Couple : Natijah Ikhtilat Yang Tidak 'Sihat'

Jika anda melihat kawan anda / saudara anda / housemate anda / classmate anda mempunyai beberapa simptom-simptom berikut:
  1. Bergayut di telefon dan bercakap dengan lemah-lembut (samada secara terang-terang atau sembunyi di bawah saratoga/selimut) serta telefon bimbit dipenuhi dengan mesej dari pasangan.
  2. Menggunakan musyrif yang sama untuk ke mana-mana pada waktu malam (di Mesir, masyarakat pelajar Malaysia menggunakan sistem ini siap dengan jadual untuk menjaga pelajar wanitanya dari gangguan Arab).
  3. Bersembang berdua-duaan tanpa ada sebab kerja bersama gelak ketawa dengan begitu lama.
  4. Saling membela, sanggup buat apa saja serta menzahirkan kasih sayang secara spesifik kepada orang perseorangan.
  5. Mula menjauhkan pendapat dan pergaulan dengan kawan-kawan yang sama jantina (lebih buruk lagi jika mula menyalahkan mereka).
...maka, beliau didiagnose telah dihinggapi penyakit couple. Kenapa penyakit? Kerana, ia memudharatkan hati dan tubuh kita. Dan jangan lupa juga, dari pengalaman saya, penyakit ini mempunyai simptomnya yang subclinical (tidak menunjukkan sebarang simptom seperti di atas).


Punca-punca (Causes)

1. Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang hakikat pergaulan dalam Islam.
2. Pengaruh rakan sebaya.
3. Hasutan syaitan yang hebat dan hawa nafsu yang tidak terkawal (Falsafah Sigmund Freud).
4. Masalah keluarga.
5. Contoh couple Islamik yang dibawa oleh figure yang mempunyai latarbelakang agama.
6. Pelbagai mitos-mitos tentang couple yang menghalalkannya.
7. Masalah keluarga, ibu bapa yang tidak komited dengan Islam.
8. Sistem pendidikan, kerajaan dan sosial yang tidak terbina atas dasar Islam.
9. Pendidikan secara langsung dalam pembinaan paradigma oleh drama-drama cinta.
10. Kurang perhatian dan sikap pentingkan diri dari kaum sejenis.
11. Hilangnya rasa malu dalam melakukan dosa terutamanya di kalangan perempuan.
12. Terlalu banyak masa lapang dan kehidupan yang tidak tersusun dengan baik.

Prognosis

Bergantung pada tahap simptom-simptom yang timbul. Tetapi apabila ramai manusia yang mula menunjukkan simptom-simptom ini, hal ini juga membawa prognosis yang lebih buruk iaitu bermasalahnya sistem amar ma'ruf nahi munkar dalam masyarakat tersebut. Prognosis akhir yang menyebabkan permenant infirmity adalah apabila sampai ke tahap zina dan lahirnya anak-anak luar nikah.

Ikhtilat Tidak Sihat? (Predisposing or Risk Factors)

bagaimana mengkategorikan ikhtilat? (Sekadar hiasan)

Mungkin beberapa orang (pihak?) berpendapat bahawa perkara ini hanya perkara kecil. No big deal. Tetapi bagi saya, Ikhtilat adalah penyebab kepada teori cinta kedua. Selalu berjumpa akan besar kemungkinan jatuh hati. Walau buruk macamana pun, walau tiada perasaan pada permulaannya, jika selalu berjumpa, bersembang, bergurau, pasti akan menimbulkan cinta. Lebih buruk lagi, jika tiada kawalan, mutasi hubungan akan berlaku. Dari 'hanya kawan', hanya 'adik angkat', hanya 'kakak/abang angkat' akan bertukar menjadi couple. Tak percaya? Falsafah ini telah dibuktikan oleh banyak drama bersiri Korea terutamanya dalam drama My Girl.

Bahkan, ada ibu bapa yang meng'ya'kan pergaulan jenis ini dengan mitos 'supaya nak cari calon untuk kawen senang..' tanpa menyedari bahawa anak-anak mereka akan terdedah dengan balik lewat tengah malam dengan teman lelaki, mula tidak mengambil berat dengan pelajaran dan paling tragis sekali zina. Perlu diingatkan, zaman hari ini tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan internet, kenderaan dan perhubungan, maka risikonya menjadi lebih besar lagi. Apa-apa alasan ibu bapa pun, couple tetap banyak melanggar prinsip-prinsip pergaulan dalam Islam.

Meneliti semula sistem pendidikan masa kini juga banyak menggalakkan percampuran tanpa kawalan dan peringatan. Para pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan menjadikan mereka terbiasa dengan hidup bercampur hingga saling bergantung dan kurang proaktif. Teringat ketika saya di sekolah menengah, bukan hanya pelajar yang diasingkan, para guru juga menunjukkan contoh terbaik dengan menjaga pergaulan mereka. Hasilnya, para pelajar lelaki sekolah saya tidak bergantung dengan pelajar perempuan sekaligus mencipta banyak perkara yang tidak mampu kami sebagai pelajar perempuan menandinginya.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku apabila masing-masing mula keluar ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar lelaki akhirnya banyak bergantung dengan pelajar perempuan menjadikan mereka lebih superior dari pelajar lelaki dalam pelbagai aspek.

Bagaimana Merawatnya? (Treatment)

Rawatannya perlu kepada penglibatan kedua-dua belah pihak. Perawat iaitu daie dan pesakit iaitu orang yang bercouple. Kemudian, apa yang perlu dilakukan?

1. Daie.
  • perlu berhikmah dalam masalah ini. Hikmah juga membawa beberapa maksud iaitu tegas, ibda'ie (kreatif) dan penuh lemah-lembut.
  • perlu menjadi contoh yang baik (da'wah bilhal) dengan tidak terjebak dengan couple juga tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada fitnah tersebut seperti ym, SMS, berdua-duaan walaupun ada alasan 'hendak membantu' atau 'ada kerja'. Contoh yang baik juga bukan hanya dalam pergaulan, tetapi juga dalam seluruh urusan kehidupan.
  • mengingatkan dengan memberi contoh pengajaran kepada orang lain, bukan dengan memburukkan individu.
  • perlu banyak-banyak bersabar dan teruskan usaha.
  • tahu, faham dan memberikan asas-asas pendidikan kejiwaan secara menyeluruh (bukan sekerat jalan dan tinggal).
2. Orang yang bercouple.
  • kahwin. Inilah cara terbaik daripada terus-menerus melakukan dosa.
  • jika tidak mampu berkahwin, berhenti melakukan perkara-perkara yang menyebabkan anda mendapat dosa.
  • cuba dan sedar untuk menerima dan mencari nasihat serta kepentingan pendidikan kejiwaan.
  • jangan sebarkan bahawa couple itu seronok. Hakikatnya tidak. Seronok yang akhirnya akan membuat kamu bosan (terutamanya lelaki) dan hati mula terasa kosong dan berdosa.
  • gantikan masa bersama pasangan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada manusia lain atau sila sibukkan dengan study.

Ikhtilat Yang Tamayyuz (Prevention and Care)

Menyedari kepentingan Public Health and Community Medicine (saya tidak tahu istilah sebenarnya dalam Bahasa Melayu), saya masukkan juga penjagaan secara pencegahan iaitu Ikhtilat Education ; penerangan secara jelas tentang Ikhtilat yang sebenar dan tamayyuz. Apakah penerangan itu?


perlukah kuliah tentang Ikhtilat dalam matapelajaran Public Health? he he he

1. Perhubungan antara jantina yang lain dalam Islam hanyalah adik-beradik dan suami-isteri. Couple bukan budaya Islam.

2. Kesemua da'ie dan mereka yang tidak menghadapi penyakit ini perlu jelas tentang masalah ini serta menyediakan segala suasana yang sanitary ; bersih dari predisposing factors yang saya sebut di atas.


Dalam Islam ada menggariskan had-had hubungan antara lelaki dan wanita. Kaedahnya mudah. Yakhtalitun Naas, Walaakin Yatamayyazun. Kita bergaul, tetapi kita berbeza seperti yang pernah dikatakan oleh Asy-Syahid Syed Qutb. Berbeza yang bagaimana? Mudah. Kita sama-sama bekerja, tolong menolong dalam kebaikan, brain storming dan saling nasihat-menasihati tetapi ingat, perlu pada TAQWA dan IHSAN. Merasai pemerhatian Allah dalam setiap perbuatan. Memerhati dan memeriksa adakah setiap yang kita lakukan benar-benar mengikut apa yang dikehendaki olehNya. Hatta di ruang maya sekalipun. Awas, jika dasar hubungan adalah hawa nafsu, di situlah munculnya hubungan lain yang disebut couple (nota : hubungan sebelum perkahwinan).

Oleh itu, semua hati-hati perlu dididik untuk komited dengan amal Islami. Termasuk juga dalam bidang pendidikan, perubatan ataupun apa jenis pekerjaan sekalipun. Senang kata, cuba elakkan sembang antara lelaki dan perempuan tanpa alasan yang kukuh dan jika perlu untuk berjumpa, bawa teman yang boleh dipercayai. Lagi, jika terlalu kerap berhubung atas dasar kerja, sentiasa koreksi diri dan bina penghadang supaya tidak terlanjur dalam kata-kata, perbuatan mahupun hati. Jangan lupa juga tips-tips yang diberikan dalam al-Qur'an ; MENJAGA PANDANGAN..

Jika rawatan pencegahan diabetes dan darah tinggi adalah dengan mengamalkan cara hidup dan diet yang sihat, maka rawatan pencegahan couple adalah dengan mengamalkan ikhtilat yang sihat. Ikhtilat yang mengikut acuan Islam..

Tugas pencegahan sebenarnya dilakukan oleh semua orang mengikut kemampuan diri. Yang mempunyai kuasa, cegahnya dengan kuasa. Yang mempunyai kekuatan psikologi, cegahnya dengan kekuatan tersebut. Yang penting, jangan menuduh orang lain tidak berbuat apa-apa. Semua pihak berusaha dengan sekuat yang mampu untuk membina suasana ikhtilat yang sihat dan syar'ie dan saling bekerjasama untuk mengekalkannya melalui usaha nasihat-menasihati. Itulah yang dinamakan sinergi!

Tambahan lagi, kita semua, yang belum terjebak dengan penyakit ini tidak perlu menjauhi mereka sepertimana kita menjauhi pesakit AIDS. Walaupun mereka mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mendapat AIDS, tetapi mereka mempunyai hak-hak sebagai saudara dalam Islam yang perlu kita penuhi. Mereka perlu dikasihi, luahan mereka perlu didengari, kesusahan mereka saling dibantu dan penyakit hati mereka sama-sama dirawati.

Benar, usaha ini bukan usaha yang senang, kalau tidak mampu sedikit, jangan buangkan semua!

Cerita Saya

Saya juga pernah beberapa kali jatuh cinta. Wah, beberapa kali? Ya, tidak salah untuk jatuh cinta, yang salahnya ialah bagaimana mengurus cinta itu. Walaupun begitu, saya tidak bernah bercouple. Bagi saya, couple tidak menyelesaikan masalah jatuh cinta saya dengan baik bahkan membawa juga masalah-masalah lain. Dari situlah saya belajar psikologi manusia yang jatuh cinta dan merasai bagaimana rasanya jatuh cinta.

Saya tidak berminat dengan couple pada asalnya kerana perkara ini sangat ditentang oleh ummi saya. Hatta hanya bertanyakan kerja sekolah di telefon sekalipun, ummi saya sangat sensitif jika anaknya diganggu oleh budak lelaki yang hakikatnya hanya 'main-main suka'. Teringat kata-kata ummi saya pada satu ketika, "Apa kacau anak dara orang ni? Belajar dululah!".

Di sekolah juga, suasana yang terasing dengan baik antara lelaki dan perempuan menghalang saya menyalurkan rasa cinta dengan cara bercouple. Andaikata tiada suasana ini, sudah pasti post saya kali ini tidak berkisar 'Couple : Natijah Ikhtilat Yang Tidak Sihat'. He he he. Dan saya merasai kesannya dan kepentingannya hingga sekarang!

Oleh itu, saya mula membesar dengan paradigma ini. Couple itu bukanlah perkara yang baik. Kemudian saya mula belajar bahawa couple itu haram dalam Islam dan juga dari pengalaman-pengalaman orang lain yang membuktikan betapa couple banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang tidak baik. Pernah satu masa terlintas di fikiran saya bahawa dengan couple, minda saya lebih terbuka dan pelajaran saya lebih meningkat. Tetapi, kerana memandang bahawa itu hanyalah hasil pemikiran saya yang dangkal dan cetek jika dibandingkan dengan ayat-ayat Allah supaya menundukkan pandangan dan menjauhi zina, saya mula mencari sebab-sebab untuk menguatkan ayat-ayatNya. Benar, lihatlah berapa ramai saja yang gagal kerana banyak membuang masa melayan pasangan masing-masing. Bahkan lebih buruk lagi, couple bukan sahaja menyumbang kepada berlakunya zina, tetapi couple mampu memusnahkan tamadun sesebuah masyarakat. Tak percaya juga? Lihat saja Malaysia hari ini, apa yang terjadi pada remajanya?

Dalam saya terus mencipta teori-teori hubungan cinta manusia ini melalui psikologi, saya juga sebenarnya mula membina mission statement tentang ini. Bahawa walau bagaimana saya jatuh cinta sekalipun, walau kuat manapun perasaan saya, Allah adalah penentu TERBAIK. Hukum-hukumNya tidak boleh saya langgar dalam apa cara sekalipun samada hati, kata-kata dan perbuatan. Biarlah Allah yang menentukan Mr. Right saya dengan cara terbaik yang disusun olehNya sekaligus membuatkan saya mencipta satu do'a khusus. Bukankah Dia Penentu dan Perancang Terbaik? Hanya terpulang pada kita untuk memilih jalan yang mana satu, yang haram atau yang halal. Dan couple itu hukumnya..?

Mengapa Tajuk Couple Yang Saya Pilih?

Kerana pergaulan yang salah dan tidak mengikut cara Islam boleh membawa kepada kehancuran keluarga, pelbagai masalah mental dan psikologi, namun kesan yang seharusnya ditakuti adalah azab seksa Allah di akhirat kelak. Malas datang ke kelas atau tidak komited dengan Islam dalam hal-hal lain selain couple juga perkara yang perlu dibincangkan dengan panjang lebar, tetapi tajuk couple ini hakikatnya masih kurang difahami oleh kebanyakan para agamawan sekalipun. Bukan kerana saya terlebih faham tetapi saya hanya berkongsi dari apa yang saya faham hasil pemerhatian saya (seperti yang pernah saya tulis sebelum ini). Dan selepas post ini dipublish sekalipun, kata-kata saya pasti akan teruji terutamanya dalam perlaksanaan rawatan dan pencegahannya.

Justeru, apa yang saya tulis di sini adalah untuk disampaikan kepada orang ramai seterusnya menjadi peringatan untuk saya pada masa akan datang apabila saya juga mula menunjukkan simptom-simptom di atas. Juga, penulisan ini masih memerlukan perbincangan yang lebih teliti dan masih berhajat kepada teguran dan pembaikan. Yang penting adalah pembaca post saya ini, adakah masih terus mahu bercouple, masih redha untuk terus dijangkiti dengan penyakit ini tanpa bertindak untuk merawatnya sebelum terlambat?

Wallahu'alam, setakat ini sahaja post terpanjang saya barangkali.. (sudah mula sakit belakang, hu~)

Wa akhiran, Let's walk the talk! :)

Comments

eMan said…
SAY NO TO COUPLE!

NIKAH CONNECTING PEOPLE~

^-^v

Jazakillahu khairan kathira kak una~
hoodsunny said…
alor.. eman sudah menandingi ku utk komen entry kali ni..
aish imaan.. cepat no bab2 nih :P

perlu2 kepada kuliah, praktikal dan field visit serta form utk chapter Ikhtilat dalam Public health & community medicine.. ehehhe
sinar_islami said…
saya suka public health (^_^)
Bagus kak una..siap boleh buat diagnosis..

wah...banyak kali ye..
sha lupa la nak kira brapa kali jatuh cinta..mcm susah pula nak jatuh cinta..hehe..
yeap..cara manage tu yang penting..
menzahirkan cinta hanya selepas kahwin...

but your advise ada value yang besar dalam hidup saya..
Jazakillahu kheir ya ukhtie habibati
Humayra' said…
salam una..

best cara una kupas tajuk nie.
(^_^) talking like a future doc through and through. hehe..

lagi satu cause/etiologi couple:
xrasa kehadiran Allah sentiasa n tak rasa bahawa cinta dan redha Allah tu lebih utama untuk diraih.

andai hati dipenuhi iman, insyaAllah seseorang tu tak tergamak untuk bercouple, kan..

hm.. banyak lagi tugas2 prevention and cure perlu dilakukan nie.. bimbang andai tugas tidak dilaksanakan, apakah yg perlu dijawab depan Allah kelak?

jazakillahukhair ukhtie for the valuable advice.
(^_^)
Unknown said…
oh, kak una~~
kami bukan couple la..
tak elok la couple ni kn?
kami kawan jerr
tak salah kan?

hehe! jom tgk link beast ni!
http://www.youtube.com/watch?v=i8CHSl_hqRk&NR=1
Unknown said…
ehh salah eja..haha
link 'best'

ampun kak una beribu2 ampun
sembah VO harap diampun!
Husna Sani said…
kawan je? ada simptom2 di atas?

klau ada, kawan ke, couple ke, sila jumpa 'doktor' segera sebelum terlambat..

he he he
Mansouriyin said…
'solehah' and 'ustazah' r alwyz in love with such artc.,

"o, those how thought a righteos alwy pass by their own"

Some of them, like a 'badwi' people in hadith.

"Katakanlah,kamu belum beriman, tetapi kamu sudah muslim, kerana iman belum meresap kdalam diri kamu"

Perlukh seseorang itu patuh pada perintah Allah sepanjang saat?

Salahkah kita melupakan suruhan Allah?

Muslim, will be say

"oh,is wrong word!"

But, it happend for knowledge MUSLIM..

But, in never can stop it.

Unless, IMAN MERESAP KEDALAM HATI-HATI MEREKA.

(a muslim must keep in touch with their 'iman' so bring in them near it)

If 100 student in ur place, 99 of them are 'couple' sticker. What we should do?

See and read, nasih ulwan said in their handbook- Bagaimana menyentuh hati.
Husna Sani said…
sorry, i cant understand your english so that i cant catch your main points in this message..

maybe there are some typing errors, but still, i cant understand them..

really sorry, its better for me and you to write in bahasa melayu, perhaps?

p/s: kalau ada 100 orang pelajar, yang 99 daripada mereka 'couple sticker', apa saya akan buat?

basically, simply :

1st : saya analyze keadaan sekeliling, cari punca, cari basic pemikiran dan cari permasalahan.

2nd : saya bincang dengan orang yang lebih tahu (ulama'), apa yang perlu dilakukan dari segi syara' dan cara terbaik pada masa ini.

3rd : saya mulakan dengan hubungan yang baik disamping memperbaiki diri saya. Kemudian, saya cuba apply apa yang saya tulis di atas.

4th : do'a semoga Allah pelihara dan tunjukkan saya jalan. Itu sahaja senjata paling ampuh yang saya ada..

wallahu'alam, i know and realize that i have lots of mistakes from this article, but that doesnt mean i cant share anything, right?
ibna said…
Satu artikel dan peringatan yg bagus di kala mahsiswa/siswi makin mula kehilangan identiti diri dan jatidiri dalam agama.
Prof AL said…
Salam.

Terima kasih kerana berkongsi artikel di atas. I really appreciate it. Thanks again.

"This path may be difficult, but the final destination is certain."

Till next time. Wassalam.
nurnilam sari said…
salam..
satu blog yg bgs, mmbincg masalh remaja masa kini.btul, kapel tu lbih bnyk mmbawa kpd kburukn dr kbaikn. x dinafikan rmai org akan menntang blog ini krana mmg btul pn. krn perbincngn ini berdsrkn pemerhatian, rujukn dn penyelidikn.krn antra org yg berkapel tu adalh sy.

saudari, bgaiman klau sy bg situasi yg bgini.kataknlh "A" sgt anti berkapel. A sgt berazam dia xkan berkapel spmai hbs pengajian. malah A prnh menolk rmai lelaki yg dtg kpd dia.krn dia prcaya kapel itu haram dn dia sygkn Allah. berbeza dgn ibunya yg berhrp dia ada seorg tmn lelaki krn m'anggp anaknya x laku dn ayahnya yg lbih brharap A x terlalu bersikp pesimistik spt pemishn klas lelaki dn prepuan, bg dia itu satu tindkan yg non educated. xpe..A x prnh kish dpggil x laku atau non educated.

ada seorg laki dtg kpd A dn A sgt mengenali dia, dn A tau dia baik tp ttp tolak dgn pelbagai cara. ttpi bila A fikir balik smpai bila A nk tolk lelaki2 yg baik yg dtg kpd dia. akhirnya dia trima dn mrancg utk trus kawin. tp mestilh dia kena hadapi ibunya, ayhnya, abg2nya, kakaknya dn org disekelilingnya yg tiba2 m'uatarakan, 'kebaikan kwin lambt' atau 'kebaikan jgn berkawen ms blajar'. klau A x ckp iman, dia akn mula benci ibunya sendri, benci ayahnya sendri, dunianya sendri dn mgkin agamanya sendri. na'uzubillah. sy prcaya saudari sgt kuat iman, kuat agama dn bijak. adakh ayat2 saudari dpt mmbantu A? adakh saudari akan bertemu dgn A dn mmbntunya? apa yg saudari akan buat?

saudari..sy adalh 1 jenis org dr beribu jenis org yg ada d dunia ni. btul..blog ini mgkin bleh mengubh bbrapa org. sy ingin bg pdpat kpd saudari krana sy adalh slh seorg dri org2 yg berkapel ni. xpe..truskn usaha buat blog tp lagi enak dn berksan bila kita sendri mghampiri mreka, berhadpan dgn mreka dn berkata kata sendri dgn mrka dgn lembut. sy percaya itu lbih berksn

btul..kapel bleh menybabkn penykit hati. tapi dlm hati hnya Allah yg tahu.
Husna Sani said…
wa'alaikumussalam nurnilam sari,

perkongsian yg sgt telus..

first of all, artikel sye ini sebenarnya lebih menekankan masalah ikhtilat..

jika saudari anggap sye seorang yg kuat iman, kuat agama n bijak, pandangan itu sangatlah salah. apa yang saya tulis bukan utk menuduh sesiapa yg berkapel, bahkan hampir 90% dari apa yang sye tulis adalah peringatan untuk diri sye, kerana sye juga bakal mengalami situasi yg sedang saudari hadapi sekarang..

..dan sebagai perkongsian apa yang sye alami dan perhati. ia bukanlah satu arahan utk diikuti bahkan artikel ini tidak lebih hanya saranan dan galakan bagi sesiapa yang MAHU komited dengan Islam..

berkenaan dengan tindakan, sye sgt bersetuju bahawa usaha menyampaikan kesedaran itu lebih berkesan jika dilakukan secara direct, face to face atau bertemu sendiri (dan sye sudah nyatakan dalam rawatan yg perlu dilakukan oleh daie), tetapi kehadiran artikel sye ini tidak lebih hanya beberapa usaha sye utk memudahkan lagi perkongsian pemikiran terutamanya bagi rakan-rakan sye yg jauh. takkan nak ajak manusia komited dengan Islam menggunakan satu cara shj kn?

berkenaan dgn masalah si A, apa yang sye nampak, tiada keperluan berkapel di situ.

bahkan, jika sye diberi peluang utk berjumpa dengan A, sye akan terus galakkan dengan berkahwin. jika ibu bapa si A adalah halangan utama, maka sye akan berusaha utk mencari org tengah yg dipercayai utk berbincang dengan baik masalah ini, dan berusaha sehingga kedua ibu bapa si A bersetuju dan redha dengan penyatuan mereka.

bahkan ada hadis Rasul s.a.w. yang menggalakkan penerimaan seorang lelaki soleh yang datang meminang, maaf sye sgt lemah dlm penyampaian hadis.

jika berlaku sebaliknya (ibu bapa tetap menolak cadangan perkahwinan), sye akan berusaha (dan mengajak sahabat-sahabat lain jg) utk membantu kedua-duanya menjaga hubungan dalam suasana yang terkawal agar tidak berlaku perkara yang dijangka seperti di atas sehinggalah mereka berkahwin..

sebenarnya ada banyak jalan lain utk masalah ini, cuma kita sahaja yang kurang tahu. kerana itu perlunya merujuk kepada orang yang lebih tahu tentang pergaulan dalam Islam..

secara jujurnya, sye juga pernah terfikir tentang perkara ini (walaupun tidak pernah mengalami), tetapi sye banyak bertanya ustazah2 dan jawapan mereka adalah apa yang telah sye utarakan tadi.

benar hanya Allah yg lebih mengetahui perkara-perkara dalam hati. kerana itu perlu lebih berjaga-jaga kan? Allah lebih tahu bisikan-bisikan hati kita yg tidak baik kan? ^_^

sye tidak bersetuju dengan kapel tidak semestinya sye tidak menyelami perasaan-perasaan mereka yang berkapel. fitrah sye sbg manusia jg ingin ke arah kapel, tetapi kapel yg dibenarkan dalam Islam, iaitu dgn berkahwin seterusnya menutup segala keburukan-keburukan yg dibawa oleh masalah kapel.

wallahu'alam. maaf sgt2 jika jawapan sye tidak menjawab n memenuhi persoalan-persoalan yg ditujukan oleh saudari dan jika bahasa sye mengguris hati saudari..

P/S: kan senang kalau si A x kenal sangat lelaki soleh tu dan lelaki soleh tu x kenal si A kn? kenapa lelaki soleh itu begitu senang menyatakan rasa hatinya pd si A? kenapa lelaki soleh tersebut tidak terus berjumpa dengan ibu bapa si A dan berbincang dengan baik? tidakkah ia sebenarnya bermula dari masalah ikhtilat sepertimana yg sye tulis dalam artikel ini?

Ya Rabb, Ustur 'Uyubana..