Jannahku Sayang

Saya memang tidak mahu menulis sebarang post jika target saya untuk mengulangkaji untuk exam akhir tahun ini belum tercapai. Namun, hari ini, saya tidak dapat meneruskan ulangkaji saya. Air mata asyik berlinangan yang tertahan-tahan kerana sudah mula sakit kepala akibat terlalu banyak dan lama menangis.

Adik kedua saya, Nuruljannah Binti Ahmad Sani, yang selalu saya doakan khusus kerana dia seorang adik yang terlalu 'istimewa' kini mempunyai gelaran yang baru. Allahyarhamha Nuruljannah. Allah mengasihinya. Saya mungkin sedikit cemburu. Tetapi ketahuilah bahawa saya terlalu merindui dia! (hampir dua tahun tidak bertemu muka mungkin)

Sejak kebelakangan ini, setiap yang saya tulis di sini sentiasa diuji. Tentang ikhtilat dan couple. Tentang Tanta. Tentang kesatuan. Dan kali ini, saya diuji dengan satu ayat Al-Qur'an yang menjadi moto hidup saya, yang saya letakkan di bahagian atas blog ini. Allah, saya terlalu lemah.

Benar, kehilangan jiwa orang yang tersayang benar-benar menguji saya. Pada saat saya mendapat berita, perit rasanya menahan diri untuk tidak bersangka buruk dengan Allah. Lemah segala urat sendi. Apa yang saya hadapi bagaikan mimpi. Alhamdulillah ada sahabat-sahabat seTanta yang bagaikan adik beradik sendiri satu persatu menunjukkan hikmah yang tak mungkin saya capai seorang diri.

Terima kasih atas do'a dan ucapan semua lewat SMS, ym, ziarah dan panggilan telefon. Terima kasih atas dorongan dan sokongan semua. Terima kasih kerana antum semua menjadi manusia yang dipilih Allah untuk mengubat hati ini dengan kesabaran. Terima kasih ya Allah atas kasih sayangMu yang melimpah ruah sehingga aku tidak mampu menanggungnya dan terasa malu kerana sebenarnya aku bukanlah hamba yang amalannya mampu menarik perhatianMu!

Ya, hari ini, 3 Jun 2010, adik kesayangan saya berpindah ke alam ketiga yang bakal saya rasakan nanti. Saya tahu saya akan berdepan dengan segala kenangan dan memori bersamanya selepas ini. Buku-buku yang dibelinya tempoh hari di Pesta Buku Antarabangsa pasti akan membuatkan saya lebih tidak keruan. Kawan-kawan, doakan saya dan Huda ya. Kami tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk menghadapi semua ini melainkan dengan kekuatan Allah yang memiliki segala kekuatan!

Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub AS yang tercatat di dalam Al-Qur'an. Apa yang saya belajar dari guru 'Aqidah saya di Madrasah Qasid, Baginda sebenarnya ditimpa kesakitan psikologikal dan bukan fizikal, iaitu kesedihan yang amat sangat (massaniya adh-dhur) disebabkan kesemua anak-anaknya dijemput kembali oleh Allah.
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit). (Surah Sod : 41)
Benar, jika saya terus melayan perasaan sedih ini, pasti syaitan akan menghasut pelbagai perasan yang boleh menyebabkan saya tidak waras. Oleh sebab itu, saya memohon do'a dari semua agar saya tidak ditimpa penyakit-penyakit psikologikal yang kesannya lebih parah dari kesakitan fizikal.

Saya mohon juga do'a dari semua agar Allah memberi kekuatan kepada Ummi, Ayah, Huda, Maryam dan Maddin saya. Ummi, ummi sangat kuat dengan kata-kata ummi yang mengingatkan Una dengan ibu-ibu di Gaza yang kehilangan anak-anak mereka hampir setiap hari. Ummi Ayah, kita dahulu diuji dengan banjir, Ayah pernah patah kaki, Ummi kemalangan rempuh gerai dan kini diuji dengan pemergian Jannah. Semoga kita semua kuat untuk menghadapi hari-hari yang berbaki dan terus berusaha untuk berkumpul di syurga bersama-sama nanti. Ameen Ya Rabb.

ALLAH, KUATKANLAH KAMI ! KAMI TIADA KEKUATAN JIWA MAHUPUN FIZIKAL TANPA IZINMU ! ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI JIKA KAMI BERTINDAK DENGAN PERBUATAN YANG TIDAK ENGKAU REDHA..

(Huda menulis lebih detail lagi, saya tidak mampu, hati terlalu rawan..hu~)

P/S: tidak mahu mengungkap memori bersama adik tersayang saya ini kerana saya pasti akan menangis lebih teruk lagi. sudahlah, saya ada exam akhir public health yang banyak hari sabtu ini. saya perlu terus bergerak. saya perlu kembali kepada keadaan normal dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Wallahu'alam. Doakan dengan sungguh-sungguh untuk kami sekeluarga ya! (cuba untuk senyum secara normal..)

Comments

Anonymous said…
insyaAllah una uda!!! kamu sume sgt kuat kuat&tabah! trs kan p'juangan utk kte yg masih hdp ni
Naim said…
krana kak una kuat maka kak una diuji dgn ujian ni.bukan sy,bkn org lain atau mgkin msenye blum tiba.doakn kmai juga spya kuat takkala ujian terhadap kami mndtg kelak.
Anonymous said…
Allahummaghfirlaha warhamha waafihi wa'fuanhaa.. moga terus tabah..
sabarlah.redhalah.wahai sahabat
kerana Allah sedang melihatmu
allah sedang mengujimu
puteri_islah said…
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [AliImran:185]

allhuma tsabih lahuma ya robb,allhuma yuqowwi qulubahuma,allhuma aftah alaihuma..ya karim
Anonymous said…
salam. una, dah lama rasenye mariah tak contct una... mariah terkejut dgr brita tentang jannah...mungkin mariah tak punya kesempatan untuk kenal dgn die...
takziah buat mu ukhti...
terkilan sbb tak dpt ade disisi una sekarang...tp,ALLAH die sentiasa disisi una...lebih dekat dari urat leher una..
moga una diberi kekuatan..mariah tahu una kuat...


-mariah- fdh.aries@gmail.com -
Anonymous said…
salam takziah.moga rohnya dicucuri rahmat&digolongkan dikalangan org2 yg soleh solehah.tabahkan hati&perbanyakkan sedekahkan fatihah pdnya.Allahyarhamah sdg menanti saudara2nya dipintu syurga..
Anonymous said…
Kak Una....
sejujurnya,
ukhuwah akhawat di Tanta ini
membuatkan saye rasa lebih sayang akak2 mcm keluarga sy.

benar. saya tidak serapat adk2 lain di tanta. sy hanya salah satu pelajar tahun satu di antara ratusan pelajar yg lain.

namun,
pemergian allahyarham mampu meluluhkan hati dan membuatkan air mata saya jatuh ke pipi...

mampu juga membuatkan sy berfikir sy harus menangis begini untuk mereka di palestin.

Sesungguhnya benar Allah lebih menyayanginya dan
Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik segala apa yg berlaku.

saya percaya akak tabah.
kak husna dan kak huda kuatkan hati ok?
insyaAllah doa diiring selalu.

-pts-
almuqaddasah said…
akak,smg akak kuat!!!
allah maak!
Munsyi said…
Salam. Dengar berita ni dari wardah. Semoga anti tabah.
soleh said…
moga ALLAH kuatkan kamu...mugkin ad y terbaek buat kamu.....
Safi ArRahman said…
Salam una n uda, insyaA Allah promised her Jannah d akhirat nnti. redha lah walopun pahit. rasa bahagialah dgn ujian walopun perit.

Ana doakan mg antuma sentiasa kuat dengan ujian yg hebat ni.
Laiyyinur Harir said…
salam.
una, Allah tidak akan menimpakan ujian jika hambaNYA tidak mampu menanggungnya. Allah knows better than us. InysaAllah moga Allah beri kekuatan pada una sekeluarga,amin.
=)