VT : Siapa Mereka?



VT Edisi Softcopy boleh dibaca di website Hilal DI SINI

Assalamu'alaikum w.b.t.

Subhanallah, Alhamdulillah,
Di celah kesibukan exam final, alhamdulillah ana sempat habis membaca VT, tahu kenapa?

pernah membaca novel Faisal Tehrani yang mendapat Hadiah Sastera; KOMBAT 1511?

tidak keterlaluan kalau ana katakan novel VT setanding dengannya..



ana tidaklah pandai memberi review yang baik seperti Dr Amida, sekadar menjadi pembaca biasa yang sering membuat perbandingan untuk bahan bacaan terbaik..

kalau KOMBAT 1511 ana lebih cenderung untuk rujukan-rujukan ilmiah dan falsafah,
VT pula adalah sebuah novel yang sarat dengan pancaran-pancaran kegigihan, keikhlasan, kesedaran dan yang terutama KEIMANAN yang cuba ana serap..

namun, VT masih tidak mampu menandingi KOMBAT 1511 kerana kekurangan kosa kata dan kajian yang hanya terbatas dalam lingkungan bola tampar, kehidupan di sekolah dan pengalaman penulis sendiri (kalau ana x silap)

tapi, kekurangan ini sebenarnya ada potensi sendiri,
kosa kata yang mudah, jalan cerita yang sederhana tetapi menarik (lebih praktikal dan tidak terlalu futuristik seperti KOMBAT 1511) menjadikan VT lebih kuat dari aspek itu,

yang terlalu menyentuh hati ana;

sukan itu ibadah? mesej yang dibawa oleh VT sebenarnya agak mustahil dibawa oleh mereka yang tidak benar-benar memahami Islam secara praktikal, bagi mereka yang tidak tahu, mana mungkin ada pasukan bola tampar sekolah yang berqiamullail, berusrah, membaca ma'thurat menjadi wajib, di samping berlatih bola dengan penuh kesungguhan? mereka terlalu sibuk untuk itu!

jurulatih (yang juga bekas pelajar MATRI) terlalu dedikasi dan sangat proaktif membuatkan ana tertanya-tanya; benarkah ada manusia seperti ini? bagaimana melahirkan manusia seperti ini?

bola tampar diterangkan sebegitu rupa hingga ana yang tidak pernah tahu tentang sukan ini mampu membayangkan dig, fast, open seolah-olah ana sedang menontonnya!

kata-kata motivasi (samada dalam fikiran ataupun yang diluahkan), metafora alam dan 'perasaan-perasaan' bola kesemuanya terlalu terkena, terlalu membina dan sesuai dengan situasi! hampir separuh dari novel ini membuat ana ketawa, bukan kerana lawak, tetapi gaya pemikiran yang pelbagai membuatkan ana ingin tahu respons dan respons pula tidak dapat dijangka!

kehidupan pelajar MATRI yang penuh ketenangan di sebalik pelbagai ujian dan kepayahan menarik ana mengimbau kenangan semasa di sana, rindu datang semula..

watak utamanya tidak diperkenalkan dengan mempunyai peribadi yang sempurna, tetapi kesemua watak menyumbang kesempurnaan VT, aplikasi takmil wa istikmal, mereka bahkan seolah-olah berperang dengan jahiliyah; penuh serius dan sangat berusaha!

novel ini terlalu praktikal, adakah ia suatu kisah benar? (memandangkan hampir kesemua watak sebenarnya wujud, bukan?)

ana pernah tahu Rasul s.a.w. pernah melakar sesuatu di tanah tapi ana tidak pernah tahu secara detail apa yang Baginda lukiskan, sangat menarik!



mungkin ana sedikit 'bias' dalam memberi pandangan kerana Hilal -bekas pelajar MATRI- yang menulisnya,
tetapi ana yang pernah mengikuti hasil penulisannya sebelum ini melihat VT sebagai suatu perubahan dalam penulisan,
jalan cerita yang tidak meleret-leret, perkembangan watak yang menarik dan penuh kejutan, pengenalan kepada hakikat-hakikat Iman dan Islam dalam kehidupan dan penuh kesederhanaan..

apa yang pasti, VT berlainan dengan novel remaja yang lain, lain dari Ayat-ayat Cinta Habiburrahman, mungkin falsafahnya sama dengan KOMBAT 1511, namun VT ada kekuatan sendiri,

perkembangan yang baik, teruskan menulis lagi ya Hilal Asyraf?
bak kata Faiz; enta mesti jadi matahari,
dan matahari hanya padam ketika kiamat..

Berusaha untuk membaca Langit Ilahi, Wallahu'alam.

(VT adalah singkatan kata dari Volleyball Team, Pasukan Bola Tampar)

Comments