Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

30 May 2009

Behind Psychoaficionado

My Draft Collections..hu~

Beberapa halangan untuk terus menulis dalam blog ini walaupun hati menggasak untuk publish..

1. Sedang exam final, lagi 2 subjek. 2 subjek yang perlu dan penting..
2. Belum cukup rujukan dan isi-isi penguat.
3. Belum ada gambar yang sesuai dan happening
4. Termasuk dalam perancangan masa cuti.

..tambahan lagi sebenarnya sedang cuba buat Expandable Post tapi steps sangat banyak dengan hack html dan macam-macam lagi. Susah rupanya mengurus sebuah blog, patutlah sampai ada yang sanggup bayar untuk kemaskini blog. Template yang baik dan sesuai untuk blogger (dan hati saya..hu..) juga belum dijumpai, bukan cerewet, cuma tiada masa untuk explore.

Semoga Allah beri kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi, ameen..

24 May 2009

Books For Holiday

Seronok berada di Mesir. hi hi hi

Semalam, dengan seronoknya saya menjawab subjek oral Parasitology, pengubat kesedihan subjek Pharmacology barangkali. Walaupun tidak mendapat cabutan soalan dan juadah dari pensyarah saya seperti sahabat-sahabat saya yang lain, saya bersyukur. Alhamdulillah, pensyarah saya sendiri memberitahu markah dan alhamdulillah, markah penuh!
Alhamdulillah. Allah sangat baik!
Habis 2 subjek terawal tahun 3 ini saya sedikit lega. Tinggal subjek sedikit ringan; Microbiology dan subjek kedua berat selepas Pharmacology; Pathology. Pun begitu, ruang minda saya telah mengatur beberapa projek (oh, projek?) untuk cuti musim panas ini (dalam bahasa Arab dinamakan Soifi) yang kosong hampir 3 bulan, termasuklah projek menghabiskan koleksi buku-buku yang berbaris di pustaka ultramini saya.
Tak sabar rasanya!


Saya mungkin terlalu lemah untuk membaca buku-buku berbahasa Arab memandangkan saya lebih didedahi dengan Arab 'Ammi, tetapi kadang-kadang kosa katanya banyak membantu saya untuk memahami bahasa syurga ini. Cuma kekurangan dari segi penghayatan barangkali akibat kurangnya tadahan secara terus dari para ulama. Perlu mencari peluang untuk itu.
Dan buku-buku tersebut telah saya bahagikan kepada beberapa kategori;

1. Kategori ringan/novel
Kebanyakannya adalah karya Faisal Tehrani. Bagi saya, beliau adalah penulis yang mempunyai mutu kesusasteraan Islam yang tinggi (uhuk). Jadi, cuti ini, inshaAllah;
- Bedar Sukma Bisu
- Perempuan Anggerik (Koleksi Cerpen)
- Kekasih Sam Po Bo
(Saya sangat menginginkan Surat-surat Perempuan Melayu Johor dari koleksi ASnK, tapi ada orang sedang meminjamnya..)
Kemudia karya Kak Fatimah Syarha; Syabab Musafir Kasih yang saya beli di Pesta Buku, UPSI cuti musim panas tahun lepas.
Lagi, sebagai peminat J. K. Rowling (maaf, jalan cerita dan imaginasinya terlalu sempurna!), saya menunggu masa untuk menyelak Harry Potter and The Deathly Hallows.

2. Kategori Falsafah dan Kesedaran
- Kenapa Aku Meninggalkan Syi'ah? (Syeikh Al-Allamah Dr. Husain Al-Musawi)
- Mengapa Saya Bekerja? (Makcik saya, Endok Sempo Mohd. Tahir)
- Tutuplah Tubuhmu, Ada Yang Melihat! (karya Indonesia yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, dibeli di Lapangan Terbang Kepala Batas sebelum bertolak ke KLIA)
sedikit-sedikit mencuri dari pustaka Huda;
- Gerakan Freemasonry Orientalisme Kristianisasi, Musuh Dalam Menghancurkan Islam
- Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia
- Zionism, Orde Barat Menghancurkan Islam (Hj Mohd Hanif Hj Ismail)
- 12 Langkah Membentuk Manusia Cerdas (Rajendra Kartawiria)
- Minda Muslim Super (Dr. Danial Zainal Abidin)
- Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)

3. Kategori Ultraberat (Buku-buku berbahasa Arab)
- Kaifa Nataghayyar Ma Bianfusina? (Dr. Magdi Al-Hilali - hadiah cabutan bertuah Sambutan Hari Raya Aidil Adha PERUBATAN - buku kecil dan nipis sahaja, mungkin boleh dihabiskan..)
- Al-Iman Awwalan, Fa Kaifa Nabda' Bih? (Dr. Magdi Al-Hilali - hadiah sepupu saya, Hasanah)
- Ad-Daulah Al-'Uthmaniah, 'Awamil An-Nuhudh Wa Asbab As-Suquut (Dr. Muhammad Muhammad As-Salabi - buku paling tebal setakat ini, taklifat sebenarnya..)
- Falestin Bergambar (semacam ensiklopedia yang dibeli di Pesta Buku Kaherah tahun ini)

4. Kategori Ulang Semula (Perlu Baca Semula)
- Remaja Muda Islam dan Cabaran Globalisasi (Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan)
- Langkah Bermula (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
- Keagungan Sabar dan Kemuliaan Syukur (Ibn Qayyim Al-Jauziy)
- 6 Most Important Decisions You'll Ever Make (Sean Covey)

Bila dilihat semula, nampak mustahil untuk membaca kesemua buku-buku ini. Cuti musim panas ketika di tahun 1 dulu pun hanya sempat menghabiskan Keagungan Sabar dan Kemuliaan Syukur, 7 Habits of Highly Effective Teens, Remaja Muda Islam dan Cabaran Globalisasi, Harry Potter and Half Blood Prince dan Jauharah Tauhid (Al-Laqqani). Mungkin ketika itu saya tidak meletakkan target, maka pembacaan tidak begitu serius dan tertangguh-tangguh dengan kerja-kerja lain. Bahkan terlalu banyak masa terbuang.
InshaAllah, tahun ini, tambahan lagi saya tidak pulang ke Malaysia (mungkin ke Syria-Jordan, tapi menunggu result dahulu..), masa seronok ini akan dipenuhi dengan baik.
(sesiapa yang berminat dengan buku-buku ini, boleh pinjam pada saya dan Huda, ada banyak lagi, cuma ada yang dah dibaca dan ada juga yang belum, dan belum menjadi target untuk cuti kali ini..)
"Always read stuff that will make you look good if you die in the middle of it"
Sean Covey.
Sedang mencari kata-kata seorang tokoh yang pernah saya terbaca suatu ketika dulu;
"Orang yang berjaya melakukan semua perkara dalam sebuah buku akan berjaya menakluk dunia!"
Tak ingat di mana, semoga ketemu.
Dan status terkini, sedang cuba menempah buku online dengan memesan Langit Ilahi.
Wahai diri, jangan lupa juga ulangkaji wajib dan intensif untuk 'buku rabbani terbaik' bersama terjemahannya!
Wallahu'alam.

Next post, inshaAllah, I'll write the-must-read-books for all. It's really important for those who just a new comer in this world..he he he (I'm a freshie to this inverted world too!)

...Read more

22 May 2009

To Parents and Agencies, From A Third Year Senior


Bismillahirrahmanirraheem,

Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, ikutan Terbaik, Rasul s.a.w.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Pertama-tamanya, untuk sebarang pertanyaan secara terus, boleh berhubung dengan saya secara terus melalui e-mail saya, reactive_na@yahoo.com , atau id ym saya, kidz_1487 dan inshaAllah saya akan menjawabnya secepat mungkin. Saya mungkin tidak dapat menjawab dalam tempoh tertentu kerana saya sekarang menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Post saya kali ini rasmi mungkin, lebih kepada penjelasan dan pencerahan buat ibu bapa yang mempunyai harapan yang tinggi agar anak-anak memiliki masa depan yang cerah dan memberi nama baik untuk keluarga sebagai seorang doktor.
Juga penjelasan untuk agen-agen yang menghantar pelajar-pelajar ke Mesir, tidak kira yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) atau individu mana sekalipun di Kementerian.
Juga peringatan untuk bakal-bakal pelajar perubatan yang bakal menyertai kelompok pelajar Malaysia Timur Tengah. Berkongsi perasaan dan pengalaman barangkali.
Saya bukanlah antara personal yang mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang kemasukan pelajar ke Mesir, terutamanya Tanta. Tetapi sebagai senior yang hampir menamatkan tahun ketiga di Tanta, Mesir dan telah melihat, merasai dan menguruskan adik-adik junior di sini, perlu rasanya saya berikan penerangan kerana terdapat beberapa agensi masih dilihat kurang menitikberatkan beberapa perkara terutamanya dalam urusan pendaftaran pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi Mesir (KPT Mesir atau lebih dikenali Idarah Wafidin-Sektor Pelajar Asing).
Maklumat Terkini : Universiti Tanta
Pelajar Melayu-Malaysia di Tanta tidak seramai di Mansurah dan Kaherah yang hanya 173 orang. Hingga akhir pengajian sessi 2008/09 ini, hanya 2 orang pelajar di tahun 4, 30 orang di tahun 3 dan yang bakinya di tahun 2 dan 1.
Pelajar-pelajar ini terdiri dari pelbagai agen penghantar dan penajaan iaitu JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), MARA (Majlis Amanah Rakyat), Baitulmal Wilayah Persekutuan, YIK (Yayasan Islam Kelantan), Akademi Quran (AQ), QAS (I don't really know stand for what) dan Medicmesir. Terdapat juga pelajar persendirian atau private, tetapi kemudiannya mendapat tajaan di tahun 2 berdasarkan keputusan di tahun 1.
Kesemua pelajar ini berada dalam Bidang Perubatan Am, Fakulti Perubatan. Tidak ada pelajar Fakulti Pergigian mahupun Farmasi.
Kenapa sedikit sahaja pelajar di hantar ke Universiti Tanta? Jawapannya akan saya ceritakan selepas ini.
Pendaftaran, Perumahan dan Kebajikan
Antara masalah terbesar berkaitan pelajar luar negara terutamanya Mesir adalah 3 perkara di atas terutamanya apabila agen mula menghantar pelajar ke sini. Secara keseluruhannya, kesemua kebajikan pelajar-pelajar adalah kerjasama antara pelajar sendiri terutamanya senior.
Bermula dari tahun 2007, bilamana agen mula menghantar para pelajarnya, urusan pendaftaran mula menjadi rumit. Puncanya apabila permohonan melalui KPT Malaysia diabaikan. Akibatnya, tidak ada fail maklumat pelajar yang dihantar dari KPT Malaysia ke KPT Mesir seterusnya ke Universiti sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Maka Universiti mula mengambil langkah untuk 'membuang' atau 'dismiss' pelajar yang tidak didaftarkan tersebut.
Melihat kepada masalah ini, juga mengambil kira 'keterlanjuran' pelajar yang telah datang ke sini dengan berbagai janji, maka senior mula mengambil langkah dengan menyediakan semula fail maklumat pelajar, dihantar semula kepada KPT Mesir (Idarah Wafidin) melalui Universiti seterusnya menunggu penerimaan KPT Mesir untuk urusan kemasukan ke Universiti.
Hasil campur tangan pihak atasan terutamanya Duta Malaysia ke Mesir, perkara ini selesai.
Persoalannya, di mana peranan KPT Malaysia dalam menentukan standard pelajar yang bakal mengambil perubatan di Timur Tengah? Adakah kesemua pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja boleh mengambil ijazah kedoktoran walaupun SPM tidak langsung menepati piawaian yang ditetapkan oleh KPT Malaysia?
(Perkara di atas pernah berlaku di Universiti Tanta, saya tidak tahu adakah perkara yang sama juga berlaku di Universiti-universiti lain.)
Andaikata kuasa Duta tidak lagi diambil kira, apakah nasib pelajar-pelajar di bawah agensi tersebut? Sepatutnya datang ke universiti untuk belajar, akhirnya dibebani dengan kebimbangan tidak diterima belajar di Universiti.
Selain dari masalah pendaftaran, perumahan adalah aspek kedua terbesar yang kami, sebagai senior telah hadapi. Benar, agensi telah berjanji menyediakan penempatan untuk pelajar. Tetapi, adakah anda benar-benar pasti agensi tersebut telah menyediakannya? Jika benar, berapa sewanya sebulan? Bagaimana keadaannya? Adakah dengan sewa yang tinggi anda tidak menjejaskan pelajar-pelajar yang lain yang sudah lama berada di sini? Berada di Mesir tidak seperti di Malaysia, anda hidup dengan masyarakat Malaysia yang juga hanya pelajar, anda perlu mengambil kira kemampuan mereka yang lain terutamanya mereka yang berada dalam Pengajian Islam. Di Mesir, apabila satu rumah telah dinaikkan harga, maka kesemua rumah yang telah disewa kepada pelajar Malaysia juga turut dinaikkan tanpa mengira kelengkapan dan sebagainya.
Perkara ini telahpun berlaku di Cairo (Kaherah), Mansurah dan Alexandria (Iskandariah) dan Tanta masih dalam kawalan walaupun sewa rumah masih dikira tinggi di kalangan para pelajar di sini lebih-lebih lagi kepada pelajar yang belum mendapat tajaan.
Melihat kepada kedua-dua masalah ini, adalah lebih baik segala kemusykilan dirujuk kepada senior kerana senior adalah tempat rujukan terbaik dalam urusan pengajian di sini terutamanya apabila datang bersama dengan pelbagai penaja dan agensi (hatta Yayasan Negeri sekalipun). Begitu juga berkaitan perumahan, kebajikan dan akademik. Saya dan kawan-kawan sedia membantu dalam semua segi, insyaAllah.
Tidak percaya kepada kemampuan persatuan pelajar? Baik, sila berhubung terus dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atau Malaysian Student Department. Mereka juga akan menghubungi senior di Tanta juga akhirnya.
It Is Not Easy As You've Thought
Saya tidak berniat untuk memburukkan mana-mana organisasi penaja ataupun agensi. Saya hanya sedikit kesal apabila ramai pelajar yang datang ke sini kononnya untuk menjadi seorang doktor, tetapi tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pelajar perubatan.
Saya kesal, dengan begitu mudah (SPM bertaraf C5) masih boleh mengambil bidang perubatan di Mesir dan alhasilnya, kurang komitmen dalam pengajian dan pembelajaran. Malah, lebih menyedihkan, pelajar-pelajar yang datang dengan agensi mengambil mudah bidang ini lantas bersikap tidak peduli, malah melakukan apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan masyarakat sekeliling seolah-olah mereka sedang berada di Malaysia. Saya bertambah kesal apabila fenomena kedatangan bersama agen ini juga rupa-rupanya mengundang gejala sosial yang keterlaluan dan menimbulkan reaksi yang tidak baik kepada masyarakat Mesir khususnya yang terkenal dengan gelaran bumi para nabi.
Saya tahu tidak semua melakukan perkara tersebut tetapi secara umumnya, atas apa yang saya lihat dan perhatikan.
Realitinya (terutamanya di Tanta), pengajian perubatan memerlukan komitmen yang tinggi. Menjadi seorang doktor bukan hanya untuk nama dan gaji yang tinggi. Tetapi menjadi seorang doktor ialah menjadi seorang yang 'serba tahu' tentang manusia dan kesihatannya. Jika kita hanya belajar sambil lewa, keputusan peperiksaan hanya cukup makan untuk naik tahun, pada masa hadapan nanti, tidak mustahil kita sebagai seorang doktor tidak berguna lagi untuk menyelamatkan nyawa manusia. Bahkan kita MALAS untuk mencegah kematian.
Benar, sistem pembelajaran di sini lebih kepada 'exam oriented', tetapi exam inilah yang menentukan kita bersungguh-sungguh atau tidak. Ya, tahun pertama anda masih boleh membawa 2 subjek jika anda tidak lulus, tetapi untuk masuk tahun ketiga, anda tidak boleh membawa sebarang subjek. Jika anda gagal satu subjek pada tahun kedua, anda akan mengulangi subjek yang sama pada tahun tersebut. Maka, pengajian anda bertambah dari 6 tahun setengah kepada 7 tahun setengah. Mahu terus bersabar? Silakan. Soalannya tidak semudah yang anda sangka.
As my friend once wrote; Don't just based your life on assumption.
Untuk datang ke sini adalah satu cabaran yang besar. Dan untuk belajar di sini adalah cabaran yang lebih besar lagi. Jika anda tidak merasainya sebagai satu cabaran, maka anda kekurangan satu sikap yang perlu ada pada seorang pelajar perubatan Mesir. Anda perlu bersedia sepenuhnya untuk cabaran ini. Bersedia bahawa anda akan menemui banyak kekurangan-kekurangan di sini dan juga diri anda. Di sinilah titik tolak bermulanya hidup anda sebagai seorang pelajar perubatan dan jangan lupa juga, titik tolak untuk menjadi lebih MANUSIA. Manusia yang hanya seorang hamba kepada Tuhannya. Manusia yang mulia, tidak ada ciri-ciri kebinatangan di dalamnya.
My Last But Not Least Words
Saya memohon agar ibu bapa dan juga anak-anak yang berminat untuk menjadi doktor supaya berfikir semasak-masaknya. Kepada ibu bapa, jika anak tidak mampu dan tidak mahu, jangan dipaksa. Jurusan perubatan memerlukan kesabaran dan kegigihan ditambah dengan sokongan moral dari ibu bapa. Tanpa semua ini, tidak mustahil anda tidak dapat meneruskan pengajian di sini. Terutamanya di Mesir.
Benar, bidang perubatan tidak memerlukan kecerdikan seperti bidang kejuruteraan mahupun bidang ekonomi. Tetapi bidang ini memerlukan hati yang tabah dan penuh kemanusiaan kerana bidang ini melibatkan kemandirian spesies manusia. Satu tugas yang menjadikan golongan doktor golongan ketiga selepas lelaki dan perempuan. (As Abang Shuib once said, I'll write about that, InshaAllah..)
Berfikirlah, menjadi doktor itu susah semasa belajar, susah juga semasa bekerja. Menjadi doktor senang jika anda mahu menjadi doktor, bukan perlu menjadi doktor.
(It is hard when you have to do it, but it easier when you want to do it..)
Wallahu'alam.
Akhir kalam, Astaghfirullah,
Jika ada kesalahan kata-kata, harap diperbetulkan,
Samada secara sinis ataupun secara jelas,
Dipersilakan.
Amatullah Al-Faqirah,
Nurulhusna Binti Ahmad Sani,
Awwal Shober, Ma'arad,
Pelajar Perubatan, Tahun Tiga, Universiti Tanta.
(+20118785998)
(saya sekarang di bawah tajaan JPA, Pinjaman Khas Perubatan dan tidak pernah datang ke Mesir dengan sebarang agensi, Harap Maklum.)
...Read more

17 May 2009

Satu Kegembiraan


Alhamdulillah..


Post ringkas barangkali,
Sekadar berkongsi kegembiraan dengan adik tersayang,
Nuruljannah,
Semoga Allah redha,

Lagi jauh kamu akan pergi,
Lagi tinggi ujiannya,
Sudah tentu ujian Iman paling utama,
Maka bersedialah..

Semoga Allah sentiasa memelihara kamu,
Ameen Ya Rabb..

Doakan kami jugak ye!

(At last, Jannah will be doctor too, o yeah, he he he, jangan benti tengah jalan sudah..)

Ummi, semoga harapan dan doa ummi benar-benar jadi kenyataan..
Ameen ya Rabb..

14 May 2009

Dua Kesedihan

Saya menerima berita ketiadaannya ketika berada di dalam bilik kuarantin sebelum exam oral pharma. Perasaan sedikit terganggu. Bahkan, saya tidak dapat menjawab soalan oral dengan baik. Perasaan bercelaru antara takut, sedih dan penat.


Kepenatan yang menggembirakan dan menenangkan..

Tak saya sangka, bersamanya pada cuti tahun lepas adalah untuk kali terakhir.

Tak saya sangka, tayarnya yang pancit ketika sama-sama hendak ke Semadong (Kebun Nenas MATRI) merupakan peluang terakhir untuk saya duduk bertemu lutut dengannya dalam van lagenda MATRI.

Bahkan pertemuan saya dengannya pada cuti summer itu mengingatkan saya dengan kata-katanya yang tersemat kemas dalam jiwa saya;

"Kebun nenas ni satu wasilah bahawa kerja-kerja Islam kita bukan hanya sekadar dengan kata-kata dan ceramah, tetapi satu kerja amal yang dibuktikan dengan kebun ni.."

Wanita yang sangat dedikasi, sangat dinamik, penuh dengan strategi dan berfikiran jauh,
Semua usahanya tak pernah henti, seolah-olah semuanya tidak mustahil baginya,
Menjadikan dia salah seorang wanita yang mengkagumkan saya..

Mungkin dia hanya seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu,
Tetapi dia telah berjaya melahirkan pasukan debat terbaik, pemidato terbaik, peningkatan hampir 100% lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu SPM,
Dan dialah yang menguruskan dan menyusun Bahtera Gemilang untuk putera dan puteri MATRI yang mengambil PMR dan SPM..

Itu apa yang saya lihat dan tahu,
Yang saya tidak tahu?
Siapa agaknya yang akan menggantikan tempatnya?

Kini, MATRI kehilangan sesuatu yang sangat besar.
Ya, kami kehilangan dia yang kami gelar Ummi,
Supaya akan muncul beribu-ribu orang sepertinya yang akan menggantikannya..

Saya tidak dapat menahan rasa sebak ini!

Ya Allah, berhentikan air mata ini!

Ya Allah, ampuni dosa-dosanya, golongkan dia di antara hamba-hambamu yang solehah..

(Ummi Datin Halimatun Binti Lebai Hussein meninggal dunia pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia, 14 Mei 2009, kerana penyakit denggi dan jantung yang lemah akibat dari rawatan, Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun..)

12 May 2009

Arigato! Syukran! Thank You! Terima Kasih!

Asy-Syukru Lillah..

Biasanya begitu jawapan arab Mesir bila kita mengucapkan 'terima kasih' kepada mereka.

Benar, pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah, sangat-sangat bersyukur kerana Dia memberikan ummi terbaik untuk saya sehingga saya rasa tidak ada kata-kata yang sesuai untuk digambarkan.

Benar, setiap orang memiliki ibu yang terbaik bagi mereka. Begitu juga saya. Ibu adalah insan paling istimewa di hati setiap orang. Tetapi bagaimana istimewanya itu?

Let me tell you how special is my mother that I wonder if I can be like her one day..



Ismuha, Kamaliah (Kesempurnaan)..

Ummi saya dilahirkan pada 17 Oktober 1960 di Johor. Bersekolah agama di Johor dan merupakan batch pertama perempuan di MRSM Seremban. Merupakan satu-satunya wanita yang memakai tudung semasa di sekolah menengah. Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Major dalam bidang Fizik dan Matematik.

Pernah mencuba untuk bidang perubatan, tetapi akhirnya kerana takutkan mayat, meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan seterusnya menjadi seorang guru. (Dulu-dulu, sape nak amik Medic kena tengok mayat!)

Kini sudah bergelar Penolong Kanan Satu di Sek. Men. Keb. Jerai, Baling, Kedah dan seorang isteri kepada Ahmad Sani, seorang ummi kepada 4 orang anak perempuan yang ganas-ganas dan seorang anak lelaki yang suka main game. he he he

Ummi saya seorang yang sabar. Ya, kesabarannya adalah tahap maksimum. Saya dan adik-adik dahulu bukanlah kanak-kanak biasa. Pengamuk dan penyepah terbesar dalam rumah. Bukan sekadar menyepah barang-barang mainan, habis kerusi ruang tamu, meja dan katil ditunggangterbalikkan menjadi bahan mainan ala-ala rancangan 'Pintar Pintas' di TV1. Besen, cawan-cawan dan raga pasar di dapur semuanya dikeluarkan buat membina 'pasar' dan main jual-jual. Dinding rumah, jangan ditoleh. Saya dapat mengagak ummi pasti rasa malu bilamana tetamu datang bertandang kerana pelbagai cap tapak tangan dan lukisan krayon bertempel hanya di bahagian bawah dinding. (banyak hasil tangan Huda yang suka lukis orang senget-senget, hi hi hi).

Lagi, anak-anak perempuannya suka bergaduh dan menjerit-jerit. Bukan sekadar bergaduh yang biasa-biasa, bahkan bertumbuk dan bercakaran hingga berdarah! (Astagfirullah, itu kerja saya dulu-dulu, jealous dengan Huda selalu..he he he)

Andaikata ada gambar, pasti saya letakkan di sini. Malangnya, gambar dan pita rakaman video zaman kecil-kecil saya hampir kesemuanya musnah dek banjir besar di Baling pada tahun 2003.

Gambar yang selamat, dengan anak saudara pengasuh..

Maryam Kamilah dan Muhammad Nuruddin, x ingat berapa tahun..

Zaman kecil-kecil saya banyak di dalam rumah. Saya tidak dibiasakan untuk keluar bermain-main melainkan untuk ke sekolah, tempat mengaji dan shopping. Mungkin kerana suasana bandaraya (ketika itu saya sekeluarga tinggal di Bayan Baru, Pulau Pinang) yang terlalu mendidik budaya bebas yang keterlaluan. Kerana itu, entah berapa level game 'Rayman' yang telah saya dan adik-adik habiskan sambil berdoa-doa! he he he

Saya adalah anak yang paling 'rapuh' antara adik-beradik saya. Sayalah anak yang pernah muntah keluar dari hidung semasa kecil, yang setiap bulan ditimpa asthma, mempunyai kulat di kepala dan yang pertama sekali menghidap campak hingga berjangkit kepada adik-adik yang lain. Bayangkan, betapa sabarnya ummi saya ketika itu mengambil berat kesihatan saya yang menghidap campak paling lama; 3 minggu! Malah sayalah anak yang paling degil untuk pergi mandi, membasuh lampin adik, menyidai pakaian dan menghayun buaian. Pernah saya mengamuk dalam diam; memicit ubat gigi di bilik air semata-mata menulis 'Una Benci Ummi' di lantai. Tak sempat menulis 'Ummi', ubat gigi habis dan saya gantikan dengan syampu. Malangnya, syampu larut dalam air..

Maafkan Una, Ummi..

Andai disenaraikan kesemua kesabaran ummi, pasti berjela-jela post kali ini. he he he

Kesabaran ummi saya bukan hanya diam tidak bermakna. Sebatan hanger, rotan begitu juga cubitan membiru pernah hinggap di tubuh saya. Hukuman untuk perbuatan jahat. Dan itulah yang mendidik peribadi saya.

Ummi saya juga istimewa dengan hobinya yang sangat suka membaca menjadikan saya terjangkit dengan hobi yang satu ini. Bukan sebarang bacaan di wujudkan dalam rumah, hanya novel yang pernah mendapat anugerah sastera, novel fiksyen dan novel misteri yang mendapat tempat di perpustakaan keluarga ini. Itu belum dicampur dengan majalah dan buku dari koleksi ayah saya yang penuh 5 tingkat rak; National Geography, Time, Perajurit, PC dan beberapa lagi yang tak pernah saya sentuh.

Membaca meningkatkan pengetahuan. Ya, benar. Tetapi membaca bagi ummi saya adalah untuk mendapat tahu lantas melakukannya. Membaca meningkatkan faham, maka faham meningkatkan amal.

Teringat satu quote seorang pemerintah (tak ingat King Henry atau orang lain) yang berbunyi,"Jika seseorang itu mampu melakukan kesemua perkara yang terdapat dalam sebuah buku, maka dia boleh memerintah dunia.."

Kerana itu, Rasul S.A.W. merupakan pemimpin dunia dan umat manusia. Bukankah akhlak Baginda adalah akhlak Al-Qur'an?

Belum boleh menandingi koleksi ASnK Library..

Ummi sayalah orang pertama yang mengajarkan saya banyak falsafah-falsafah hidup. Terutamanya falsafah Islam. Walaupun pada mulanya saya tidak faham (atau mungkin tidak mahu faham..), semakin saya menghadapi dunia sebenar dan saya keluar menghadapi masyarakat, barulah saya sedari kebenaran dan keindahan Islam yang cuba ummi sampaikan pada saya. Ummi jugalah yang mengajar saya bagaimana melihat dunia dengan pandangan iman..

Kini, saya mula memahami bahawa semua amal, tak kira di mana atau apa pekerjaan sekalipun, mesti letak redha Allah di hadapan, tiada tempat hawa nafsu walau sedikit pun walau celah mana pun!

Ummi jugalah yang menjadi contoh terbaik dalam urusan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tiada istilah couple mahupun bercinta sebelum berkahwin. Prinsip ummi jelas. Jodoh dan kahwin Allah yang susunkan, tak perlu risau. Dan anak-anaknya perlu habiskan pengajian sebelum berkahwin. Tak pernah ditanya, sudah ada boyfriend? Ada kawan lelaki? Ada suka kat sapa-sapa?
(teringat do'a hebat ummi, "Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang dapat mengekalkan aku dalam IMAN..)

Dan ummi adalah contoh isteri paling hebat dan taat di mata saya. Bertuah ayah mempunyai isteri macam ummi, he he he. Masakan yang bertaraf 5 bintang, pengemas rumah terbaik plus pemberi pandangan paling ideal. Bahkan ummilah yang menjahitkan baju sekolah kami adik beradik, baju raya (sebab itu hingga kini kami adik-beradik mempunyai baju raya yang satu corak!), beg (beg mengaji saya ummi jahitkan, sangat terharu!) dan pelbagai kelengkapan rumah (sarung kusyen, bantal dan tilam!).

The Women of Ahmad Sani

Walaupun ummi sangat suka bercakap berbanding menulis (barangkali kerana profesion seorang guru..), ummi telah berjaya menjadi teman sembang dan luahan saya. Di zaman sekarang ini, agak mustahil untuk memahami jiwa remaja, tetapi tidak bagi ummi saya. Dialah yang banyak menyedarkan saya, bahkan jika melakukan kesalahan (terutamanya bila sudah remaja), ummi tidak lagi marah dan rotan seperti dahulu. Teringat ketika saya bertumbuk dengan kawan sebilik saya. Saya mengadu pada ummi saya bahawa peristiwa itu adalah kerana kesalahan dia, tetapi ummi dengan tenang menjawab dalam telefon, "Una tahu tak, kalau una buat benda macam ni, una tak boleh lupa sampai mati tau!". Dan benar, saya tak boleh melupakannya!

(darah Bugis ko kuat sangat, cuba kawal sikit - pesan ummi..he he he)


Saya ke MATRI juga kerana susunan ummi dan ayah (walaupun saya sudahpun menerima tawaran ke SMSAH),
Saya ke Darul Quran juga kerana saranan ummi dan ayah (pada mulanya ummi tak bagi, tapi saya kelihatan sangat bermalas-malasan di rumah selepas SPM, maka keputusan ini di ambil..),
Dan saya ke Mesir juga kerana saranan ummi dan ayah saya..

Dengan harapan saya dan Huda menjadi doktor pakar wanita yang bakal berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh TAQWA..

Di saat ini dan masa ini, keberadaan saya di Mesir juga adalah atas do'a ummi saya yang sangat kuat. Juga mengambil bidang ini juga hasil do'a ummi saya. Pemergian saya bukan sekadar dengan bekalan makanan dari Malaysia, tetapi secara psikologi, ummi menyuruh saya memakai baju dan tudungnya (biasanya saya akan meminjam baju dan tudung ummi kerana semuanya cantik-cantik, hi hi hi) supaya saya sentiasa ingat padanya. Aduh, rasa rindu ini, membuatkan saya ingin menitiskan air mata!

Baru-baru ini ummi saya memulakan penulisannya yang pertama di alam maya. Demi anak-anak jauh di perantauan agaknya. Sukar bersua muka, tak cukup hanya ber'webcam' dan ber'ym', maka ditulisnya sesuatu untuk kami, buat renungan dan peringatan..


Saya sedar, walaupun saya bukan anak yang baik, tetapi ummi dan ayah telah berjaya menunjukkan saya betapa pentingnya mereka dalam pembentukan peribadi Muslim. Bukan sekolah, bukan kawan-kawan. Tambahan lagi, institusi keluarga adalah cara pertama dan utama dalam menangani masalah remaja yang semakin berleluasa. Musnah kelurga, musnah remaja!

Khusus buat ummiku sayang,
Una berusaha untuk jadi anak solehah,
Kerana Una sedar,
Doa anak yang soleh sahaja yang boleh dibawa ke kubur,
Bukan harta, bukan pangkat dan bukan darjat,
Ummi teruskan ya mendoakan Una dan Uda,
Agar terus tetap dalam Iman dan Islam,
Dan kita semua akan dikumpulkan dalam syurga sekali lagi..

Ameen Ya Rabb, Taqabbal Du'aana,

Al-Jannah Tahta Aqdaam Al-Ummahaat..

Syukran Ya Ummi, Wahisytini Awi! Maafkan atas segala kekasaran una dan tindakan una yang pernah menyakitkan hati ummi,

Maafkan juga atas kemalasan yang masih belum mampu ditangani..hu hu hu..

Wallahu'alam..
...Read more

11 May 2009

A paper of Exam


Sorry, I've sketch my answers, but please mind the questions...

This is a paper of my first written final exam of Pharmacology.
I did 50% I think, not the best one.
Really hard for me compared to Physiology and Anatomy..

Yet, I'm waiting for the oral exam of Pharmacology,
Really need those du'a, may I answer the q's smoothly,
Really afraid! waaaa

O Allah, please grant me the next 4th Year, hu hu hu

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.
Al-A'araf :55

Am I suppose to be a doctor?
I have nothing but Your Support...

...Wallahu'alam...

07 May 2009

Mengapa Bertudung Labuh?

Dan persoalan untuk konflik yang sama..

"Mengapa Memakai Niqab?"

Kerana ia bermula begini..

"Orang pakai tudung labuh bukannya baik sangat.."
"Eleh, dia tu, tudung je labuh, tapi bertepuk-bertampar ngan laki, selamba je.."
"Eh, ada apa orang pakai tudung labuh kuar dating?"
"Ala, yang pakai tudung labuh tu.."



Biar saya utarakan persoalan lain yang tidak kurang bezanya dengan persoalan di atas;

"Orang Islam bukan semuanya baik.."
"Tengok Muslim tu, mabuk je keje dia.."
"Kata orang Islam tak boleh main judi, tapi kenapa ramai orang Islam yang penuhkan kedai nombor ekor tu?"

Ada persamaan bukan?
Satu pertikaian bukan? Dan jawapannya sama sahaja > kurangnya Iman dan kefahaman..
Muslim pada nama dan bukan Mu'min pada hati.

Persoalan ini tidak muncul kerana luahan-luahan diatas. Persoalan ini sudah lama muncul sejak saya mula meninggalkan Darul Quran dan memulakan kehidupan dengan memerhati pelbagai pandangan dan pendapat serta kepercayaan-kepercayaan.

Bertudung labuh itu manis, tetapi bukan bertudung labuh untuk nampak manis!

Mengapa saya bertudung labuh?

Selain dari konflik jemaah, konflik couple, ini adalah konflik ke-3 terbesar dalam hidup saya. Saya berfikir lagi, kenapa ada perbandingan seperti ini? Adakah pertikaian ini adalah suatu alasan bahawa anda boleh menjadi orang yang baik tanpa bertudung labuh? Mengapa bertudung labuh terlalu signifikan?

Benar, saya mula bertudung labuh sejak saya mula memasuki Tingkatan 1 di MATRI. Ummi dan nenek sebelah ummi saya juga bertudung labuh. Saya tidak nafikan bahawa saya bertudung labuh kerana dorongan dan pengaruh keluarga. Dan saya bertudung labuh kerana peraturan sekolah.

Tapi, berapa ramai yang tidak memakai tudung labuh sejurus keluar dari sekolah? Berapa ramai ibu dan adik-beradik memakai tudung labuh sedangkan diri tidak?

Bertudung labuh sejak kecil atau pengaruh keluarga bukan persoalannya. Bertudung labuh adalah soal kefahaman. Soal keimanan. Soal kepercayaan.

Ya, saya bertudung labuh kerana saya malu. Malu diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan saya. Malu kerana tidak menunaikan tanggungjawab menutup aurat. Saya bertudung labuh kerana saya percaya dengan bertudung labuh saya lebih dikenali sebagai wanita Muslim dan tidak diganggu oleh mata-mata yang tidak ditundukkan.

Bertudung labuh juga adalah soal Ihsan. Membuat sesuatu suruhanNya seolah-olah Dia melihat kamu. Tak guna kalau bertudung labuh, tapi mencuri. Tak guna bertudung labuh tapi mengumpat. Tak guna bertudung labuh tapi pergi berdating dan bercouple. Tak guna bertudung labuh tapi malas datang ke kelas. Takkan Ihsan pada tudung labuh sahaja? Allah tidak melihat pada pemakaian tudung sahaja..

Saya tidak bermaksud saya menyokong pendapat bahawa bertudung labuh bukannya baik sangat. Tidak. Bahkan bertudung labuh itu lebih baik jika disertakan dengan TAQWA. Saya tidak mahu menyatakan bahawa bertudung labuh lebih baik dari bertudung singkat kerana penilaian Allah 'beyond that thought'. Tetapi bagi saya bertudung labuh adalah bukti saya taat dan patuh dengan suruhan menutup aurat dari Rabb saya dan dengan bertudung labuh mengingatkan saya bahawa saya perlu beradab sebagai seorang Muslimah dan sebagai seorang hamba.

Dan bertudung labuh juga adalah amanah. Secara psikologinya, anda lebih rasa senang memberi amanah pada orang yang bertudung labuh pada kali pertama walaupun anda kurang mengenalinya, bukan? Kalau amanah dirinya dijaga dengan bertudung labuh, apatah lagi perkara lain? Subhanallah, besarnya tanggungjawab..

Fitnah itu ujian.

Baru-baru ini sahabat saya mengutarakan. Aisyah Bukhari yang menghafal Al-Quran dan ayahnya seorang imam telah murtad kerana mengikut teman lelakinya. Berapa agaknya harga sebuah keimanan? Inilah yang dikatakan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit..

Sekali lagi hati saya ditampar. Sudahlah bertudung labuh dipertikai begitu sekali, ini pula tentang wanita yang menghafal Al-Quran dan dari keluarga yang baik-baik. Fitnah dunia, alangkah sakitnya!

Boleh saja saya berlagak tidak peduli terhadap konflik ini kerana ia sekadar pandangan dan penilaian manusia. Tetapi saya menulis post kali ini untuk menyedarkan dan memberi faham kepada semua sahabat-sahabat saya yang bertudung labuh supaya mereka sedar, segala tindakan yang mereka lakukan perlu berdasarkan rasa takut akan pemerhatian Allah. Bukannya ikut-ikutan, bukan kerana kelihatan menarik, manis dan bukan kerana suka-suka!

Begitu juga memakai niqab. Saya belum lagi menjumpai hadis Rasul S.A.W. yang mewajibkan memakai niqab melainkan Baginda hanya berdiam diri apabila melihat beberapa kumpulan wanita yang memakai niqab kerana rasa malu. Namun, niqab juga adalah soal keimanan, kefahaman dan Ihsan. Pemakaiannya perlu penyertaan jiwa dalam TAQWA.

Andai semua perkara; dari menutup aurat hingga memakai niqab tidak ada penyertaan jiwa, inilah sebab mengapa orang-orang sekeliling mempersoalkan tindakan kita. Inilah titik bermulanya fitnah. Lebih buruk lagi, menghalang mereka dari terus komited untuk berlaku Ihsan dalam setiap tindakan. Al-hasilnya -yang kita lihat sendiri pada hari ini- ramai wanita-wanita tidak lagi ingin komited dalam memelihara aurat dan berlakulah pelbagai penyimpangan akhlak dan tingkah laku seterusnya merosakkan kehidupan wanita-wanita Islam yang sepatutnya menjadi golongan wanita paling mulia dan paling bahagia di dunia!

Kalau tidak komited dengan suruhanNya, hendak komited dengan apa? Komited dengan nafsu dan pandangan-pandangan sendiri? Komited dengan pandangan kawan-kawan, komited dengan pandangan teman lelaki atau boyfriend? Atau tidak komited langsung? Tolong, Yahudi menjadi hebat kerana mereka komited untuk menjatuhkan Islam sedangkan kita masih tidak tahu hendak komited dengan apa?

Masih tidak ada rasa bersalah? Aduhai, hati itu milik Allah..

Wahai wanita Muslim, jadilah bijak dan bahagia dengan petunjuk Al-Quran!

Salah Siapa?

Saya tahu, persoalan-persoalan yang diutarakan adalah kerana sahabat-sahabat saya menjadi keliru dengan tindakan mereka yang bertudung labuh tetapi hakikatnya sama dengan mereka yang bertudung singkat. Tiada perbezaan. Hairan, pelik dan segala perasaan diluahkan untuk mendapatkan penjelasan saya.

Lebih baik pakai tudung biasa-biasa je, tutup aurat jugak..

Seperti yang telah saya hurai, tidak semua mereka yang bertudung labuh, memakai niqab dan menghafal Al-Quran itu faham mengapa mereka perlu beridentiti seperti itu. Kefahaman pula bukan terbentuk sehari dua, tetapi memerlukan suasana, proses dan paling penting; contoh terbaik.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, suasana politik, suasana pendidikan dan suasana media massa sebenarnya banyak menyumbang ketidakfahaman ini. Mereka yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik masyarakat tidak lagi mengambil Islam sebagai asas pembetukan peribadi apatah lagi identiti.

Apa-apapun, satu jari ditunjuk menyalahkan sistem, 4 jari menghala kepada diri sendiri. Ya, kalau bukan saya, siapa lagi? Kalau bukan saya, anda semua yang telah faham mengapa perlu komited dengan adab Islam. Anda faham, maka perlu disampaikan. Anda berdosa jika tidak menyampaikan apa yang anda faham dan tahu. Anda disabitkan kesalahan dosa mandatori!

Walaupun saya tahu, saya bukanlah orang terbaik untuk memberi pandangan, tetapi saya tidak memaksa mereka yang bertudung singkat supaya memakai tudung labuh. Pakailah tudung mana pun, asalkan menutup aurat. Andai ditegur, perhatikan teguran, mungkin perlu pada perubahan. Jadilah penutup aurat yang terbaik di sisi Allah.


Tudungku (Hijabku).. Ketaatan dan kedekatanku kepada Allah Ta'ala

Bagi yang bertudung labuh, ketahuilah, anda sentiasa diperhatikan dalam setiap tindak tanduk. Tidak kira lelaki, perempuan, Muslim, Non-Muslim dan semestinya, Dia Yang Maha Memerhati. Oleh itu, perlu berfikir panjang jika ada keinginan untuk melakukan dosa. Jika tidak tahu, bertanyalah.

(Same goes for those who is wearing or wanted to wear Niqaab..)

Saya dengar, saya faham dan saya patuh..

Yang masih memerlukan teguran sinis atau berhikmah,
Dipersilakan apa saja..
Saya sedia menerima dengan lapang dada, InshaAllah..

Astaghfirullah, Allahumma Inni A'uzubika Minal Qaul Ma La A'maluh..

N.B. Niqab adalah purdah, kain yang digunakan untuk menutup muka. ...Read more

01 May 2009

Saya Suka Mesir!

Ini bukan perli.

Ini datang dari hati, subconciously..

Kalau orang Malaysia ramai tak suka Mesir kerana ketidakaturannya,
Saya menyukai Mesir kerana semua ini..
Lebih berharga dari segala-galanya; Penyentuh hati yang berkata-kata dalam senyap..



Al-Insan : 21 - Mahal 'Asir (Kedai Jus) - Gaban Market (should i name it like this? he he he he)

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
Mengapa mahukan dunia lebih dari syurga?

As-Syu'ara' : 80 - X-Ray Envelope - Tibah Hospital

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;

Subhanallah, inilah kehebatan orang-orang beriman!


Syu'ara' : 78-82 - Sillim Tawari' (Emergency Stairs) - Jami'ah Tanta

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum;
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Siapalah aku dihadapanMu dibandingkan dengan pengucap ini; Nabi Ibrahim a.s.?


Al-Baqarah : 269 - Syu'un Talabah (Students' Affair) - Jami'ah Tanta

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaa (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Hikmah itu dariNya, kepunyaan Dia, kita masih lagi sombong dan angkuh dengan kurniaan ini?


At-Taubah : 105 - Slides of Pathology Book

Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Beramallah kamu (dengan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman melihat apa yang kamu kerjakan..

Masih bersikap sambil lewa dalam kerja dan amal?


Taha : 114 - Jars of Pathology Book

...dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.

Siapa yang sepatutnya kita pohonkan segala-galanya untuk semua perkara?


Night - Kubri Istad - Tanta

That's all. Banyak lagi, tapi banyak 'ala toriq, tak sempat nak ambil. Yang menyentuh (better to say that 'they strike') hati saya. Yang lain-lain ni hanyalah penambahan. More physically..

Qahwah Ali - Imported from Malaysia - Fathallah - Tanta

Cerebral Stimulant that gives GIT disturbance, adess..

Kredit Terkini - Etisalat

Dan paling seronok, promosi terbaru Etisalat; Super Rosid! (Kredit Super). Topup LE 40 dapat tambahan LE 80 dengan tempoh yang tidak terhad. Apa lagi, dengan seronoknya saya men'topup' LE 40 (jadi LE 80) tanpa risau tamat tempohnya! he he he
...tarbiyyah itu lebih berkesan dalam suasana yang susah daripada suasana senang-lenang dan kelapangan... (Cikgu Azmi)
Orang kata duduk di MATRI susah,
Orang kata duduk di Darul Qur'an susah,
Orang kata duduk di Mesir susah,

Saya kata, memang susah, tapi seronok! Ada ke senang yang tak seronok? he he he

Dan seronok yang paling seronok adalah..

The Ultimate Joy > MARDHATILLAH

Wallahu'alam.

...Alhamdulillah, Allahumma Nas'aluka Redhaka wal Jannah... ...Read more