusia, akan ku arahkan para isteri sujud kepada para suami.

(tulisan ini disambung semula pada ketika usia perkahwinan mencecah 12 tahun dengan 4 orang anak lelaki, dengan tujuan tidak mahu terus menyimpan draft tulisan)
Melihat kembali apa yang ditulis ketika awal perkahwinan, perasaan bersyukur walaupun pada ketika menulis itu kurang matang dan kurang pengalaman, namun ada peringatan untuk diri sendiri yang bergelar isteri.
Ya, cintaku selepas Allah dan Rasul.
Cinta yang terikat dengan Mithaqan Ghaliza (ikatan yang kuat).
Telah banyak asam garam yang telah dilalui, duka-gembira-sedih dan takut, semuanya telah dilalui selama 12 tahun ini. Terlalu banyak untuk diceritakan di sini. Namun biarlah ia menjadi kenangan dan ingatan kami (keluarga kecil) ini sendiri. Inikan ladang akhiratku?
InshaAllah, agar kita semua, sekeluarga, dikumpulkan di dalam Syurga. Masuk Syurga sekeluarga. Ameen.
Wallahu'alam.
Ummu Fauzaan
Kedah - Penang - Kuala Lumpur
Comments