Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

12 May 2009

Arigato! Syukran! Thank You! Terima Kasih!

Asy-Syukru Lillah..

Biasanya begitu jawapan arab Mesir bila kita mengucapkan 'terima kasih' kepada mereka.

Benar, pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah, sangat-sangat bersyukur kerana Dia memberikan ummi terbaik untuk saya sehingga saya rasa tidak ada kata-kata yang sesuai untuk digambarkan.

Benar, setiap orang memiliki ibu yang terbaik bagi mereka. Begitu juga saya. Ibu adalah insan paling istimewa di hati setiap orang. Tetapi bagaimana istimewanya itu?

Let me tell you how special is my mother that I wonder if I can be like her one day..



Ismuha, Kamaliah (Kesempurnaan)..

Ummi saya dilahirkan pada 17 Oktober 1960 di Johor. Bersekolah agama di Johor dan merupakan batch pertama perempuan di MRSM Seremban. Merupakan satu-satunya wanita yang memakai tudung semasa di sekolah menengah. Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Major dalam bidang Fizik dan Matematik.

Pernah mencuba untuk bidang perubatan, tetapi akhirnya kerana takutkan mayat, meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan seterusnya menjadi seorang guru. (Dulu-dulu, sape nak amik Medic kena tengok mayat!)

Kini sudah bergelar Penolong Kanan Satu di Sek. Men. Keb. Jerai, Baling, Kedah dan seorang isteri kepada Ahmad Sani, seorang ummi kepada 4 orang anak perempuan yang ganas-ganas dan seorang anak lelaki yang suka main game. he he he

Ummi saya seorang yang sabar. Ya, kesabarannya adalah tahap maksimum. Saya dan adik-adik dahulu bukanlah kanak-kanak biasa. Pengamuk dan penyepah terbesar dalam rumah. Bukan sekadar menyepah barang-barang mainan, habis kerusi ruang tamu, meja dan katil ditunggangterbalikkan menjadi bahan mainan ala-ala rancangan 'Pintar Pintas' di TV1. Besen, cawan-cawan dan raga pasar di dapur semuanya dikeluarkan buat membina 'pasar' dan main jual-jual. Dinding rumah, jangan ditoleh. Saya dapat mengagak ummi pasti rasa malu bilamana tetamu datang bertandang kerana pelbagai cap tapak tangan dan lukisan krayon bertempel hanya di bahagian bawah dinding. (banyak hasil tangan Huda yang suka lukis orang senget-senget, hi hi hi).

Lagi, anak-anak perempuannya suka bergaduh dan menjerit-jerit. Bukan sekadar bergaduh yang biasa-biasa, bahkan bertumbuk dan bercakaran hingga berdarah! (Astagfirullah, itu kerja saya dulu-dulu, jealous dengan Huda selalu..he he he)

Andaikata ada gambar, pasti saya letakkan di sini. Malangnya, gambar dan pita rakaman video zaman kecil-kecil saya hampir kesemuanya musnah dek banjir besar di Baling pada tahun 2003.

Gambar yang selamat, dengan anak saudara pengasuh..

Maryam Kamilah dan Muhammad Nuruddin, x ingat berapa tahun..

Zaman kecil-kecil saya banyak di dalam rumah. Saya tidak dibiasakan untuk keluar bermain-main melainkan untuk ke sekolah, tempat mengaji dan shopping. Mungkin kerana suasana bandaraya (ketika itu saya sekeluarga tinggal di Bayan Baru, Pulau Pinang) yang terlalu mendidik budaya bebas yang keterlaluan. Kerana itu, entah berapa level game 'Rayman' yang telah saya dan adik-adik habiskan sambil berdoa-doa! he he he

Saya adalah anak yang paling 'rapuh' antara adik-beradik saya. Sayalah anak yang pernah muntah keluar dari hidung semasa kecil, yang setiap bulan ditimpa asthma, mempunyai kulat di kepala dan yang pertama sekali menghidap campak hingga berjangkit kepada adik-adik yang lain. Bayangkan, betapa sabarnya ummi saya ketika itu mengambil berat kesihatan saya yang menghidap campak paling lama; 3 minggu! Malah sayalah anak yang paling degil untuk pergi mandi, membasuh lampin adik, menyidai pakaian dan menghayun buaian. Pernah saya mengamuk dalam diam; memicit ubat gigi di bilik air semata-mata menulis 'Una Benci Ummi' di lantai. Tak sempat menulis 'Ummi', ubat gigi habis dan saya gantikan dengan syampu. Malangnya, syampu larut dalam air..

Maafkan Una, Ummi..

Andai disenaraikan kesemua kesabaran ummi, pasti berjela-jela post kali ini. he he he

Kesabaran ummi saya bukan hanya diam tidak bermakna. Sebatan hanger, rotan begitu juga cubitan membiru pernah hinggap di tubuh saya. Hukuman untuk perbuatan jahat. Dan itulah yang mendidik peribadi saya.

Ummi saya juga istimewa dengan hobinya yang sangat suka membaca menjadikan saya terjangkit dengan hobi yang satu ini. Bukan sebarang bacaan di wujudkan dalam rumah, hanya novel yang pernah mendapat anugerah sastera, novel fiksyen dan novel misteri yang mendapat tempat di perpustakaan keluarga ini. Itu belum dicampur dengan majalah dan buku dari koleksi ayah saya yang penuh 5 tingkat rak; National Geography, Time, Perajurit, PC dan beberapa lagi yang tak pernah saya sentuh.

Membaca meningkatkan pengetahuan. Ya, benar. Tetapi membaca bagi ummi saya adalah untuk mendapat tahu lantas melakukannya. Membaca meningkatkan faham, maka faham meningkatkan amal.

Teringat satu quote seorang pemerintah (tak ingat King Henry atau orang lain) yang berbunyi,"Jika seseorang itu mampu melakukan kesemua perkara yang terdapat dalam sebuah buku, maka dia boleh memerintah dunia.."

Kerana itu, Rasul S.A.W. merupakan pemimpin dunia dan umat manusia. Bukankah akhlak Baginda adalah akhlak Al-Qur'an?

Belum boleh menandingi koleksi ASnK Library..

Ummi sayalah orang pertama yang mengajarkan saya banyak falsafah-falsafah hidup. Terutamanya falsafah Islam. Walaupun pada mulanya saya tidak faham (atau mungkin tidak mahu faham..), semakin saya menghadapi dunia sebenar dan saya keluar menghadapi masyarakat, barulah saya sedari kebenaran dan keindahan Islam yang cuba ummi sampaikan pada saya. Ummi jugalah yang mengajar saya bagaimana melihat dunia dengan pandangan iman..

Kini, saya mula memahami bahawa semua amal, tak kira di mana atau apa pekerjaan sekalipun, mesti letak redha Allah di hadapan, tiada tempat hawa nafsu walau sedikit pun walau celah mana pun!

Ummi jugalah yang menjadi contoh terbaik dalam urusan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tiada istilah couple mahupun bercinta sebelum berkahwin. Prinsip ummi jelas. Jodoh dan kahwin Allah yang susunkan, tak perlu risau. Dan anak-anaknya perlu habiskan pengajian sebelum berkahwin. Tak pernah ditanya, sudah ada boyfriend? Ada kawan lelaki? Ada suka kat sapa-sapa?
(teringat do'a hebat ummi, "Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang dapat mengekalkan aku dalam IMAN..)

Dan ummi adalah contoh isteri paling hebat dan taat di mata saya. Bertuah ayah mempunyai isteri macam ummi, he he he. Masakan yang bertaraf 5 bintang, pengemas rumah terbaik plus pemberi pandangan paling ideal. Bahkan ummilah yang menjahitkan baju sekolah kami adik beradik, baju raya (sebab itu hingga kini kami adik-beradik mempunyai baju raya yang satu corak!), beg (beg mengaji saya ummi jahitkan, sangat terharu!) dan pelbagai kelengkapan rumah (sarung kusyen, bantal dan tilam!).

The Women of Ahmad Sani

Walaupun ummi sangat suka bercakap berbanding menulis (barangkali kerana profesion seorang guru..), ummi telah berjaya menjadi teman sembang dan luahan saya. Di zaman sekarang ini, agak mustahil untuk memahami jiwa remaja, tetapi tidak bagi ummi saya. Dialah yang banyak menyedarkan saya, bahkan jika melakukan kesalahan (terutamanya bila sudah remaja), ummi tidak lagi marah dan rotan seperti dahulu. Teringat ketika saya bertumbuk dengan kawan sebilik saya. Saya mengadu pada ummi saya bahawa peristiwa itu adalah kerana kesalahan dia, tetapi ummi dengan tenang menjawab dalam telefon, "Una tahu tak, kalau una buat benda macam ni, una tak boleh lupa sampai mati tau!". Dan benar, saya tak boleh melupakannya!

(darah Bugis ko kuat sangat, cuba kawal sikit - pesan ummi..he he he)


Saya ke MATRI juga kerana susunan ummi dan ayah (walaupun saya sudahpun menerima tawaran ke SMSAH),
Saya ke Darul Quran juga kerana saranan ummi dan ayah (pada mulanya ummi tak bagi, tapi saya kelihatan sangat bermalas-malasan di rumah selepas SPM, maka keputusan ini di ambil..),
Dan saya ke Mesir juga kerana saranan ummi dan ayah saya..

Dengan harapan saya dan Huda menjadi doktor pakar wanita yang bakal berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh TAQWA..

Di saat ini dan masa ini, keberadaan saya di Mesir juga adalah atas do'a ummi saya yang sangat kuat. Juga mengambil bidang ini juga hasil do'a ummi saya. Pemergian saya bukan sekadar dengan bekalan makanan dari Malaysia, tetapi secara psikologi, ummi menyuruh saya memakai baju dan tudungnya (biasanya saya akan meminjam baju dan tudung ummi kerana semuanya cantik-cantik, hi hi hi) supaya saya sentiasa ingat padanya. Aduh, rasa rindu ini, membuatkan saya ingin menitiskan air mata!

Baru-baru ini ummi saya memulakan penulisannya yang pertama di alam maya. Demi anak-anak jauh di perantauan agaknya. Sukar bersua muka, tak cukup hanya ber'webcam' dan ber'ym', maka ditulisnya sesuatu untuk kami, buat renungan dan peringatan..


Saya sedar, walaupun saya bukan anak yang baik, tetapi ummi dan ayah telah berjaya menunjukkan saya betapa pentingnya mereka dalam pembentukan peribadi Muslim. Bukan sekolah, bukan kawan-kawan. Tambahan lagi, institusi keluarga adalah cara pertama dan utama dalam menangani masalah remaja yang semakin berleluasa. Musnah kelurga, musnah remaja!

Khusus buat ummiku sayang,
Una berusaha untuk jadi anak solehah,
Kerana Una sedar,
Doa anak yang soleh sahaja yang boleh dibawa ke kubur,
Bukan harta, bukan pangkat dan bukan darjat,
Ummi teruskan ya mendoakan Una dan Uda,
Agar terus tetap dalam Iman dan Islam,
Dan kita semua akan dikumpulkan dalam syurga sekali lagi..

Ameen Ya Rabb, Taqabbal Du'aana,

Al-Jannah Tahta Aqdaam Al-Ummahaat..

Syukran Ya Ummi, Wahisytini Awi! Maafkan atas segala kekasaran una dan tindakan una yang pernah menyakitkan hati ummi,

Maafkan juga atas kemalasan yang masih belum mampu ditangani..hu hu hu..

Wallahu'alam..

3 responds:

hood@sunny said...

huhuuuhuhuu, terharu...
byknye mention nama HUDA.. adess~

setiap org melihat ibunya lah yg terbaik..

tp ummi pernah pesan..
"Korang kene jadi lebih baik dari ummi ngn ayah!!"

Betapa besarnya tanggungjawab itu...huhuhuhu..

rabbuna yusahhil i-allah
bulatkan tekad,jernihkan niat..

janas said...

eii asal boh gambar tue??..
boh laa gamba comel2 sket ke

Husna Sani said...

gambar apa?
yg gambar masa kecik2 tu je yg ada..
abes nk letak gambar ape?