Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

16 February 2009

It's Tanta Fast Food Time!

Bayangkan, status anda sekarang ialah; seorang mahasiswa/i Mesir, boleh berbahasa arab 'ammi yang boleh difahami oleh orang arab Mesir walaupun tidak berapa fasih, mempunyai kredit hp yang optimum, mempunyai status kewangan yang agak mantap (ada tajaan/kaya) tetapi di rumah yang sedang anda diami tidak mempunyai sebarang makanan segera (maggi, puding kastard etc) mahupun bahan-bahan basah (daging, ayam, ikan etc). What your first thought? Jangan lupa, anda di Mesir sekarang. Tiada gerai nasi lemak atau roti canai di waktu pagi apatah lagi gerai goreng pisang dan kuih muih di petang hari. Jauh sekali restoran Sup Gear Box atau restoran Payung Besar..



'Our' (my housemates and i) first thought is AMTAI (stands for Anak Malaysia, Thailand dan Indonesia). The famous restaurant among Tanta medical students. Serves delicious Nasi Goreng Mutiara, Pattaya, Kampung and more. But, lately, we prefer other alternatives. Yeah, fast food delivery! What so artherosclerotic choice!

Anyway, just to tell the truth. Walaupun agak mahal, delivery ni lebih murah dari Malaysia. Tambah-tambah lagi bila menunya mostly pizza. So, let me story them one by one..

COOK DOOR

The most expensive one. Sedap memang sedap. Tapi duit sedikit kopak. Pizzanya pun sangat 'well served'. Lebih suka yang sedap dan bernilai sederhana.
Restoran fast food ini mempunyai rangkaiannya yang agak luas. Juga terdapat di Tanta (walaupun orang kata kampung, kira ada jugakla..), Mansurah (if i'm not mistaken) dan juga Cairo. Menyediakan pelbagai pizza, sandwiches (syawerma, shish tawwok etc) dan tak ketinggalan, burger.

Harga sekitar 15 genih hingga 32 genih (whoa) terutamanya yang ada makanan laut. Iklannye agak menarik dan sangat 'fancy'. Tapi mahal la. Nak makan selalu tu mintak maafla..

Dan untuk mereka yang inginkan nasi ala-ala beriani, ada, cuma agak sikit (bagi saya tak cukup, he he he) beserta koftah (daging hancur yang dipanggang) dan firakh masywi (ayam bakar) tanpa tulang. Sangat sedap! (First time try masa Ustaz Isahak belanja..)




Cook door delivery: 16999




KETCHUP

Ketchup khidmah tawseel: 327 4647

Antara restoran yang tak berapa famous kat bandar-bandar besar macam Cairo. Pertama kali saya ke mat'am ini, saya mengagak hidangannya agak menepati cita rasa masyarakat Arab Tanta apabila melihat mat'am Ketchup ini dipenuhi oleh mereka. Tempatnya agak kecil dan padat, tapi menjadi tanda tanya apabila mat'am Apples di sebelahnya yang lebih luas dan tak padat tidak mendapat sambutan hebat seperti di sini. Akhirnya, saya tidak jadi ke sana kerana kebisingan Arab yang agak mengganggu dan memberi tekanan.. (he he he)

Namun begitu, delivery juga tidak pernah. Tapi, alang dah boleh cakap arab 'ammi yang boleh difahami, dah takde masalah. He he he.. Tiada komen untuk rasa dan service.

Iklannya agak menarik saya dengan graphic dan layout yang kreatif. Tapi, disebabkan tidak pernah merasainya, maka tiada komen untuk 'service' ini. Harganya sekitar 10-32 genih. Sayangnya tidak menyediakan menu pizza. Hanya sandwiches dan beberapa side meals. Wajar diletakkan tempat kedua selepas Cookdoor berdasarkan harganya. Jadi dua sebab kenapa tidak memilih Ketchup; satu, tiada jaminan rendah kolesterol, kedua, mahal..

Terbaru (mengikut kertas iklan, tak pasti sejak bila..), ketchup telah membuka cawangannya di Mahalla Kubra, satu tempat yang terletak antara Tanta dan Mansurah tapi Tanta tetap yang pertama..

WICH EL-TAYBEEN

Walk-in Delivery (ha ha ha): 3273723

Pilihan kami yang kali ke berapa tah, saje-saje nak tukar selera di restoran yang lain. Rupa-rupanya abang yang menghantarnya hanya berjalan kaki! Sudahla restorannya 2.5 kilometer jauh dari rumah kami (jauh sangat ke?).

Pizza dari restauran ini nampaknya yang paling murah di antara semua. Namun, bagi sesiapa yang mementingkan rasa pizza yang lebih sedap, Wich bukanlah pilihan yang baik. Kurang sedap berbanding Cook Door (mestila..) dan Apples (yang pernah saya rasa..).

MO'MEN

SMS Delivery? 16600, sorry, never try it before..

Apa yang paling saya suka tentang Mo'men ialah aiskrimnya yang lembut tapi malangnya hanya di tempat kedua selepas aiskrim 'soft' Sweet Misr. Alasannya, di Mo'men hanya ada dua perisa; vanilla dan coklat sedangkan di Sweet Misr, aiskrimnya boleh dipilih dengan 3 perisa (bahkan boleh dicampur!); farawlah (strawberry), coklat, tuffah (apple), halib (susu/vanilla) dan campuran halib dengan perisa-perisa tadi. Tambah lagi, aiskrim Sweet Misr lebih besar walaupun harganya sama; LE2. Kalau ada kesempatan, saya akan tunjukkan aiskrim-aiskrim tersebut, he he he.

Mo'men baru sahaja melancarkan produk terbaru (ye ke?) yang diberi nama Burrito. Konon-konon hendak mencuba (terpengaruh dengan iklan tv arab..), Fazilah membelanja kami serumah dengan Burrito spicy punya! Saya hampir menangis kerana Burritonya betul-betul (sangat-sangat spicy) membuatkan saya menangis! Sangat pedas maksudnya.. Yang pasti tidaklah terlalu sedap seperti yang dikomersialkan..

FYI (baru belajar perkataan ni dari Huda..), Mo'men 'belum' lagi menyediakan sajian pizza apatah lagi nasi. Saya juga hairan, mengapa Mo'men terlalu famous di kalangan orang-orang Arab. Mungkin kerana namanya..

PIZZA STATION

Pertama kali kami (saya dan Najah) melihat iklan dari mat'am ini, kami terkejut. Hampir-hampir tak percaya bahawa pizza yang dihidangkan hanya sekita LE6-LE7 sahaja. Apalagi, terus masuk dan memesan. Akhirnya baru menyedari rupa-rupanya sepotong pizza berharga LE6. Berjaya promosi mat'am ni. Haish. Duit sedikit kopak.

Kenangan saya di sini hanya satu. Saya disuruh pakcik cashier supaya menulis komen besar-besar di sebuah kertas majong yang disediakan di situ. Saya tak ingat apa yang saya tulis, tapi yang pasti saya sedikit memuji (kesian, kalau kutuk-kutuk malu..) dengan Arab dan English.

Perkhidmatan dan suasana kedainya bagus. Tapi bagi saya, inilah kali terakhir saya ke situ. Satu sebab jauh (depan sikit dari Fathalla), satu yang terpenting sebab mahal sangat.. Baik makan kat Apple..

APPLE'S

Inilah antara mat'am kegemaran saya dan ahli bait saya. Entah berapa kali kami telah memesan pelbagai sajian di sini. Pizzanya sedap dan lazat, sandawichnya besar (Mozarella nyum nyum, he he he) tapi french friesnya tidaklah sehebat Cook Door yang penuh dengan perencah penambah perisa. Untuk pizza versi makanan laut harganya lebih mahal kerana anda akan mendapati sotong, udang, ikan dan sebagainya dalam pizza tersebut. Cuma, sifat-sifat pengurusan arabnya masih belum hilang jika dibandingkan dengan Cook Door. Agak lambat dan kurang bersih serta kurang teratur.

Apa yang menarik ialah menunya yang terbaru; tentang Gaza. Ada beberapa tapi dalam menu ini. Yang pertama, tidak seperti menu yang sebelumnya, menu kali ini tidak menyediakan tulisan rumi/english (jadi saya tidak tahu menyebutnya dengan betul..). Yang kedua, walaupun menu ini mempunyai sedikit belas kasihan terhadap Gaza, Apple masih menjual air tin Fanta, Pepsi dan sebagainya yang juga merupakan penyumbang utama kemusnahan Gaza. Hairan dan pelik. Cuma baru-baru ini, Apple telah menukar air mineralnya dari Aquafina kepada AQUA. Perlukan masa mungkin..

Kata ahli bait saya, coleslaw di Apples kurang sedap walaupun pada saya biasa sahaja..

HADRA MAUT

Tidaklah maut seperti yang disangka. Saya juga hairan dengan namanya. Sebenarnya banyak lagi istilah-istilah arab yang pada saya tidak sepatutnya berada di tempatnya, tetapi bagi masyarakat Arab istilah tersebut adalah biasa. Begitu juga Hadra Maut yang terkenal di mana-mana sahaja (Cairo, Alex dan Mansoura) menyediakan juadah bertemakan nasi beriani.

Kami se'bait' tidak menempahnya secara tawseel. Cuma pernah beberapa kali ke sana kerana rindukan nasi yang panjang-panjang. Walaupun di situ disediakan pelbagai jenis nasi, yang sering saya tempah hanyalah ruz mandi bi rubu' firakh (mandi tu sejenih nasi..). Itupun cukup besar dan mengenyangkan. Pesanannya juga agak laju (mungkin kerana nasinya yang simple dan mudah untuk disediakan).

Restaurannya agak kecil dan tidak teratur. Tidak keterlaluan jika saya katakan, agak kotor. Itu menjadi satu sebab mengapa saya tidak terlalu kerap ke sana melainkan jika terlalu kepingin. Kotor-kotor pun, sama je dengan mat'am Abou Radhi yang selalu kami tempah burger, kusyari dan hawawsyi. Lebih baik Kookh di belakang gam'ah Tanta je. Cuma terlalu mahal. Membazir rasanya.

**************
Baru-baru ini ternampak iklan sebuah mat'am yang menyediakan ayam goreng bernama 'Wel'atain' (mungkin maksudnya 2 cabai, he he he). Beberapa minggu selepas itu saya, Wani dan Fazilah cuba menjejakinya dan akhiranya ketemu di Syari'e Betrous. Mat'am ini seprti biasa menyediakan delivery dan take away cuma di situ tidak menyediakan tempat duduk untuk makan. Entah mengapa, saya tidak tahu.

Pada mulanya saya tidak menemui ayam goreng dalam senarai menunya (menu kertas x boleh amik..) lantas saya bertanya, rupa-rupanya ada (merujuk kepada gambar yang saya tangkap pada iklan di jalanan itu). Setelah habis 2 set, kami mengakui ayam gorengnya sedap dan mungkin lebih sedap dari KFC Mesir yang lain dari KFC Malaysia. Seronoknya jika set ini dilengkapi kentang putar.

Begitulah kisah perjalanan Fast Food di sekitar Tanta yang pernah saya dan ahli bet saya dan mungkin juga separuh dari warga Tanta yang lain jelajahi. Nasihat saya sebagai bakal doktor (he he he), kurangkanlah makan fast food kerana makanan jenis ini mengundang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan secara kroniknya; obesiti. Sesungguhnya Baginda Rasul S.A.W. tidak suka mereka yang gemuk kerana gemuk mengundang kepada kurangnya amal. Astaghfirullah..

..Wallahu'alam..

3 responds:

janas said...

hoho
ade unsur promosi ke Mesir ke??

Husna Sani said...

ade la sket,
takkan sbb fast food nk dtg mesir kot..?

hood@sunny said...

makan byk, tido byk, ckp byk..
sumenye mengundang kurangnye amal..

islam itulah yg pertengahan~