Books For Holiday

Seronok berada di Mesir. hi hi hi
Semalam, dengan seronoknya saya menjawab subjek oral Parasitology, pengubat kesedihan subjek Pharmacology barangkali. Walaupun tidak mendapat cabutan soalan dan juadah dari pensyarah saya seperti sahabat-sahabat saya yang lain, saya bersyukur. Alhamdulillah, pensyarah saya sendiri memberitahu markah dan alhamdulillah, markah penuh!
Alhamdulillah. Allah sangat baik!
Habis 2 subjek terawal tahun 3 ini saya sedikit lega. Tinggal subjek sedikit ringan; Microbiology dan subjek kedua berat selepas Pharmacology; Pathology. Pun begitu, ruang minda saya telah mengatur beberapa projek (oh, projek?) untuk cuti musim panas ini (dalam bahasa Arab dinamakan Soifi) yang kosong hampir 3 bulan, termasuklah projek menghabiskan koleksi buku-buku yang berbaris di pustaka ultramini saya.
Tak sabar rasanya!


Saya mungkin terlalu lemah untuk membaca buku-buku berbahasa Arab memandangkan saya lebih didedahi dengan Arab 'Ammi, tetapi kadang-kadang kosa katanya banyak membantu saya untuk memahami bahasa syurga ini. Cuma kekurangan dari segi penghayatan barangkali akibat kurangnya tadahan secara terus dari para ulama. Perlu mencari peluang untuk itu.
Dan buku-buku tersebut telah saya bahagikan kepada beberapa kategori;

1. Kategori ringan/novel
Kebanyakannya adalah karya Faisal Tehrani. Bagi saya, beliau adalah penulis yang mempunyai mutu kesusasteraan Islam yang tinggi (uhuk). Jadi, cuti ini, inshaAllah;
- Bedar Sukma Bisu
- Perempuan Anggerik (Koleksi Cerpen)
- Kekasih Sam Po Bo
(Saya sangat menginginkan Surat-surat Perempuan Melayu Johor dari koleksi ASnK, tapi ada orang sedang meminjamnya..)
Kemudia karya Kak Fatimah Syarha; Syabab Musafir Kasih yang saya beli di Pesta Buku, UPSI cuti musim panas tahun lepas.
Lagi, sebagai peminat J. K. Rowling (maaf, jalan cerita dan imaginasinya terlalu sempurna!), saya menunggu masa untuk menyelak Harry Potter and The Deathly Hallows.

2. Kategori Falsafah dan Kesedaran
- Kenapa Aku Meninggalkan Syi'ah? (Syeikh Al-Allamah Dr. Husain Al-Musawi)
- Mengapa Saya Bekerja? (Makcik saya, Endok Sempo Mohd. Tahir)
- Tutuplah Tubuhmu, Ada Yang Melihat! (karya Indonesia yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, dibeli di Lapangan Terbang Kepala Batas sebelum bertolak ke KLIA)
sedikit-sedikit mencuri dari pustaka Huda;
- Gerakan Freemasonry Orientalisme Kristianisasi, Musuh Dalam Menghancurkan Islam
- Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia
- Zionism, Orde Barat Menghancurkan Islam (Hj Mohd Hanif Hj Ismail)
- 12 Langkah Membentuk Manusia Cerdas (Rajendra Kartawiria)
- Minda Muslim Super (Dr. Danial Zainal Abidin)
- Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)

3. Kategori Ultraberat (Buku-buku berbahasa Arab)
- Kaifa Nataghayyar Ma Bianfusina? (Dr. Magdi Al-Hilali - hadiah cabutan bertuah Sambutan Hari Raya Aidil Adha PERUBATAN - buku kecil dan nipis sahaja, mungkin boleh dihabiskan..)
- Al-Iman Awwalan, Fa Kaifa Nabda' Bih? (Dr. Magdi Al-Hilali - hadiah sepupu saya, Hasanah)
- Ad-Daulah Al-'Uthmaniah, 'Awamil An-Nuhudh Wa Asbab As-Suquut (Dr. Muhammad Muhammad As-Salabi - buku paling tebal setakat ini, taklifat sebenarnya..)
- Falestin Bergambar (semacam ensiklopedia yang dibeli di Pesta Buku Kaherah tahun ini)

4. Kategori Ulang Semula (Perlu Baca Semula)
- Remaja Muda Islam dan Cabaran Globalisasi (Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan)
- Langkah Bermula (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
- Keagungan Sabar dan Kemuliaan Syukur (Ibn Qayyim Al-Jauziy)
- 6 Most Important Decisions You'll Ever Make (Sean Covey)

Bila dilihat semula, nampak mustahil untuk membaca kesemua buku-buku ini. Cuti musim panas ketika di tahun 1 dulu pun hanya sempat menghabiskan Keagungan Sabar dan Kemuliaan Syukur, 7 Habits of Highly Effective Teens, Remaja Muda Islam dan Cabaran Globalisasi, Harry Potter and Half Blood Prince dan Jauharah Tauhid (Al-Laqqani). Mungkin ketika itu saya tidak meletakkan target, maka pembacaan tidak begitu serius dan tertangguh-tangguh dengan kerja-kerja lain. Bahkan terlalu banyak masa terbuang.
InshaAllah, tahun ini, tambahan lagi saya tidak pulang ke Malaysia (mungkin ke Syria-Jordan, tapi menunggu result dahulu..), masa seronok ini akan dipenuhi dengan baik.
(sesiapa yang berminat dengan buku-buku ini, boleh pinjam pada saya dan Huda, ada banyak lagi, cuma ada yang dah dibaca dan ada juga yang belum, dan belum menjadi target untuk cuti kali ini..)
"Always read stuff that will make you look good if you die in the middle of it"
Sean Covey.
Sedang mencari kata-kata seorang tokoh yang pernah saya terbaca suatu ketika dulu;
"Orang yang berjaya melakukan semua perkara dalam sebuah buku akan berjaya menakluk dunia!"
Tak ingat di mana, semoga ketemu.
Dan status terkini, sedang cuba menempah buku online dengan memesan Langit Ilahi.
Wahai diri, jangan lupa juga ulangkaji wajib dan intensif untuk 'buku rabbani terbaik' bersama terjemahannya!
Wallahu'alam.

Next post, inshaAllah, I'll write the-must-read-books for all. It's really important for those who just a new comer in this world..he he he (I'm a freshie to this inverted world too!)

Comments

Safi ArRahman said…
salam una, cuti bpe lame?

xnk blik msia ke??rndu jiddan ni.
p/s, besanye anti hbiskn bce 1 bku bpe hr??yg bkn novel...
Husna Sani said…
hu hu hu,
belum cuti lg,
cuti mula 18/6 selama 3 bulan, he he he,
x balik mesia, safi la kena dtg sini, hi hi hi,
usim dah wat tour kt sini, uiam bla pulak?

buku serius depends, kalau setebal keagungan sabar dan kemuliaan syukur tu collectively dlm seminggu,
kalau sederhana mcm remaja islam dan cabaran globalisasi (interesting sgt, he he he), kurang 4 hari..
kalau buku2 ultraberat tu x habis-habis baca lg, he he he