Pertama-tamanya, ucapan penghargaan buat semua staf Hospital Baling, terutamanya Pengarah - Dr. Jazari, Penolong Pegawai - Cik Nadzirah, Ketua Jabatan Kecemasan - Dr. Ariff, MOs - Dr. Chew, Dr. Pubalan, Dr. Karthi, Dr. Hafizah, MAs - Hj. Ahmad, En. Samsudin, En. Zamudi, En. Nurul, En. Safari, Staff Nurses - Kak Syakinah, Kak Zaitun, Kak Fatimah dan lain-lain. Maaf jika ada nama yang tidak tercatat.
Hari pertama ke Hospital Baling, terus sahaja saya dan Huda ke Pejabat Pentadbiran. Sempat juga berhenti di depan plan hospital sebelum ke sana kerana satu-satunya tempat yang pernah saya pergi sebelum ini hanyalah Klinik Pesakit Luar. Borang permohonan yang disediakan Kementerian Kesihatan telah diisi beserta beberapa salinan dokumen yang lain menyebabkan saya terasa seolah-olah membuat permohonan kerja pula. Ya, kerja tambahan tanpa gaji. *sigh*
Setibanya di Pejabat Pentadbiran, kami diminta bertemu dahulu dengan seorang penolong pegawai pentadbiran, Cik Nadzirah. Menurut beliau, inilah kali pertama pelajar perubatan membuat permohonan untuk Posting Elektif (Attachment) di Hospital Baling dan memerlukan kelulusan dari Pengarah Hospital. Tambahan lagi, pihak hospital tidak mendapat maklumat awal dari universiti tempat kami belajar. Hanya surat perakuan dari universiti tidak memadai. (You know O medical student of Tanta University that Dr. Mohsin will never do that..) Lebih malang lagi, Pengarah tidak ada di pejabat atas beberapa urusan maka kami tidak dapat memulakan attachment pada hari yang sama. Rancangnya memang mahu memulakannya pada minggu depan, memandangkan hari itu adalah hari terakhir untuk minggu tersebut, maka kebenaran hanya dapat diberikan pada minggu hadapan. Maka kamipun berbasikal pulang setelah meninggalkan nombor untuk dihubungi.
Hari pertama minggu berikutnya, saya menerima panggilan untuk datang ke pejabat untuk bertemu Pengarah dan mendapat kebenaran membuat attachment. Hati sudah berbunga-bunga tetapi sedikit berdebar-debar kerana kemungkinan besar akan ditempatkan di Bahagian Kecemasan. Terus ke pejabat, bertemu Cik Nadzirah semula (yang saya mula mengesyaki bahawa dia adalah rakan sekelas saya semasa di sekolah rendah setelah mengetahui dia sama umur dengan saya, he he..) dan diarah ke bilik Pengarah. Mungkin sekadar untuk mengenali kami, beliau bertanya beberapa perkara sambil memberikan satu ekspresi yang saya ingat hingga kini, "Orang Baling pun pandai-pandai jugak eh?" Ha ha. Tiada komen.
Tanpa sebarang pengenalan atau surat pengesahan, kami terus sahaja ke Bahagian Kecemasan untuk bertemu ketua Jabatan, Dr. Ariff tetapi beliau diganti oleh En. Samsudin untuk sesi briefing kami. Briefing yang begitu ringkas tentang Zon Hijau, Kuning dan Merah (Zon Resusitasi), En. Samsudin tidak tahu apa lagi untuk diberitahu dan kami juga tidak tahu apa yang hendak ditanya. Suasana sekeliling yang penuh dengan ubat-ubatan dan alat-alat medikal yang tidak dikenali menyinggah tubir mata sambil menyedari bahawa memerlukan masa untuk belajar semua perkara. Ya, saya ada 2 minggu untuk mengetahui semuanya! (yang Pengarah katakan tidak cukup itu..)
Zon Merah |
Zon Kuning |
Sambil memperkenalkan diri sebagai pelajar perubatan Tahun 4 yang tidak tahu apa-apa kemahiran langsung dan secara automatik dikenali hanya dengan tudung (tengok tudunglah nak tahu belajar kat mana - En. Samsudin), kami sempat membaca warna pembahagian sisa buangan perubatan, mengenali sedikit sebanyak sistem hospital Malaysia dan membandingkan fasiliti yang terdapat di sini. Walaupun penuh kekurangan, tetap menandingi Jabatan Kecemasan di Hospital Universiti Tanta yang pernah saya masuki untuk mengambil kes Forensik. Saya belajar erti syukur disitu..
Unit Khas Pembersihan Hospital |
Katil Resusitasi |
More flow needs lesser number. |
Troli Kecemasan |
Semua staf nurse dan MA serta MO begitu cekap melakukan tugas. Mereka sangat tenang dan rilek dan kelihatan telah mengetahui apa sahaja yang perlu dilakukan. Memang saya perlu mengurus emosi dan saya banyak belajar dari mereka. Inilah pertama kali saya melihat dilated pupil dan very cold extremities. Akhirnya setelah kesemua tenaga dicurahkan dalam masa 30 minit, keluarga kes dipanggil untuk mengumumkan waktu kematian. Hati saya kosong. Tidak tahu pilihan perasaan. Dan surah Yaasin berkumandang di seluruh Jabatan.
Hari pertama kami beginilah. Agak terkejut kerana sudah menerima kes seperti ini. Me myself feeling so helpless. Even untuk ambil certain apparatus pun tidak dapat menolong kerana kurangnya mengetahui nama-nama alat dan penggunaan shortforms. Sangat teruk.
Kes ini juga menyebabkan saya mengambil berat dextrostix level. Soalan pertama Dr. Ariff pada hari itu ; Causes of loss of conciousness atau LOC. Soalan kedua ; level of glucose that can cause hypoglycemic shock. Kedua-duanya tidak dapat dijawab dengan baik kerana ketika itu tidak tahu apa itu dextrostix! He he.
Banyak penerangan disampaikan oleh MA dan Staf Nurse kerana para doktor sangat sibuk dengan urusan wad dan sebagainya. Kadang-kadang tidak ada doktor di Jabatan Kecemasan kerana doktor on-call itu jugalah yang in-charge wad pesakit dalam (in-patient). Di hospital-hospital daerah seperti hospital Baling tidak ada House Officer (HO) atau di Mesir dikenali sebagai Resident kerana hospital daerah bukanlah hospital yang dipilih untuk menjalani housemenship. Teringat kata-kata Dr. Ariff kepada semua MA, "Kamu semua kena ajar depa ni baik-baik. Nanti depa jadi ketua hampa semua jugak.." Kami hanya tersenyum. Lambat lagi menunggu 10 tahun. He he.
Waktu-waktu akhir hari itu, kami diajak oleh En. Samsudin dan Dr. Ariff menikmati jamuan terakhir sebelum Ramadhan tiba. Katanya semua staf kecemasan dijemput. Mungkin kerana tidak mahu kami rasa terasing (yang sememangnya kami patut rasa begitu kerana bukan staf tetap hospital ini), kami diajak dengan begitu bersungguh-sungguh. Tambahan lagi kes meninggal di depan mata buat pertama kali, semua orang pasti akan bercampur-baur perasaan.
Begitulah panjangnya kisah sehari saya dan Huda di Hospital Baling ketika cuti musim panas tempoh hari. Ini belum kisah-kisah selepas ini dengan kehadiran student MA yang sangat terer, kes open book, melihat stitch to open dan sebagainya. Menambah semangat saya untuk terus belajar perubatan! Malangnya, hanya beberapa gambar yang sempat diambil kerana saya perlu juga menjaga maruah pesakit.
Mungkin, jika ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi. Jika diizinkan Allah.
Wallahu'alam bissowab..
Comments
Pcik hypoglycemic tu bukan dia keluar dari kolam, then jatuh rebah ke? Haha, history contradicted nih :P
"Org Baling pandai-pandai jugak eh?"
Apa, ingt lekeh sgt ke org Baling ha? Org Baling yg teror2 sume dok luar Baling.. X caya tgk kat Tanta ni :)
sian dkt Baling tu...
xpe, nnt de 2org pakar berbakti dkt situ kan..
insyaAllah :P
Xalama lg akan ada Kolej Uni Insaniah kat Baling.. haa bleh la gheja dekat2 umah jaa ^__^
Sy pelajar perubatan juga, & nak buat Elective di Hospital Baling tapi tak tau nak contact sapa di situ. Sy org Baling jugak. So saya try google "hospital Baling" dan terjumpa blog ni.
Sy sgt perlukan pertolongan saudari kalau saudari ada sapa2 yg sy boleh contact di Hospital Baling?
maaf sangat-sangat Rasyidan. tak perasan ada komen terbaru dalam post ni.
saya rasa better pergi sendiri ke pejabat Hospital Baling dan serah borang elektif dari KKM. saya pun buat macam tu sebab biasanya sebarang maklumat yang online tentang Hospital Baling kurang diupdate.
thats the only choice I could suggest. really sorry..