Dua Kesedihan

Saya menerima berita ketiadaannya ketika berada di dalam bilik kuarantin sebelum exam oral pharma. Perasaan sedikit terganggu. Bahkan, saya tidak dapat menjawab soalan oral dengan baik. Perasaan bercelaru antara takut, sedih dan penat.


Kepenatan yang menggembirakan dan menenangkan..

Tak saya sangka, bersamanya pada cuti tahun lepas adalah untuk kali terakhir.

Tak saya sangka, tayarnya yang pancit ketika sama-sama hendak ke Semadong (Kebun Nenas MATRI) merupakan peluang terakhir untuk saya duduk bertemu lutut dengannya dalam van lagenda MATRI.

Bahkan pertemuan saya dengannya pada cuti summer itu mengingatkan saya dengan kata-katanya yang tersemat kemas dalam jiwa saya;

"Kebun nenas ni satu wasilah bahawa kerja-kerja Islam kita bukan hanya sekadar dengan kata-kata dan ceramah, tetapi satu kerja amal yang dibuktikan dengan kebun ni.."

Wanita yang sangat dedikasi, sangat dinamik, penuh dengan strategi dan berfikiran jauh,
Semua usahanya tak pernah henti, seolah-olah semuanya tidak mustahil baginya,
Menjadikan dia salah seorang wanita yang mengkagumkan saya..

Mungkin dia hanya seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu,
Tetapi dia telah berjaya melahirkan pasukan debat terbaik, pemidato terbaik, peningkatan hampir 100% lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu SPM,
Dan dialah yang menguruskan dan menyusun Bahtera Gemilang untuk putera dan puteri MATRI yang mengambil PMR dan SPM..

Itu apa yang saya lihat dan tahu,
Yang saya tidak tahu?
Siapa agaknya yang akan menggantikan tempatnya?

Kini, MATRI kehilangan sesuatu yang sangat besar.
Ya, kami kehilangan dia yang kami gelar Ummi,
Supaya akan muncul beribu-ribu orang sepertinya yang akan menggantikannya..

Saya tidak dapat menahan rasa sebak ini!

Ya Allah, berhentikan air mata ini!

Ya Allah, ampuni dosa-dosanya, golongkan dia di antara hamba-hambamu yang solehah..

(Ummi Datin Halimatun Binti Lebai Hussein meninggal dunia pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia, 14 Mei 2009, kerana penyakit denggi dan jantung yang lemah akibat dari rawatan, Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun..)

Comments

janas said…
some one said about 6.15 p.m
harlym said…
dalam gambar tu DOT ke?
DOT = adik ana