Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

24 April 2009

VT : Siapa Mereka?



VT Edisi Softcopy boleh dibaca di website Hilal DI SINI

Assalamu'alaikum w.b.t.

Subhanallah, Alhamdulillah,
Di celah kesibukan exam final, alhamdulillah ana sempat habis membaca VT, tahu kenapa?

pernah membaca novel Faisal Tehrani yang mendapat Hadiah Sastera; KOMBAT 1511?

tidak keterlaluan kalau ana katakan novel VT setanding dengannya..



ana tidaklah pandai memberi review yang baik seperti Dr Amida, sekadar menjadi pembaca biasa yang sering membuat perbandingan untuk bahan bacaan terbaik..

kalau KOMBAT 1511 ana lebih cenderung untuk rujukan-rujukan ilmiah dan falsafah,
VT pula adalah sebuah novel yang sarat dengan pancaran-pancaran kegigihan, keikhlasan, kesedaran dan yang terutama KEIMANAN yang cuba ana serap..

namun, VT masih tidak mampu menandingi KOMBAT 1511 kerana kekurangan kosa kata dan kajian yang hanya terbatas dalam lingkungan bola tampar, kehidupan di sekolah dan pengalaman penulis sendiri (kalau ana x silap)

tapi, kekurangan ini sebenarnya ada potensi sendiri,
kosa kata yang mudah, jalan cerita yang sederhana tetapi menarik (lebih praktikal dan tidak terlalu futuristik seperti KOMBAT 1511) menjadikan VT lebih kuat dari aspek itu,

yang terlalu menyentuh hati ana;

sukan itu ibadah? mesej yang dibawa oleh VT sebenarnya agak mustahil dibawa oleh mereka yang tidak benar-benar memahami Islam secara praktikal, bagi mereka yang tidak tahu, mana mungkin ada pasukan bola tampar sekolah yang berqiamullail, berusrah, membaca ma'thurat menjadi wajib, di samping berlatih bola dengan penuh kesungguhan? mereka terlalu sibuk untuk itu!

jurulatih (yang juga bekas pelajar MATRI) terlalu dedikasi dan sangat proaktif membuatkan ana tertanya-tanya; benarkah ada manusia seperti ini? bagaimana melahirkan manusia seperti ini?

bola tampar diterangkan sebegitu rupa hingga ana yang tidak pernah tahu tentang sukan ini mampu membayangkan dig, fast, open seolah-olah ana sedang menontonnya!

kata-kata motivasi (samada dalam fikiran ataupun yang diluahkan), metafora alam dan 'perasaan-perasaan' bola kesemuanya terlalu terkena, terlalu membina dan sesuai dengan situasi! hampir separuh dari novel ini membuat ana ketawa, bukan kerana lawak, tetapi gaya pemikiran yang pelbagai membuatkan ana ingin tahu respons dan respons pula tidak dapat dijangka!

kehidupan pelajar MATRI yang penuh ketenangan di sebalik pelbagai ujian dan kepayahan menarik ana mengimbau kenangan semasa di sana, rindu datang semula..

watak utamanya tidak diperkenalkan dengan mempunyai peribadi yang sempurna, tetapi kesemua watak menyumbang kesempurnaan VT, aplikasi takmil wa istikmal, mereka bahkan seolah-olah berperang dengan jahiliyah; penuh serius dan sangat berusaha!

novel ini terlalu praktikal, adakah ia suatu kisah benar? (memandangkan hampir kesemua watak sebenarnya wujud, bukan?)

ana pernah tahu Rasul s.a.w. pernah melakar sesuatu di tanah tapi ana tidak pernah tahu secara detail apa yang Baginda lukiskan, sangat menarik!



mungkin ana sedikit 'bias' dalam memberi pandangan kerana Hilal -bekas pelajar MATRI- yang menulisnya,
tetapi ana yang pernah mengikuti hasil penulisannya sebelum ini melihat VT sebagai suatu perubahan dalam penulisan,
jalan cerita yang tidak meleret-leret, perkembangan watak yang menarik dan penuh kejutan, pengenalan kepada hakikat-hakikat Iman dan Islam dalam kehidupan dan penuh kesederhanaan..

apa yang pasti, VT berlainan dengan novel remaja yang lain, lain dari Ayat-ayat Cinta Habiburrahman, mungkin falsafahnya sama dengan KOMBAT 1511, namun VT ada kekuatan sendiri,

perkembangan yang baik, teruskan menulis lagi ya Hilal Asyraf?
bak kata Faiz; enta mesti jadi matahari,
dan matahari hanya padam ketika kiamat..

Berusaha untuk membaca Langit Ilahi, Wallahu'alam.

(VT adalah singkatan kata dari Volleyball Team, Pasukan Bola Tampar)
...Read more

17 April 2009

Hearts Unity

Saya masih teringat pertanyaan sahabat sebilik saya semasa saya di Darul Quran mengambil Persijilan Tahfiz Al-Quran UIA-DQ untuk semester pertama;

"Kenapa mesti ada banyak Jemaah kat sini; JIM, ABIM, PAS? Kenapa diorang asyik gaduh-gaduh untuk pertahankan pendirian dan pendapat masing-masing?"

"Entah, family saya ok je. Dalam family saya ada ABIM, ada PAS, ada JIM, tapi diorang tak gaduh-gaduh pun?" Jawab saya yang ketika itu hanya tahu membuat perbandingan. Tidak tahu perkara sebenar.

"Sebab diorang adik-beradik tula diorang tak gaduh. Pertalian yang tak boleh dipisahkan." Balas sahabat saya, mungkin geram dengan jawapan saya yang bersahaja.

Balasan itu membuatkan saya terdiam. Diam dan berfikir. Banyak perkara yang tidak saya tahu sebenarnya. Sebab itu saya memilih untuk berdiam sahaja.

Hakikatnya, saya dan adik-adik saya sering bergaduh kerana berbeza pandangan dan kadang-kadang kerana kedengkian yang menebal. Mungkin kerana pertalian 'adik-beradik' yang membuatkan kami terus bersama..



Itu kisah 5 tahun yang lepas. Kemudian perkara yang sama juga berlaku ketika saya di Mesir. Lagi satu krisis tipikal remaja, selain krisis cinta dan study; krisis couple.

(Saya menulis tentang ini bukan kerana saya hendak menyalahkan mana-mana jemaah Islam, dan bukan kerana saya berada dalam jemaah yang benar! Saya menulis agar semua berfikir tentang krisis ini.)



Video yang disiarkan tidaklah menunjukkan penglibatan UMNO, ABIM mahupun ISMA

PMRAM (mungkin beberapa individu sahaja kalau saya tersilap) salahkan organisasi lain kerana terlibat dengan Festival ASEAN. Yang lain sibuk pertahankan pandangan masing-masing. Tetap tidak bersalah.

Hairan juga, terlintas di kepala saya ketika ini; Bukankah semua Muslim bersaudara?

What your first thought about Jemaahs?

How did you know about Jemaah?

Kenapa kita mengikuti Jemaah?

Apakah konsep Jemaah Islam yang kita fahami?

Apa punca pergaduhan seperti ini berlaku?

(Analisis saya semakin berkembang, mungkin bukan yang terbaik, tetapi tidaklah hanya membanding..)

Maaf kalau saya katakan perkara seperti ini sebagai satu pergaduhan. Inilah satu contoh fitnah yang berlaku apabila umat Islam hari ini berpecah-pecah kerana tiadanya Daulah dan Khilafah. Bagaimana hendak bersatu kalau masing-masing masih belum memahami maksud Daulah dan apa maksud Khilafah? Apa lagi hendak memahami maksud ber'intima' (menganut) dengan Khilafah, nampak mustahil! Sudahlah tidak faham, saling salah menyalahkan pula!

What your first thought about Jemaah?

Jemaah adalah perkara paling akhir diutarakan oleh Fathi Yakan dalam bukunya "Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Itupun setelah dibentangkan Muslim dari Sudut Aqidah, Ibadah, Keluarga iaitu Muslim dari sudut pemikiran dan peribadi.

Jemaah juga perkara terakhir yang diketengahkan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam buku beliau "Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi" (maaf tidak dapat cari softcopynya di mana-mana lagi) ketika beliau memberi solusi kepada remaja Muslim dalam menghadapi cabaran globalisai atau jahiliyah. Malah beliau juga ada mengutarakan hal-hal berkaitan jemaah yang pelbagai.

Pada saya, Jemaah adalah satu perkara dalam Islam yang menyatukan seluruh Muslim untuk melakukan amal Islami. Pelbagai Jemaah sekarang wujud kerana tiadanya Khilafah. Semua Jemaah Islam berusaha ke arah pembentukan Daulah dan Khilafah. Tetapi Jemaah mana yang membentuknya, itu masih tidak diketahui. Pada saya, Khilafah terbentuk dengan penyatuan jiwa, bukan sekadar penyatuan Jemaah.

Tidak kira Jemaah mana sekalipun, tugas Jemaah perlu selesai. Tugas Jemaah dalam membentuk peribadi ahli, tugas Jemaah dalam berusaha keras meninggikan semula Islam, tugas Jemaah dalam menyelesaikan penyakit-penyakit masyarakat dan tugas Jemaah dalam mempertahankan Islam.

Berjemaah bukan untuk bertanding siapa yang terbaik. Berjemaah bukan untuk menunjuk-nunjukkan kekuatan. Berjemaah bukan untuk menyalahkan sesiapa.

Berjemaah HANYA untuk mendapat keredhaan Allah sahaja. SAHAJA! Kalau anda berjemaah, tetapi bergaduh dan saling menyalahkan, mana letaknya fungsi asal Jemaah tersebut? Jangan sebab saling menyalahkan, kefahaman ahli Jemaah tidak sampai. Tiada pembentukan peribadi Muslim apatah lagi memastikan tarbiyyah terus berjalan. Malah Jemaah tersebut telah menimbulkan fitnah kepada Islam sendiri. Lebih buruk lagi, membina peribadi-peribadi yang tidak Islami pada ahli; buruk sangka, hasad dengki, suka mencerca dan mencaci.

How Did You Know About Jemaah?

Lazimnya di Mesir, pasti akan ada senior-senior yang mengajak anda ke program-program beberapa organisasi Islam, katanya untuk tarbiyyah Islamiyah. Untuk jadi orang soleh dan baik, perlu ikut proses ini. Seterusnya menyertai keahlian organisasi tersebut. Secara terpaksa atau ikut-ikutan, kedua-duanya mungkin.

Ya, itu benar, tapi saya tidak diperkenalkan sebegitu. Saya sendiri yang mencari. Saya melihat, memerhati dan menganalisis. That's the reasons I found one here in Egypt. Andai kata saya tidak memerhati, agak mustahil saya akan bersama mereka. Saya diperkenalkan dengan jalan ini bukan kerana saya ditarik, diajak apatah lagi dipaksa, tetapi dengan pilihan selepas saya bertanya dan membuat pemerhatian. Benar, mereka bukanlah manusia malaikat, sempurna serba serbi, tetapi bersama mereka adalah ketenangan yang tidak dapat ditulis dengan perkataan. Ketenangan dalam beramal hanya semata-mata kerana Allah.

Pada saya, Islam tidak perlu diperkenalkan dengan Jemaah. Jemaah adalah perkara terakhir selepas perkara-perkara asas lain selesai; Aqidah dan Kefahaman. Benar, tarbiyyah memerlukan Jemaah, tetapi pembentukan Jemaah memerlukan asas kefahaman. Tanpa asas ini, Jemaah musnah!

Kenapa Anda Ikut Jemaah Tersebut?

Persoalan yang ramai orang akan jawab dengan baik sekali terutamanya dari pelajar agama. Tetapi bagi saya, jawapan saya mudah; kerana saya TENANG dengannya. Full stop.

Namun, melihat situasi hari ini, saya lebih selesa merahsiakan dengan Jemaah mana yang saya intima'. Yang pasti bukan PAS, bukan JIM, bukan ABIM apatah lagi ISMA. Itu bukan tugas utama saya untuk memperkenalkan Jemaah. Tugas yang diberikan oleh Jemaah kepada saya hanyalah memperkenalkan Islam yang sebenar, ya, SEBENAR mengikut Al-Quran dan Sunnah kepada masyarakat. Saya tidak ada masa untuk berbalah tentang Jemaah mana yang betul atau organisasi mana yang diiktiraf Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atau Kerajaan Mesir. Full stop.

Yang pasti, proses tarbiyyah islamiyyah itu mesti berjalan, MESTI! Itu cara terbaik Rasul s.a.w. yang diakui semua, tapi secara praktikal, fahamkah kita?

Apakah punca pergaduhan seperti ini berlaku?

Mudah. Saya rasa semua boleh sebut. Tapi, aduh, praktikalnya tidak semudah apa yang disebut.

Biar saya senaraikan sahaja dibawah, semuanya dimulai dengan perkataan 'masing-masing';

1. Tidak faham maksud persaudaraan dalam Islam. (Fahamkan Hadis 13, 35, 36 dalam Hadis 40 Imam Nawawi).
2. Tidak menghormati pandangan-pandangan.
3. Dengki, salah sangka dan salah faham (hasil tarbiyyah yang tidak telus).
4. Rasa diri yang terbaik, orang lain penuh kesalahan, mementingkan diri.
5. Berada dalam zon selesa, andaikata kita sedang diserang, kita pasti bersatu.
5. Ada kepentingan-kepentingan dunia.
6. Tidak merasakan apa yang dilakukan hanya untuk dapat redha Allah.
7. Tiada kesatuan hati; berlapang dada dan saling menerima kelemahan, tiada kasih sayang.

Saya bukanlah orang terbaik yang patut menghuraikan perkara ini. Saya bukan pelajar pengajian Islam yang mampu mengeluarkan pelbagai dalil untuk menjustifikasikan apa yang patut difahami, tetapi saya sekadar mencerna apa yang saya baca, saya perhati dan analisis apa yang saya faham. Saya hanya seorang pelajar perubatan yang nerd, yang hanya mengadap buku, tapi jangan lupa saya mempunyai fitrah manusia biasa, fitrah untuk berusaha mendapat redha Allah.

Benar, hanya Allah yang menyatukan hati-hati (Al-Anfal:63). Kita perlu berusaha dan berdoa. Bukan terus menerus memberi alasan.

Dengar, kasih sayang dalam Islam itu lebih indah dan ajaib kerana tanpa ikatan 'adik-beradik', ia lebih hebat dari ikatan itu. Hingga syurga ganjarannya!

Ayuh, rawat semua punca-punca di atas, proses hati untuk 100% ikhlas hanya untuk mendapat redha Allah dan hidup untuk Dia sahaja, semoga pergaduhan ini membuatkan kita lebih mengenali, lebih memahami dan lebih meneliti. Buang segala kepentingan dunia yang kita sayang melebihi persaudaraan ini; pangkat, nama dan kuasa.

Saya sedar, dalam 'adik beradik' pasti ada pergaduhan. Itulah resmi adik beradik. Harapannya semoga pergaduhan ini bersifat sementara, bilamana semua faham dan sedar tiada gunanya berbalah dan berprasangka. Mungkin kesusahan, peperangan dan kesempitan membuatkan kita lebih menyedari kepentingan 'saudara' dalam Islam.

Wallahu'alam.

Astaghfirullah, Ya Allah, Aku berlindung dari perkataan-perkataanku yang tidak aku lakukan.. ...Read more