Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)

23 February 2009

The 'Khazeenah'

Dedicated to my best friend, Nasibah Husna, who always want to sit beside me, who always want me solving the Additional Mathmetics (rajin buat latihan tu, saya yang malas, ha ha ha), who share everything with me (from kerepek to biskut), who ran with me from Pengawas to sleep in the class during night finishing the Kerja Kursus (maksudnya jadi budak nakal sama-sama, he he he), who very good in drawing cute figures, who now taking Bachelor of Computer or watsoever (sorry if i'm wrong..)...

Yup, PC does have physical memory, but medicine seems more 'physical', he he he

Who always fighting with my also-best-friend, Yasmin.. (sekarang dah jadi isteri orang, hi hi hi), who now studying in Human Science (the course i was interested towards psychologist..)..

I'm just telling both of you (harap-harap korang baca la), that i'm doing great here and i really miss you both so much that i can't tell by words..

***


Mengurus sebuah rumah tidak semudah yang disangka terutamanya dari aspek duit dan pembayaran dan masalah ini juga dihadapi oleh kami seramai 6 orang. Puncanya adalah kerana kami berkongsi banyak perkara; air, elektrik, sewa rumah, beras, sabun basuh, dan pelbagai kelengkapan rumah yang lain. Maka akhirnya (beberapa minggu kemudian), kami bersetuju melantik seorang yang bertanggungjawab menjaga keluar masuk duit 'rumah' (Fazilah kata 'duit bilik' he he he) dengan bayaran LE200 setiap seorang dan seseorang itu adalah Cik Nurfazilah Abd Hadi.

Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, beberapa bulan kemudian, berlaku pertukaran jawatan bendahari kepada Cik Nurulhuda Ahmad Sani. Beliaulah yang mula mencipta dan membaikpulih catatan perbelanjaan Bet Ateeq dengan begitu kemas dan teratur melalui sebuah Buku Kira-kira seperti di bawah ini..(sedikit lusuh kerana usianya sudah hampir 3 tahun..he he he).



Pada tahun 2008, buku ini bertukar tangan kepada Cik Najah Fadielah Noor Zalan kerana Huda sibuk menyandang jawatan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta pada tahun tersebut..(he he he) namun pertukaran ini tidak kekal selepas keputusan mesyuarat rumah (kali ke berapa entah) untuk menyerahkan buku ini kepada saya. Maka, bermulalah episod sebuah buku kira-kira yang kini berada di bawah seliaan saya.. (cewah!)

This book comprises of 6 sections as those:

Current Money Section

Records (Debit and Credit)

Records from Receipts

Yearly Payment Record
Ready for Payment Checklist
Distributed Money
Contoh Claim Duit Rumah (mesti bertulis!) by Wani..

And all the monthly payment bills (if you can read them! he he he)..

Gas Bill

Water Bill (Every 3 months)

Internet Bill (1 Mgps/Month)

Electrical Bill
As I've wrote, our total monthly payment is LE200 per person. This includes house rent (LE100 per person), Internet (LE2o per person), food (LE40) and flows as electrical, water and gas (LE40 per person). Often the money is not enough, but it never reaches to the state that the money is totally zero.. Alhamdulillah..

What I need to do with this Buku Kira-kira?
  1. Collect all the bills from Baba and do the payment (put it in Bet Ateeq's box..)
  2. Record current expenditures.
  3. Record monthly expenditures.
  4. Give money to the claimers and record them.
  5. Record members payment.
  6. Organize the money and distribute them accordingly.
  7. If the expenditures over limit, I'll 'jerit' to all members about the excess.. he he he.
Simple right? But it is a headache when the current money is not tally as in the record. Until this moment, this is one of my favorite duty when all other things went wrong and when I didn't know which one I need to do first. Thanks Allah for this simple-relief-interesting-using mind-job that being one of the best things that I can do for my housemates..

Syukran Ya Allah!
...Read more

16 February 2009

It's Tanta Fast Food Time!

Bayangkan, status anda sekarang ialah; seorang mahasiswa/i Mesir, boleh berbahasa arab 'ammi yang boleh difahami oleh orang arab Mesir walaupun tidak berapa fasih, mempunyai kredit hp yang optimum, mempunyai status kewangan yang agak mantap (ada tajaan/kaya) tetapi di rumah yang sedang anda diami tidak mempunyai sebarang makanan segera (maggi, puding kastard etc) mahupun bahan-bahan basah (daging, ayam, ikan etc). What your first thought? Jangan lupa, anda di Mesir sekarang. Tiada gerai nasi lemak atau roti canai di waktu pagi apatah lagi gerai goreng pisang dan kuih muih di petang hari. Jauh sekali restoran Sup Gear Box atau restoran Payung Besar..



'Our' (my housemates and i) first thought is AMTAI (stands for Anak Malaysia, Thailand dan Indonesia). The famous restaurant among Tanta medical students. Serves delicious Nasi Goreng Mutiara, Pattaya, Kampung and more. But, lately, we prefer other alternatives. Yeah, fast food delivery! What so artherosclerotic choice!

Anyway, just to tell the truth. Walaupun agak mahal, delivery ni lebih murah dari Malaysia. Tambah-tambah lagi bila menunya mostly pizza. So, let me story them one by one..

COOK DOOR

The most expensive one. Sedap memang sedap. Tapi duit sedikit kopak. Pizzanya pun sangat 'well served'. Lebih suka yang sedap dan bernilai sederhana.
Restoran fast food ini mempunyai rangkaiannya yang agak luas. Juga terdapat di Tanta (walaupun orang kata kampung, kira ada jugakla..), Mansurah (if i'm not mistaken) dan juga Cairo. Menyediakan pelbagai pizza, sandwiches (syawerma, shish tawwok etc) dan tak ketinggalan, burger.

Harga sekitar 15 genih hingga 32 genih (whoa) terutamanya yang ada makanan laut. Iklannye agak menarik dan sangat 'fancy'. Tapi mahal la. Nak makan selalu tu mintak maafla..

Dan untuk mereka yang inginkan nasi ala-ala beriani, ada, cuma agak sikit (bagi saya tak cukup, he he he) beserta koftah (daging hancur yang dipanggang) dan firakh masywi (ayam bakar) tanpa tulang. Sangat sedap! (First time try masa Ustaz Isahak belanja..)




Cook door delivery: 16999




KETCHUP

Ketchup khidmah tawseel: 327 4647

Antara restoran yang tak berapa famous kat bandar-bandar besar macam Cairo. Pertama kali saya ke mat'am ini, saya mengagak hidangannya agak menepati cita rasa masyarakat Arab Tanta apabila melihat mat'am Ketchup ini dipenuhi oleh mereka. Tempatnya agak kecil dan padat, tapi menjadi tanda tanya apabila mat'am Apples di sebelahnya yang lebih luas dan tak padat tidak mendapat sambutan hebat seperti di sini. Akhirnya, saya tidak jadi ke sana kerana kebisingan Arab yang agak mengganggu dan memberi tekanan.. (he he he)

Namun begitu, delivery juga tidak pernah. Tapi, alang dah boleh cakap arab 'ammi yang boleh difahami, dah takde masalah. He he he.. Tiada komen untuk rasa dan service.

Iklannya agak menarik saya dengan graphic dan layout yang kreatif. Tapi, disebabkan tidak pernah merasainya, maka tiada komen untuk 'service' ini. Harganya sekitar 10-32 genih. Sayangnya tidak menyediakan menu pizza. Hanya sandwiches dan beberapa side meals. Wajar diletakkan tempat kedua selepas Cookdoor berdasarkan harganya. Jadi dua sebab kenapa tidak memilih Ketchup; satu, tiada jaminan rendah kolesterol, kedua, mahal..

Terbaru (mengikut kertas iklan, tak pasti sejak bila..), ketchup telah membuka cawangannya di Mahalla Kubra, satu tempat yang terletak antara Tanta dan Mansurah tapi Tanta tetap yang pertama..

WICH EL-TAYBEEN

Walk-in Delivery (ha ha ha): 3273723

Pilihan kami yang kali ke berapa tah, saje-saje nak tukar selera di restoran yang lain. Rupa-rupanya abang yang menghantarnya hanya berjalan kaki! Sudahla restorannya 2.5 kilometer jauh dari rumah kami (jauh sangat ke?).

Pizza dari restauran ini nampaknya yang paling murah di antara semua. Namun, bagi sesiapa yang mementingkan rasa pizza yang lebih sedap, Wich bukanlah pilihan yang baik. Kurang sedap berbanding Cook Door (mestila..) dan Apples (yang pernah saya rasa..).

MO'MEN

SMS Delivery? 16600, sorry, never try it before..

Apa yang paling saya suka tentang Mo'men ialah aiskrimnya yang lembut tapi malangnya hanya di tempat kedua selepas aiskrim 'soft' Sweet Misr. Alasannya, di Mo'men hanya ada dua perisa; vanilla dan coklat sedangkan di Sweet Misr, aiskrimnya boleh dipilih dengan 3 perisa (bahkan boleh dicampur!); farawlah (strawberry), coklat, tuffah (apple), halib (susu/vanilla) dan campuran halib dengan perisa-perisa tadi. Tambah lagi, aiskrim Sweet Misr lebih besar walaupun harganya sama; LE2. Kalau ada kesempatan, saya akan tunjukkan aiskrim-aiskrim tersebut, he he he.

Mo'men baru sahaja melancarkan produk terbaru (ye ke?) yang diberi nama Burrito. Konon-konon hendak mencuba (terpengaruh dengan iklan tv arab..), Fazilah membelanja kami serumah dengan Burrito spicy punya! Saya hampir menangis kerana Burritonya betul-betul (sangat-sangat spicy) membuatkan saya menangis! Sangat pedas maksudnya.. Yang pasti tidaklah terlalu sedap seperti yang dikomersialkan..

FYI (baru belajar perkataan ni dari Huda..), Mo'men 'belum' lagi menyediakan sajian pizza apatah lagi nasi. Saya juga hairan, mengapa Mo'men terlalu famous di kalangan orang-orang Arab. Mungkin kerana namanya..

PIZZA STATION

Pertama kali kami (saya dan Najah) melihat iklan dari mat'am ini, kami terkejut. Hampir-hampir tak percaya bahawa pizza yang dihidangkan hanya sekita LE6-LE7 sahaja. Apalagi, terus masuk dan memesan. Akhirnya baru menyedari rupa-rupanya sepotong pizza berharga LE6. Berjaya promosi mat'am ni. Haish. Duit sedikit kopak.

Kenangan saya di sini hanya satu. Saya disuruh pakcik cashier supaya menulis komen besar-besar di sebuah kertas majong yang disediakan di situ. Saya tak ingat apa yang saya tulis, tapi yang pasti saya sedikit memuji (kesian, kalau kutuk-kutuk malu..) dengan Arab dan English.

Perkhidmatan dan suasana kedainya bagus. Tapi bagi saya, inilah kali terakhir saya ke situ. Satu sebab jauh (depan sikit dari Fathalla), satu yang terpenting sebab mahal sangat.. Baik makan kat Apple..

APPLE'S

Inilah antara mat'am kegemaran saya dan ahli bait saya. Entah berapa kali kami telah memesan pelbagai sajian di sini. Pizzanya sedap dan lazat, sandawichnya besar (Mozarella nyum nyum, he he he) tapi french friesnya tidaklah sehebat Cook Door yang penuh dengan perencah penambah perisa. Untuk pizza versi makanan laut harganya lebih mahal kerana anda akan mendapati sotong, udang, ikan dan sebagainya dalam pizza tersebut. Cuma, sifat-sifat pengurusan arabnya masih belum hilang jika dibandingkan dengan Cook Door. Agak lambat dan kurang bersih serta kurang teratur.

Apa yang menarik ialah menunya yang terbaru; tentang Gaza. Ada beberapa tapi dalam menu ini. Yang pertama, tidak seperti menu yang sebelumnya, menu kali ini tidak menyediakan tulisan rumi/english (jadi saya tidak tahu menyebutnya dengan betul..). Yang kedua, walaupun menu ini mempunyai sedikit belas kasihan terhadap Gaza, Apple masih menjual air tin Fanta, Pepsi dan sebagainya yang juga merupakan penyumbang utama kemusnahan Gaza. Hairan dan pelik. Cuma baru-baru ini, Apple telah menukar air mineralnya dari Aquafina kepada AQUA. Perlukan masa mungkin..

Kata ahli bait saya, coleslaw di Apples kurang sedap walaupun pada saya biasa sahaja..

HADRA MAUT

Tidaklah maut seperti yang disangka. Saya juga hairan dengan namanya. Sebenarnya banyak lagi istilah-istilah arab yang pada saya tidak sepatutnya berada di tempatnya, tetapi bagi masyarakat Arab istilah tersebut adalah biasa. Begitu juga Hadra Maut yang terkenal di mana-mana sahaja (Cairo, Alex dan Mansoura) menyediakan juadah bertemakan nasi beriani.

Kami se'bait' tidak menempahnya secara tawseel. Cuma pernah beberapa kali ke sana kerana rindukan nasi yang panjang-panjang. Walaupun di situ disediakan pelbagai jenis nasi, yang sering saya tempah hanyalah ruz mandi bi rubu' firakh (mandi tu sejenih nasi..). Itupun cukup besar dan mengenyangkan. Pesanannya juga agak laju (mungkin kerana nasinya yang simple dan mudah untuk disediakan).

Restaurannya agak kecil dan tidak teratur. Tidak keterlaluan jika saya katakan, agak kotor. Itu menjadi satu sebab mengapa saya tidak terlalu kerap ke sana melainkan jika terlalu kepingin. Kotor-kotor pun, sama je dengan mat'am Abou Radhi yang selalu kami tempah burger, kusyari dan hawawsyi. Lebih baik Kookh di belakang gam'ah Tanta je. Cuma terlalu mahal. Membazir rasanya.

**************
Baru-baru ini ternampak iklan sebuah mat'am yang menyediakan ayam goreng bernama 'Wel'atain' (mungkin maksudnya 2 cabai, he he he). Beberapa minggu selepas itu saya, Wani dan Fazilah cuba menjejakinya dan akhiranya ketemu di Syari'e Betrous. Mat'am ini seprti biasa menyediakan delivery dan take away cuma di situ tidak menyediakan tempat duduk untuk makan. Entah mengapa, saya tidak tahu.

Pada mulanya saya tidak menemui ayam goreng dalam senarai menunya (menu kertas x boleh amik..) lantas saya bertanya, rupa-rupanya ada (merujuk kepada gambar yang saya tangkap pada iklan di jalanan itu). Setelah habis 2 set, kami mengakui ayam gorengnya sedap dan mungkin lebih sedap dari KFC Mesir yang lain dari KFC Malaysia. Seronoknya jika set ini dilengkapi kentang putar.

Begitulah kisah perjalanan Fast Food di sekitar Tanta yang pernah saya dan ahli bet saya dan mungkin juga separuh dari warga Tanta yang lain jelajahi. Nasihat saya sebagai bakal doktor (he he he), kurangkanlah makan fast food kerana makanan jenis ini mengundang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan secara kroniknya; obesiti. Sesungguhnya Baginda Rasul S.A.W. tidak suka mereka yang gemuk kerana gemuk mengundang kepada kurangnya amal. Astaghfirullah..

..Wallahu'alam..

...Read more

15 February 2009

Why I Like Exam Most?

Saat saya menulis post kedua ini, saya baru selesai menjawab soalan 'killer' subjek Pharmacology yang ala-ala final exam Physiology Tahun 2. Kebiasaan universiti ini (Tanta University) memulakan exam dengan subjek yang paling susah. Mungkin untuk mengekalkan momentumnya. Dan saya merasainya...



Tajuk-tajuk yang agak menggerunkan yang saya hadapi ialah; Adverse Effect of Lithium, Organophosphate Toxicity and Treatment, dan soalan kegemaran tentang Benzodiazepines (Advantages). Total 10 short essays (i don't think they're short, hu hu hu) and 10 MCQ (i have no enough time to write the comments as Dr. Fayez asked..)
****
Have any idea about these drugs?...one is Antimaniac, while the others are Anti-cholinesterase and Antiepileptic/Sedative-Hypnotics... (Reader Discretion is Advised, he he he). Very nice medical term ha, wonder how they would be in Malay..
****

Guess what? Echinococcus granulosus, the shortest tapeworm infecting man.
__________________________________________________________________
Next, is Parasitology time! Need 'microscopic diagram' to be drawn..

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah, mengapa saya suka waktu-waktu exam?

First, saya mengurangkan diri dalam beberapa kerja. Maksud saya kerja luar study atau persatuan atau lebih sesuai dilabel sebagai kerja amal. Sebabnya, semua orang sedang study, tahu saya perlu study dan hakikatnya ialah saya terpaksa menangguhkan kerja-kerja tersebut. Tangguh dan letak tepi. Nampak seperti tidak bertanggungjawab, tapi hanya setakat itu yang saya mampu. Seperti kata Dr. Hammudah, "You are not a social worker.."

yeah, i'm not, but i'm a muslim worker, and muslim must help other muslim as much as i can..

But, now, it reaches the limit. Three quarter of my life now devoted to my medical books. Even i'm not nerd-medical-student type, but i begin to love everything in all books; from Pharma to Microb. I realize that i really need them to become a doctor soon so i must read, study and digest them very well! I love doing this which i'll only have during exams!

2 weeks of lectures > 2 weeks of winter break > 2 weeks of mid year exam > begin lectures..

Highly Devoting Hp

Dua minggu sebelum cuti winter dan 2 minggu berikutnya sebelum exam mid year, hp saya tidak berhenti-henti berbunyi. Satu panggilan lazim dari Pengerusi dan beberapa Ajk, satu panggilan dari agen penghantar pelajar-pelajar medic ke Mesir dan satu lagi panggilan untuk sesiapa yang ingin menjimatkan panggilan melalui Etisalat untuk bercakap dengan Cik Huda. Malah, kalau saya ingin menjimatkan panggilan, saya juga akan menyibuk pada hp Huda..

(just to mention, i'm using Etisalat while Huda's Vodafone, but now you will pay less for calling than messaging with just LE 0.15 per minute using Etisalat!)

Cuma tahun ini, keseronokan perlu dikurangkan. Memandangkan exam mid year berlangsung selepas cuti winter 2 minggu ini, maka cuti perlu dihabiskan dengan study. Seterusnya, 2 minggu berlangsungnya exam ini, pengajian bermula seperti biasa, dan 'imtihan amali sanah' bakal menjelang akhir bulan 4 ini. Seolah-olah tiada cuti! Doctors experiments on us seem a success..

Tahun 2009 ini juga merupakan titik tolak kepada saya untuk melakukan kerja-kerja yang saya 'kurang' suka or in other word 'terpaksa'. It helps me a lot. It builds me to be a better, matured and emotionally stable person. Tahun ini saya lebih tertekan, lebih banyak ujian-ujian luar, lebih banyak tuntutan dan kekurangan masa.

Finally, i often read Qur'an with my back pain to end my day before i fall asleep of exhaustion..

As Huda agree with me, "Sleep reduces tension and depression," as sleep helps regaining new endorphin..

Meja yang menunggu saat-saat 'clearance'.

Yup, keduanya, sedikit kerehatan kepada saya. Tumpu untuk study adalah masa rehat saya. Saya hanya perlu duduk di meja study, mengadap buku, menulis sedikit nota, berdiskusi dengan Huda, menyusun jadual diri saya serta mengikutnya dengan baik dan kadang-kadang mengacau Fazilah dan Najah yang nampak begitu rileks dan senang-lenang..

If someone disturb me, i'll simply say, "Sorry, saya ada exam 2 minggu ni.."

Atau lebih kasar lagi, "Tak boleh ganggu, nanti kena tumbuk.."

Ketiganya, clearly in front of you, i able to write a post which just wondering inside my head from before!

Sedikit falsafah di celah kesibukan ini, saya menyedari bahawa sangat berlainan mereka yang mempunyai masa lapang dan mereka yang sibuk. Mereka yang lapang akan mula berfikir perkara-perkara kecil yang tidak sempat difikirkan oleh mereka yang sibuk. This rule doesn't apply for those who are busy with non-beneficial works..

(tetiba teringat cerita best ummi, Mayonise Jars and 2 Cups of Coffee, still didn't find any in webs..)

Untuk berdepan dengan mereka-mereka yang lapang perlu banyak kesabaran dan penerangan. Salah sangka, tak puas hati dan marah mungkin akan timbul. Jika tak diterima, berserah saja pada Allah. Yup, that's the absolute place to return..

Anyhow, i'm really hoping that all my works i've done, all energy i've spent and all my restlessness and tiredness will give the heavy side of my 'Mizan' soon..

...Ameen...

...Read more

06 February 2009

Bismillahirrahmaanirraheem


Until now, all my sisters got blog, specifically, they are using Blogger. Me myself at the first time using Multiply but it doesn't serve links and compartments. Even it serves all types of reviews, but I need something simple, easy to manage and the most important; caption for every photo I've taken. Anyhow, I prefer Blogger than others (Wordpress, Opera e.t.c) since I've signed up for Google..

There are other reasons why I change to Blogger, but I don't think they need to be listed here. At last, after rapid selection for blog servers, templates, all blogs' vitals, I got this blog for my first-post as you can see. Hope the readers got something from here rather than everything..

Stay reading!

... Alhamdulillah ...